-----------------------------------------------------------
Umno yang diamanahkan oleh Allah mentadbir negara, telah bertindak selaku "tuan". Sesiapa yang tidak meyokong Umno, maka akan disekat daripada mendapatkan subsidi. Baja padi pun dicetak dengan gambar dacing gabungan parti yang umno jadi tulang belakangnya. Asal ada perojek maka terpampanglah tulisan besar; "ini satu lagi projek Barisan Nasional". Anak-anak parti pembangkang dinafikan daripada memperolehi biasiswa walaupun dapat 5A. Tapi kalau anak orang Umno, tambahan pulak anak JKK, pasti ditawarkan biasiswa kerana berjaya skor 5E. Hasil mahsul bumi Allah ini telah diurus tadbir secara haram oleh Umno. Saki baki harta yang ada di "faraed"kan sesama mereka.
Dimana silapnya Umno sehingga terpaksa menderita diusia tuanya. Marilah kita lihat secara ringkas kesilapan mereka. Ianya iktibar kepada Pas.Kehancuran Umno sewajarnya menjadi subjek teras yang wajib dibaca oleh Pas. Kemudian minta naqib-naqib buat kupasan dan huraian. Tujuannya agar Pas tidak akan melalui jalan yang sama. Iaitu jalan yang telah membinasakan Umno.
1. Umno tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya.
Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
Rugi bukan sahaja diterjemah dengan kerugian biasa yang selalu difahami. Tetapi "rugi" juga bermakna tidak mendapat keberkataan dan keredhaan Allah. Jika individu yang tidak mengambil Islam akan rugi, maka begitu juga pertubuhan, parti atau organisasi yang tidak mengambil Islam sebagai dasarnya. Perjuangan mereka, seruan mereka dan segala kerja-kerja parti yang mereka lakukan, tersisih daripada keberkataan Allah swt.
Silapnya Umno ialah ia tidak membangunkan partinya diatas foundation yang kukuh, iaitu Islam. Apabila asasnya rapuh maka seluruh bangunan itu akan goyah dan tumbang. Inilah yang disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quraan surah Ibrahim ayat 26,maksudnya;
Dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
Di antara punca Umno diserang "angin ahmar" ialah sifat sombong sebahagian barisan kepimpinannya. Kesombongan itu sampai kepada peringkat "beraja di hati, bersultan dimata". Akib sejarah keanggkuhan UMNO di malaysia sudah sangat sarat. Rakyat sudah tidak sanggup lagi menanggungnya. Demi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni mereka, kepentingan rakyat dipertaruhkan dimeja judi politik Umno. Jika menang mereka yang mendapat keuntungannya, dan jika kalah, rakyat terpaksa menanggung bebanannya. Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya;
"Barangsiapa takabbur, Allah akan perhinakan mereka. Dan barangsiapa
merendah diri, Allah akan angkat kemuliaannya".
Sekarang UMNO sudah sampai kepada kebenaran sabda itu. Apa tidaknya, semua orang nampak apa yang dilakukan oleh Umno yang menguasai kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan di bawah Pas. Berbelas tahun kerajaan Pas bukan sahaja di anaktirikan bahkan dimusihi oleh Umno. Rumah-rumah setinggan diberembang, kijal dan baru-baru ini di Johor disapu oleh Umno tanpa belas kasihan. Bukankah doa-doa mereka-mereka yang tertindas itulah yang telah membinasakan Umno. Rintihan rakyat terutama negeri yang dikuasai pembangkang tidak diendahkan oleh Umno.
Keangkuhan Idris Jusoh dalam kes perobohan surau di Bujal Kijal, cukup jelas. Kesombongan Khir Toyo dengan kes penyapunya sudah diketahui umum. Keceluparan Anuar Musa dan Awang Adik yang bercita-cita merampas kelantan dengan bantuan Khairi Jamaludin telah nyata dalam pentas politik kelantan. Allah tidak pernah menjawab kesombongan dengan kejayaan dan kemenangan. Bahkan setiap keanggkuhan itu dijawab oleh Allah dengan kekalahan dan kehinaan. Saat Umno merasa cukup optimis untuk menguasai Kelantan dalam PRU 12, kerana mereka mempunyai seluruh jentera utama termasuk SPR, maka saat itulah Tok Guru bersama rakyat Kelantan bermunajat penuh hiba kepada Allah. Suara siapa yang telah disapa oleh Allah?
(bersambung siri 3 )
No comments:
Post a Comment