_____________________________________
_____________________________________
ORANG YANG DIPERANGI ALLAH TIDAK LAYAK MENDAPAT KEMENANGAN DARI ALLAH.
_____________________________________
3. Berfikir secara rohani dan melihat sesuatu dari sudut hakikatnya.
Apa yang berlaku dalam dunia dan kehidupan ini ada hakikatnya. Tetapi "hakikat" itu sering terlindung oleh hijab kejahilan dan nafsu. Berkata Imam Al-Ghazali;
" Orang yang tidak sampai pemikirannya kepada "hakikat" sesuatu, tidak akan merasa kasih dengan sebenar-benar kasih dan tidak akan merasa benci dengan sebenar-benar benci".
Hassan Al-Basri berkata;
Hassan Al-Basri berkata;
" Hamba yang ilmunya tidak sampai kepada "hakikat" sesuatu, mungkin akan kasih apa yang patut ia benci, dan mungkin benci apa yang patut ia kasih".
Melihat kepada kenyataan kedua-dua orang tokoh sufi yang terkenal ini, tentunya menggamit keinginan untuk kita ketahui apakah hakikat suatu yang patut kita fahami dan apa kebaikkannya untuk dakwah dan jamaah. Untuk itu marilah kita lihat betapa berhajatnya jamaah kepada penghayatan "fikrah Rohani" itu.
a). Memahami hakikat "suruh" dan "larang".
'Amilin yang berfikir secara rohani, menyedari hakikat Suruhan Allah dan larangan Allah. Suruhan dan larangan Allah tidak dilihat dari sudut "untung dan rugi", tidak dilihat dari sudut "baik dan buruk", dan tidak dilihat dari sudut "duniawi". Bila Allah menuntut ia berjuang, maka ia akan terus berjuang. Suruhan itu dilihat pada hakikatnya, iaitu datang dari Allah. Tuhan Yang diyakininya Maha Bijaksana dan Pengasih. Sekalipun zahinya kelihatan suruhan Allah itu menyusahkannya, namun kerana Yang memerintahkan itu ialah Allah, maka ia yakin Allah tidak akan menyuruh kepada suatu yang merugikannya atau membahayakannya. Mungkin pada zahirnya apa yang dilarang oleh Allah itu kelihatan merugikannya, namun ia yakin hakikat larangan Allah tetap kemudharatan. Allah tidak akan menyuruh kecuali suatu itu mendatangkan kebaikan dan tidak akan melarang kecuali suatu itu mendatangkan kemudharatan. Firman Allah yang bermaksud;
"Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.-Al-Baqarah 216.
Tetapi ramai orang yang tidak melihat kepada hakikat sebenar "suruh dan larang" Allah. Sehingga intima' nya dengan jamaah hanya ditujangi oleh kepentingan dunia semata-mata. Ia bersama jamaah kerana dilihatnya disana ada peluang-peluang kebaikan untuk dirinya. Kemudian ditinggalkannya jamaah apabila dilihat merisikokan kerjaya dan kepentingannya.
Begitu juga dengan apa yang dilarang oleh Allah tidak dilihat kepada hakikatnya. Sehingga kadang-kadang ia kasih dan gemar kepada apa yang dibenci oleh Allah. Cuba kita lihat, betapa ramai anggota jamaah yang berada dalam saff Pendakwah dan 'Amilin yang masih bergelumang dengan sistem "Riba". Sedangkan Allah mengistiharkan perang terhadap orang yang masih beramal dengan Riba setelah ia tahu riba itu dilarang oleh Allah. Orang yang diperangi oleh Allah bermakna "musuh Allah". Tetapi oleh kerana gagal memahami hakikat larangan Allah, mereka masih berdoa dan bersolah hajat memohon kemenangan daripada Allah. "Mungkinkah Allah menolong musuhNya"?.
b). Memahami hakikat "mazmumah".
Mazmumah adalah sifat yang tercela. Seperti hasad dengki, ria, takabbur dan hubbu Dunia. Para du'at dan 'Amilin dalam jamaah ini diasuh menjauhinya. Namun kecelaan sifat-sifat tersebut tidak dapat dilihat benar-benar menjijikkan jika tidak dilihat dari sudut hakikatnya. "Sombong" umbapanya. Orang yang sombong hakikatnya manusia yang melupai Allah (bukan sahaja sombong kepada manusia). Pertama kerana "sombong" adalah sifat Allah. Apakah hendak dirampasnya sifat Allah lalu dipakaikan kepada dirinya?. Berapa orang "Allah" sebenarnya dalam dunia ini?. Kedua, orang yang sombong adalah manusia yang paling "tidak merasa malu" kepada Allah. Bukankah hakikatnya segala yang kita miliki ini, samaada nyawa, ilmu, kekayaan, pangkat, jawatan, harta dan segala-galanya adalah pinjaman dari Allah?. Lalu mengapa sanggup untuk ia merasa sombong dihadapan Allah dengan apa yang ada padanya?. Contoh yang kedua ialah Hasad dengki. Bukankah telah diyakini bahawa setiap yang berlaku ini adalah takdir dan ketentuan Allah. Allah lah yang memutuskan untuk memberikan suatu kepada seseorang dan menarik kembali sesuatu dari seorang yang lain. Apabila seseorang itu hasad atas kelebihan seseorang yang lain, bermakna ia tidak bersetuju dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Allah. Apabila dilihat hakikatnya, akan kelihatanlah betapa jijiknya sifat dengki tersebut.Melihat sesuatu sehingga kepada hakikatnya akan mejauhkan seseorang itu dari segala sifat mazmumah selama-lamanya.

3. Memahami hakikat Dakwah dan Jihad.
Dakwah dan jihad bermakna mengajak manusia kembali kepada Allah. Mengajak mereka membuang segala keberhalaan dan syirik. Pendakwah bermakna manusia yang berkempen untuk Allah. Kempen agar musuh-musuh Allah (syirik) dikalahkan buat selama-lamanya, dan mukabumi ini bersih daripada kesyirikan terhadap Allah. Justeru itu mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah adalah lebih utama daripada sekadar mengajak mereka memberikan undi kepada jamaah. Ini tidak bermakna kita tidak memerlukan undi orang-orang yang bukan Islam.
Apa pun jenis tugasan dalam jamaah semuanya adalah dakwah kepada Allah.
4. Sentiasa "melihat" Allah sehingga lupa terhadap dirinya.
Apa pun jenis tugasan dalam jamaah semuanya adalah dakwah kepada Allah.
4. Sentiasa "melihat" Allah sehingga lupa terhadap dirinya.
Saya tidak maksudkan "lupa terhadap diri" itu bermakna "fana", yang sering dibincangkan dalam pengajian tasawwuf. Tetapi yang saya maksudkan ialah lupa untuk memikirkan dan membicarakan kelebihan dirinya, kerana sibuk membicarakan kesempurnaan zat,sifat dan af'al Allah. Jika dirinya mempunyai kelebihan, tidak dirasakan kelebihan itu miliknya sehingga lidahnya sentiasa menyebut berkenaan dirinya. Apa yang sering disebutnya ialah kelebihan dan kesempurnaan Allah. Jika ia berta'aruf, maka ta'aruf itu sekadar untuk dikenali bukan untuk dikagumi orang. Di awal-awal Harakah diterbitkan dahulu, ada penulis yang menggunakan nama pena "renungan tajam". Mungkin pekara tersebut kelihatan kecil, namun hati hendaklah di jaga, agar jangan merasakan tulisan kita sahaja yang tajam, tulisan yang lain tidak tajam atau kurang tajam. Ada juga yang menulis; " sebagai seorang mujahid dalam jamaah saya tidak punya banyak masa bersama keluarga...". Mengapa harus kita yang menggelarkan diri kita "mujahid"?. walaupun kita benar-benar berharap Allah mengangkat kita sebagai mujahid dijalanNya. Namun gelaran itu biarlah orang lain yang menyebutnya untuk kita. Atau ada juga yang menulis; " dalam hal dakwah ini saya memang "rajin". Mengapa kita perlu menghakimkan diri kita?. Biarlah orang lain yang menilai kita rajin atau pun tidak. Orang yang sentiasa bertawajjuh kepada Allah, akan lupa untuk membicarakan siapa dirinya, bagaimana ia dalam jamaah ini, rajinkah ia atau mujahidkah ia.. Imam Ibnu 'Atho' Llah berpesan;
"Jangan terlalu kerap membicarakan dirimu kelak akan hilang Allah dari Pandangan mu".
Seorang Ahli sufi berkata;
Seorang Ahli sufi berkata;
"Aku tidur sepanjang malam,kemudian aku bangun dengan menyesal ( kerana terlepas solah tahajjud) ..( lalu penyesalan itu ) lebih aku kasih berbanding jika aku berdiri sepanjang malam (kerana beribadah) kemudian keesokannya aku bangun dengan rasa ujub."
Wallahu 'Alam
No comments:
Post a Comment