14 November 2008

Alangkah indah kalau UMNO menerima Islam (siri 1)


MACAMANA MEREKA TAK BERGASAK. MEMANG SEJAK DALAM RAHIM LAGI MEREKA DIASUH DENGAN "POLITIK UMPAN"...

---------------------------------------------------------

Sudah tidak tersorok lagi akan berkecainya rumahtangga UMNO. Si Ayah di tendang oleh anak sulung sehingga terduduk dan tertidur. Dulunya si ayah dijulang sebagai "imam", seakan setanding dengan Imam Ghazali yang dicarinya. Bersajaklah si ayah sambil dikipas oleh ustaz Najib, takut kalau-kalau si ayah rimas dan kepanasan. Di mana-mana kitab "hadari" dikuliahkan, sehingga kalau ada mana-mana kakitangan kerajaan yang tidak hadir atau tidak tunjuk minat akan dianggap durhaka kepada kitab Hadari dan Imamnya.

Anak sulung perempuan agak sopan. Tak tergamak nak tendang ayah, cuma sekadar menyatakan setuju dengan tindakan abang long dan abang-abang yang lain. Melihat kepada kegoyahan si ayah, "Pak cik Gurkha" yang bertapa dalam Gua sekian lama cuba mengambil kesempatan. Tapi sayang, memang dah pangkat gurkha susah la nak dapat undi. Apa yang gurkha boleh beri?. Jebat Musang ada la. Tapi Ahli-ahli dah tak perlukan musang lagi kerana dalam umno dah ramai musang-musang, hatta musang berjanggut pun ramai.

Pakcik yang duduk sebelah kanan si ayah cuba berlagak sebagai pengadil gusti. Bila nampak si ayah dibelasah kiri dan kanan, dia cuba buat-buat macam nak hentikan perlawanan, tapi masa penonton tak nampak disikunya si Ayah. Ayah pun tak perasan sapa siku dia. Tapi juru kamera nampak.Nampak pun cjurukamera boleh buat apa?. Kalau cuba buka rahsia, tak kena gaya juru kamera akan di ISAkan. Baik buat macam tak nampak.

Saat yang gawat itu, si ayah tetap berkeras sambil dipapah oleh menantu ayah yang masih tunjuk setia. Si Ayah pertahankan kedudukannya, walaupun orang ramai semua dah nampak ayah dah tak mampu untuk duduk, usahkan berdiri. Dalam masa si ayah pening, mamanda wazir yang dah bersara pulak dok jerkah ayah tiap-tiap hari. Maka makin sungul lah si ayah. Tapi berkat pengampu-pengampu, si ayah buat muka selamba je. Macam tak berlaku apa-apa.

Menantu ayah pulak makin hilang bisa. Di ajaknya panglima Jerlun masuk gelanggang. Tapi kung-fu menantu masih belum bertenaga. Buku soalin yang dibaca belum tamat. Baru sampai bab kungfu mabuk je. Lalu bila undi panglima jerlun makin tinggi, maka makin mabuk la menantu. Muka pun dah kurang nampak dalam TV, tak macam masa kat ijok dulu, sampai sehari lima belas kali. Sekarang, kalau sesekali keluar berita pun, nampak macam orang kalah judi je. Budak-budak muda dalam umno pun dah meluat dengan lagaknya selama ini,usahkan Pas,PKR dan DAP. Tak kena gaya lepas pemilihan nanti sawan budak ni. Akhirnya pergi sendiri membawa diri, macam Paramiswara yang lari ketemasik dulu. Nak lari ke Melaka dah takde sapa nak layan. Melaka bukan minat pelakun tempatan, mereka minat Hindustan je.

Kak Long dengan Kak Ngah pulak sibuk betarik rambut, sampai gugur kutu dari kepala masing-masing. Kak Ngah yang baru nak sihat dari demam PRU 12, terpaksa bangun menawarkan diri. Bertempik lah kak Ngah, "orang Lembah Pantai tak nak kat saya, tapi masih ramai lagi yang mahukan saya". Sesekali kak Ngah cuba menampilkan watak kewanitaannya yang tak berapa menjadi. Sama lah juga dengan Kak Chik yang satu ketika dulu diberi tugas jaga Stadium Bukit Jalil. Cuba suruh dia bejalan "cat walk" macam paragawati, sah kita akan gelihati. Kak Long pulak cakap; pertandingan perkara biasa,budaya yang sihat. so kami biasa je". Itu cakap Kak Long depan wartawan, sambil membetulkan kain selendang merah yang terlondeh atas bahunya. Apa pun selendang itu mesti dipertahankan, kerana itulah kain tudung yang sah mengikut mazhab hadari.
Adik-adik mentah kat bawah pulak bergasak sama sendiri, sampai baling-baling kerusi. Betul-betul macam filem koboi "Montoya del Montel", yang pernah dilakunkan oleh MB Kedah dulu. Macamana mereka tak bergasak, memang mereka diasuh sejak dalam rahim lagi dengan asuhan "politik umpan". Bila dilihat ada umpan jatuh, maka berebut-rebutlah mereka bagai anak ikan yang kelaparan. Apa jenis umpan tak kesah, asalkan umpan. Kalau kita lihat mereka dengan projek atau wang, betul-betul macam kita menonton dokumentari National Geografic. Bila berjaya saja Singa menumbangkan seekor kerbau, yang mula-mula tokak ialah singa dan anak-anak singa, lepas tu dubuk dan anak-anaknya, bila dubuk dah puas datang pula burung hering. Patuk sana patuk sini, last sekali ialah burung yang diberi nama pakar bedah Savanah. Berebut-rebutlah burung-burung ini memakan sisa-sisa daging yang masih berbaki dicelah-celah tulang kering.
Maka riuh rendahlah rumahtangga UMNO bagai tongkang pecah. Lalu berkatalah Pahlawan Pahang "rasuah dalam Umno ketika ini paling parah". Sebenarnya bukan "ketika ini" tapi sejak UMNO lahir kemuka dunia dulu. Tangisan pertama yang keluar dari baby bernama UMNO itu ialah Waaaaaaang. Wang adalah ruh UMNO, tanpa wang dah lama UMNO meninggal dunia. Sebab itu kita lihat mana-mana pimpinan yang tiada "beruang" maka tak merasa lah nak duduk atas kerusi. Mungkin cuma dapat balingan kerusi je. Jiran-jiran semua dah tahu, betapa kecohnya keluarga UMNO. Bukan takat pinggan mangkuk yang melayang keluar tingkap, sampai katil pun turut terbang. Si ayah sedang membilang hari, terperosok berdiam diri, tapi tak kena gaya sedang susun strategi. Jangan disangka Harimau tua tak bertaring lagi...

mengapa UMNO begitu parah? ikuti siri 2 (Insyallah).


No comments: