14 November 2008

Pengambilan Pelajar Sessi 2009

Rangka cadangan Pembinaan Kolej Islam An-Nuur (KIAN).
Kos dianggarkan RM 4 juta.

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur membuka pendaftaran dan pengambilan pelajar sessi 2009 sejak akhir bulan Syawal lepas. Tempoh permohonan akan berakhir pada 20 December 2008. Sessi persekolahan 2009 akan bermula pada 7 Januari.
Pelajar An-Nuur sedang berwirid

Menurut Cikgu Ramdhi (setiausaha Pentadbiran An-Nuur), seramai 80 orang pelajar sahaja akan diambil untuk sessi persekolahan tahun hadapan. Ini disebabkan penginapan diasrama sangat terhad. An-Nuur yang diasaskan oleh Ustaz Mokhtar, mula beroperasi sejak 1996. Kini An-Nuur menawarkan aliran pengajian Pondok Tradisional ( 6 Tahun), Thanawi ( hingga 4 thanawi ), Akademik ( hingga SPM) dan Tahfiz (30 Juzuk).


Kelas hafalan Al-Quraan Akademi Tahfiz dan Ilmu-ilmu Al-Quran (ATIQ)

Ibu-Bapa yang berhasrat menghantar anak-anak mereka ke An-Nuur, dinasihatkan segera membuat pendaftaran. Ini adalah kerana hanya 80 orang pemohon pertama sahaja yang akan diterima. Bayaran keseluruhan pendaftaran sebanyak RM 700 - RM 780, dianggap munasabah, memandangkan kos harian yang kian meningkat.
Pelajar (Nazirah) tahfiz sedang mengulangkasi hafalan mereka.

Setelah 12 tahun beroperasi, kini An-Nuur melangkah selangkah lagi kehadapan. Dimana menurut Ustaz Mokhtar (Pengerusi Pusat pendidikan Islam An-Nuur) sebuah Kolej akan dibangunkan berhadapan dengan Pondok An-Nuur yang ada sekarang. Tapak seluas 4.5 ekar itu akan ditempatkan bangunan pentadbiran, asrama lelaki dan perempuan, musollah perempuan, dewan kuliah dan padang riadah. Projek yang dianggarkan menelan belanja 4 juta ini akan dibangunkan selewat-lewatnya akhir tahun hadapan (insyallah).

Untuk tujuan itu, Pusat Pendidikan Islam An-Nuur melancarkan jualan Lot wakaf tapak dan kos bangunan dengan harga Rm 30.00 sekaki persegi. Kaum Muslimin dan Muslimat adalah dipelawa untuk "amal jariah" ini.

Penderma dan penyumbang boleh membuat sumbangan melalui, Bank-in ke akaun Bank Islam 06019010021868, atau menghubungi talian berikut;

1. 019-9532456 (Ustaz Mokhtar)
2. 019-9193450 (Haji Furqan Foo. Pengerusi projek)
3. 013-9191721 (Ustaz Saharuddin. Pegawai khas zakat dan Tabungan Amal An-Nuur)
4. 019-9111163 ( Ustaz Fadli. Mudir An-Nuur).

No comments: