Pemimpin dunia dan tidak terkecuali pemimpin parti-parti, organisasi mahupun kerajaan atau bukan kerajaan, muslim atau bukan muslim berbaris-baris menunggu giliran untuk menghulurkan salam tahniah kepada Obama, presiden baru Amerika yang akan mengambil alih White House awal tahun depan. Obama dilihat sebagai jambatan yang akan dapat meredakan ketegangan antara Barat dan Dunia Islam. Keredaan setelah sebahagian besar Afghanistan, Iraq dan Palastin sudah tidak ada apa lagi untuk dimusnahkan. Obama akan masuk ke White House dengan bersih pada pandangan mata dunia, kerana seluruh kekejaman dan kerakusan Amerika selama ini terhadap dunia Islam akan pupus dari ingatan bersama terpadamnya nama Bush yang pergi tanpa jejak. Dunia seluruhnya teruja dengan kemenangan Obama.
Tidak salah untuk kita membangunkan sebuah "harapan" kepada Obama untuk memulakan lembaran baru hubungan Barat-Islam. Allah pun mengajar kita untuk sentiasa mempunyai harapan. Nabi pula mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik lebih-lebih lagi dalam soal yang tidak jelas keburukannya. Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden Pas pun ucap tahniah kepada kemenangan Obama. Itu adab kita.Adab yang diajar oleh Rasulullah saw. Namun ingin saya mengingatkan pembaca semua, selaku saudara saya dalam Islam dan Jamaah, janganlah kita terlalu ghairah dengan peralihan kuasa yang berlaku di Rumah Putih yang kotor itu. Rumah Putih yang sudah terpalit dengan limpahan merah darah saudara-saudara seakidah dengan kita. Untuk itu suka saya paparkan disini ringkasan teks khutbah saya di Masjid Damansara Damai sebentar tadi. Mudah-mudahan dapat kita renungkan bersama.
Allah berfirman di dalam Al-Quraan;
ولايزالون يقاتلونكم حتى يرودواكم عن دينكم ان استطاعوا. ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت
وهو كافر فأولئك حبطت اعمالهم فى الدنيا والاخرة وأولئك اصحاب النارهم فيها خالدون
وهو كافر فأولئك حبطت اعمالهم فى الدنيا والاخرة وأولئك اصحاب النارهم فيها خالدون
Maksudnya:
Dan sentiasalah (orang -orang yang kafir itu) memerangi kamu sehingga mereka berjaya mengeluarkan kamu daripada agama kamu jika mereka mampu. Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu, kemudian ia mati, walhal ia dalam keadaan kafir, maka mereka itulah orang-orang yang terbatal amalan dunia dan akhiratnya. Merekalah penghuni neraka yang berkekalan didalamnya.
Itulah peringatan Allah agar kita jangan leka terhadap serangan yang berterusan daripada musuh-musuh Islam. Walaupun pemimpin mereka silih berganti dikalangan mereka yang kelihatan berlainan kulit, bangsa, parti dan gaya kepimpinan, namun Objektif yang satu ini tidak pernah berubah. Yang berubah hanya pemimpin dan pendekatan mereka sahaja. Objektif memerangi Islam adalah dasar dan polisi tetap musuh-musuh Allah dan Rasul. Kenyataan Allah di atas telah dibenarkan oleh perjalanan sejarah ummat ini. Sejarah yang tidak pernah menipu kita, sebaliknya kita yang sering menipu sejarah.
Dihari pertama Rasulullah saw menzahirkan seruan Islam dan Tauhid, Baginda sudah berdepan dengan penentangan dan serangan musyrikin. Penentangan itu tidak pernah reda sepanjang usia Baginda. Peperangan demi peperangan dilancarkan terhadap Baginda. Perang Ahzab mengingatkan kita bahawa demi memerangi Islam, musuh-musuh Allah sanggup bersatu walaupun berlainan qabilah dan kepercayaan. Walaupun sebelum itu sesama mereka sering berlaku peperangan kerana taksub puak dan qabilah. Namun saat memerangi agama Tauhid yang dibawa oleh Rasulullah saw, Musyrikin Quraiysh sanggup bergambung dengan qabilah Murrah, Fuzarah, Ghtafan, Khazraj di Madinah dan kabilah-kabilah kecil disekitar jazirah Arab termasuk ahlu kitab. Mereka lupakan seketika dan sejenak perbezaan sesama mereka.
Setelah bertungkus lumus mempertahankan Islam dari serangan ketenteraan kuffar yang terdiri dari kabilah-kabilah kecil, Islam berdepan pula dengan serangan kuasa besar waktu itu, iaitu Rome dan Parsi. Rasulullah terpaksa memimpin segerombolan tentera Islam berdepan dengan serangan Rome dalam peperangan Tabuk. Kekalahan mereka dalam peperangan tersebut tidak pernah melemahkan mereka. Sehingga berlaku pula peperangan Yarmuk. Rasulullah saw telah menghantar Khalid Ibnu Walid, Ubaidah bin Al-Jarrah, Yazid bin Abi Sufian dan Sarahbil bin Hasanah. Peperangan ini juga telah dimenangi oleh tentera Islam. Sehingga Harkulis terpaksa melarikan diri keSyria. Apabila melihat Rome menghadapi kekalahan, dan bimbangkan peluasan empaya Islam, Parsi pula memainkan peranan memerangi Islam. Tidak berapa lama berluku pula perang Qadisiyyah. Tentera Islam yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqas akhirnya mencapai kemenangan.
Rasulullah saw bersanda;
اذا هلك كسرى فلا كسرى بعده واذا هلك قيصر فلا قيصر بعده
والذى نفسى بيده لتنفقن كنوزهما فى سبيل الله
Apabila telah binasa Kisra maka tiada lagi kisra selepas itu. Apabila telah binasa Kaisar maka tiada lagi Kaisar selepas itu. Demi Allah yang nyawaku berada didalam tanganNya, kelak kamu akan membelanjakan harta dari perbendaharaan keduanya pada jalan Allah.
والذى نفسى بيده لتنفقن كنوزهما فى سبيل الله
Apabila telah binasa Kisra maka tiada lagi kisra selepas itu. Apabila telah binasa Kaisar maka tiada lagi Kaisar selepas itu. Demi Allah yang nyawaku berada didalam tanganNya, kelak kamu akan membelanjakan harta dari perbendaharaan keduanya pada jalan Allah.
Setelah Rome dan Parsi kalah, bukan bermakna tiada lagi serangan terhadap Islam. Setelah melihat perkembangan sayap empayar Islam semakin melebar sehingga merentasi gerbang negara-negara Eropah dan ditambah pula dengan dendam kesumat Yahudi yang pernah dihalau dari bumi Madinah kerana pengkhianatan mereka. Akhirnya pakatan memerangi Islam diteruskan. Orang-orang kristian yang semakin pudar rasa permusuhannya terhadap Islam, kerana merasa aman dan selesa hidup dibawah naungan kerajaan Islam tiba bangun tersentak. Pemimpin Kristian Batherick An-Nasik membangkitkan semula semangat kebencian terhadap Islam yang hampir malap itu. Maka bermulalah api peperangan salib. Perang salib yang pertama ini berjaya dipatahkan oleh pemimpin Islam yang terus mempertahankan agama Tauhid yang suci. Kekalahan itu tidak pernah memberikan mereka apa-apa pelajaran. Sehingga mereka terus melancarkan serangan Salib yang kedua. Kali ini mereka lebih berjaya, sehingga Baitul Muaddis dan Masjidil Al-Aqsa ditawan oleh tentera salib. Saat yang cemas itu muncul Sultan Imaduddin Atabek Zanki memimpin tentera Islam mempertahankan kesucian Islam. Kemudian kepimpinan itu diganti oleh Malikus Soleh Nuruddin Mahmud seterusnya urusan kepimpinan tentera beralih ketangan Salhuddin Al-Ayubi. Salahuddin telah berjaya merampas kembali Baitul Muqaddis sekaligus mengalahkan tentera salib.
Kekalahan itu sebagaimana biasa tidak pernah memberikan mereka pelajaran. Lantas tiga orang raja Eropah bersatu tenaga dan tentera mara memerangi Salahuddin dan tentera Islam. Fradric Barbrosa (Emparor German), Philips Augustus ( Raja Prancis) dan Richard The Lion Heart (raja England) terus menerajui perang salib Ketiga. Namun kejahatan dan kesumat biasanya akan berakhir dengan kekalahan. Begitulah nasib ketiga-tiga raja yang dimalukan oleh Salahuddin Al-Ayubi. Untuk menebus rasa malu itu Raja Loise ix dari England bertindak membakar semangat tentera salib untuk terus menyerang Islam dalam perang salib yang ke empat. Namun Tauran Syah yang mengantikan Salahuddin berjaya menawan Raja Louise ix dan dikurung di Mansurah.
Apakah kekalahan mereka melalui pendekatan ketenteraan itu memberhentikan serangan mereka terhadap Islam?. Tidak. akhirnya mereka berhimpun di Eropah guna mencari satu pendekatan yang mampu menghancurkan Islam dan Ummatnya. Lalu pada tahun 1810 secara resmi ditubuhkan Majlis Kristian Amerika yang akan bertindak merancang, mengumpulkan idea, tenaga, kewangan, dan apa sahaja yang boleh mengalahkan Islam. Lalu mereka membuka satu lembaran baru berdepan dengan Islam dan Ummatnya, iaitu Ghazwul Fikri (serangan pemikiran). Akhirnya fahaman Sakularisme ( pemisahan agama dari kehidupan) berjaya meruntuhkan benteng Khilafah Othmaniah Turki. Selepas itu mereka datang menyerbu negara-negara milik Ummat Islam. Mereka bukan sahaja merompak hasil bumi negara yang dijajah, tetapi mereka turut menanam benih sakularisme dan isme-isme yang sesat kepada anak jajahan mereka. Fahaman itu akhirnya menjalar dan menguasai pentadbiran, politik, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan seluruh cabang hidup anak pribumi. Dalam masa yang sama mereka mendidik anak-anak pribumi turut memerangi sebarang kebangkitan Islam. Dengan itu lahirlah bonika-bonika Barat yang akan terus memerangi Islam dan pejuangnya selepas kemerdekaan diberi.
Dalam dunia moden pada hari ini, masih sangat ketara kebencian mereka terhadap Islam. Musuh-musuh Islam tidak senang dengan kemenangan Afghanistan dalam perangnya dengan Russia. Lalu kompot kuffar barat terus mencari helah untuk memusnahkan Afghanistan. Iraq, Iran, Syria, Sudan dan mana-mana Negara Islam tetap dianggap musuh oleh mereka.
Oleh itu saat kita mencari peluang untuk melunakkan hubungan Barat-Islam, khususnya melalui kemenangan Obama yang dilihat lebih terbuka, namun jangan menyebabkan kita lalai dengan peringatan Allah dan Rasulullah saw. Obama hanya seorang presiden yang dilantik oleh rakyatnya untuk memimpina sebuah negara bernama Amerika. Sedangkan Amerika sendiri telah ujud dasar-dasar luarnya yang tersendiri. Kita boleh mengambil pelung untuk menarik nafas lega seketika tetapi jangan sampai tertidur.
No comments:
Post a Comment