10 November 2008

Al-Fatihah.

MAUT,TEMAN YANG TIDAK DISENANGI TAPI SETIA DENGAN JANJI.

Kira-kira jam 2.00 petang hari sabtu dua hari lepas, saya sedang dalam perjalanan pulang keKuantan dari Kuala Lumpur. Setibanya saya di Tol Gambang, satu deringan message masuk kehandset saya. Oleh kerana terlalu mengantuk saya tidak hiraukan message tersebut. Rasa malas untuk bangun dan mencapai handset yang berada diatas dashboad. Ustaz Saharuddin yang memandu disebelah saya berbual rancak dengan Abang Anas yang menemani kami ke Kuala Lumpur sejak khamis lalu. Saya fikir message tersebut sama dengan message yang lain yang mungkin bertanyakan program kem Ibadah musim cuti, atau mahu bertanyakan pengambilan pelajar sessi 2009 atau juga mungkin berkaitan peringatan kuliah. Oleh kerana tersangat mengantuk (kerana telah dua malam saya tidak tidur walau sedikit pun) maka saya silentkan handset tersebut, kerana tidak mahu istirehat saya diganggu lagi.

Sampai diperkarangan Pondok An-Nuur saya terus masuk kerumah, bersiap untuk menunaikan solah Asar bersama pelajar-pelajar. Sedikit masa yang ada selepas Asar saya gunakan untuk membaca dan mengulangkaji matapelajaran Tasauf yang akan dikuliahkan melalui kitab hikam selepas Isyak nanti. Handset saya tinggalkan disudut bilik Imam Masjid An-Nuur. Selesai membuat sedikit study saya fikir perlu untuk saya menulis sesuatu berkenaan jamaah dan Pas. Lalu saya beralih ke Laptop yang sememangnya sentiasa on di atas meja bilik Imam. Lalu saya lakarkan satu gambaran fikrah Jamaaie yang sepatutnya dihormati,dengan tajuk "keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati".

Sedang saya leka menulis, tiba-tiba terdetik dihati saya mengapa saya tidak terdengar sebarang deringan call atau message dari handset saya. Baru saya teringat rupa-rupanya dalam perjalanan tadi handset tersebut telah saya silentkan. Saya tinggalkan seketika laptop dan terus mencapai handset dipenjuru bilik. Bila saya on saja handset tersebut, tertera diskrin 20 misscall dan 12 message. Lalu saya scroll kebawah mencari senarai in-box yang paling awal. Message yang saya terima yang paling awal ialah jam 2.26 ptg daripada Dato' Sirajuddin. Lalu saya "open" messagenya. "A'kum ustaz,ni Sirajuddin. Sahabat kita Aziz ada beritahu saya pasal ustaz nak buat korban untuk umat dikemboja. Saya nak tanya,satu bahagian kena berapa, ustaz? bila tarikh akhirnya kalau kita nak sertai satu atau dua bahagian?"


Dari Kiri: Ustaz Saharudin,Saya,Dato' Sirajuddin, Abang Aziz dan Yusmahilal
di Classic Taste Setiawangsa. (Ramadhan 1429).

Saya tidak balas message itu, kerana saya bercadang akan call beliau selepas kuliah Hikam malam nanti. Lagipun sudah agak lama kami tidak berbual. Lalu saya mengambil keputusan membalas semua message yang diterima dari orang lain dan call kembali mana-mana nombor yang tertera diruang misscall. Setelah selesai membuat semua panggilan-panggilan tersebut, terus saya sambung kembali penulisan saya.

Sedang saya asyik menatap laptop, tiba-tiba masuk satu message dari Abang Aziz Kuala Lumpur. Message tersebut terus saya buka. "Ustaz..dato' sirajudin telah kembali kerahmatuLlah sebentar tadi".Tiba-tiba saja hati saya menjadi sayu. Tersingkap keinsafan betapa setiap saat sebenarnya kita ditemani oleh kematian. Kembali saya tatap Message Allahyarham beberapa jam sebelum itu. Niatnya untuk menyertai korban di Kemboja tidak kesampaian. Manakala niat saya untuk berbual panjang dengan beliau seusai kuliah malam nanti juga tidak kesampaian. Begitulah kehendak Allah.

Sebetulnya saya baru sahaja mengenali beliau, sekitar dua tahun lepas. Perkenalan kami bermula di Surau As-Sa'adah Keramat Permai. Malam itu saya dijemput menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Selesai kuliah kami semua dijemput kebilik makan bersebelahan surau. Disitulah bermulanya perkenalan kami. Mungkin disebabkan sama-sama berasal daripada Kelantan, menjadikan kami cepat mesra. Sifat rendah dirinya menyebabkan saya tidak terasa bahawa saya sedang bercakap dengan seorang Dato' yang pernah menjawat jawatan Penolong Ketua Pengarang di Utusan Melayu.(1)

Hubungan (boleh dikatakan persahabatan) kami semakin erat, apabila Allahyarham menjemput saya menyampaikan Kuliah Khas kepada kaum keluarga dan sanak saudaranya di rumah beliau di Bukit Setiawangsa I. Beliau bercadang menjadikan kuliah tersebut sebagai kuliah tetap bulanan, namun disebabkan jadual yang sering bertindih menyebabkan kuliah tersebut merupakan kuliah "tunggal" saya dirumah beliau. Namun begitu hubungan kami tidak terputus. Setiap kali ada kelapangan ketika memenuhi jadual kuliah saya di Kuala Lumpur, saya akan call beliau atau beliau akan call saya, dan kami akan keluar makan bersama teman-teman yang lain.

Ketika Pondok saya mengadakan Ihtifal tahunan pada bulan jun yang lalu, Allahyarham datang bersama anak lelakinya. Beliau datang jam 7 petang dan balik semuala ke Kuala Lumpur jam 8.30 Malam selepas makan malam dirumah saya. Saya desak beliau untuk tunggu sehingga program ceramah selesai jam 12 malam. Namun beliau kata beliau sebenarnya sangat sibuk dalam sehari dua, dan terpaksa berulang alik ke Kelantan. "Saya datang ni betul-betul kerana nak sangat tengok dan kenal tempat ustaz" kata beliau penuh mesra. Saya akur dengan kesibukan beliau.

Masih tergiang-giang ditelinga saya ucapan yang beliau selalu sebut; "Ustaz..saya ni dulu orang jahil. Jahil sangat tentang agama. Sebab tu sekarang saya nak tebus balik setakat yang Allah izin.Tak de arah la ustaz, dah tua-tua begini baru nak cari masjid dan nak belajar". Bila beliau ulangi ucapan itu selalunya saya akan jawab; "syukurlah dato', sekurang-kurangnya Allah memberikan kita peluang untuk balik kepangkuannya". Ketika beliau akan berangkat ke Mekkah pada tahun 2007. Beliau menalifon saya dari airport KLIA. Sayup-sayup beliau berkata; "ustaz..saya dah masukkan duit RM2,500 dalam akaun sekolah, buat perbelanjaan pihak sekolah ke program korban di Kemboja". Begitulah Allahyarham Dato' Sirajuddin Rafia, yang tidak pernah lokek menghulurkan bantuan ke sekolah saya.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Membawa segunung niat untuk menebus kembali segala kealpaannya kepada Allah. Beliau telah cuba memenuhi niat itu sepanjang sisa-sisa usianya. Mudah-mudahan Allah menerima beliau kepangkuan hadratNya.

Sahabat saya Ustaz Zuhair (Imam Masjid Taman Kemensah Ulu Kelang) beritahu, jenazah Dato' akan dikebumikan jam 9.30 pagi semalam (Ahad). Ketika itu kuliah saya di Alfatah akan bermula. Sejenak saya termenung.Segumpal keinsafan berputik subur disudut sedar, betapa Maut adalah teman yang tidak kita senangi, namun sangat tepat janjinya. Al-Fatihah.

Nota
1). Di Utusan Melayu ada seorang lagi pengarang yang bernama Sirajudin. Iaitu Sirajuddin Mokhtar. Beliau berasal daripada Perak, sepupu kepada YB Datuk Zahid Hamidi. Haji Sirajuddin Mokhtar meninggal pada 18.November.2007.

No comments: