28 May 2010

Perjalanan Hidup part 2

Sudah agak banyak minggu saya tidak berkesempatan untuk
up-date blog ini. Memang saya tidak punya kesempatan kebelakangan ini. Bukan tidak mahu ikut serta memberikan pandangan kepada beberapa issu semasa yang sedang menghangatkan gelanggang politik Negara, tetapi saya sememangnya tidak punya kesempatan. Sekembali dari menunaikan umrah dan ziarah Yaman pada pertengahan April yang lalu terus saja dipadati dengan beberapa program yang tidak dapat saya elakkan. 28 April saya ke Surabaya bersama ustaz Hafiz ( perlis) untuk berbincang dengan Pihak Grand Kalimas Hotel di Surabaya untuk mempastikan program "Jelajah Pesantren dan menjejak Wali Songo" berjalan dengan baik dan tersusun. Alhamdulillah "Coorporate Contract" antara Pondok An-Nuur Travel & Tours Sdn Bhd dan Grand Kalimas Hotel berjaya dibentuk.

Sekembalinya dari Surabaya langsung saja jadul Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri Pahang memenuhi jadual. Selepas itu saya diminta pula merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulama Pas Perlis. Dalam masa memenuhi jadual Kuliah Umumi dan jadual Parti, saya juga perlu menyiapkan segera kerja-kerja membuka pejabat An-Nuur Travel yang baru disewa di Medan Warisan Kuantan. Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan dan pelajar-pelajar, pejabat dan dewan taklimat "pondok An-Nuur Travel & Tours berjaya dikemaskan mengikut jadual. Sehingga sempat diguna oleh Pas Kawasan Kuantan untuk program Kursus Pentadbiran Pas Cawangan-cawangan.

Dalam kepadatan jadual itu Ibu saya pula jatuh sakit. Sakitnya kali ini agak berat, sehingga terpaksalah saya dan keluarga berkampung di Felda Purun untuk beberapa hari. Kesempatan berada di Kampung memberi ruang untuk saya berkuliah dimasjid Purun atas permintaan Ustaz Kamaruzzaman. Sudah agak lama saya tidak berkuliah diMasjid tersebut, walaupun kira-kira 20 tahun yang lalu saya mempunyai jadual mingguan disitu. Namun setelah berpindah ke Kuatan dan ditambah pula masjid tersebut perpindah tangan kepada pentadbiran Ajk yang baru menyebabkan kuliah mingguan tersebut hilang begitu sahaja.

Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri program Pas Klang pada tengah hari 14 Mei, SUK Dewan Ulama Pusat meminta saya mengantikan ustaz Abdul Halim untuk merasmikan mesyuarat Agung Dewan Ulama Pas Perlis. Maka terpaksalah saya menaiki Bas ke Kangar, kerana petang esok saya terpaksa terus terbang ke KLIA untuk langsung ke Surabaya.

Sudah berbelas tahun saya tidak menaiki Bas. Tambahan itulah pertama kali saya menaiki Bas dua tingkat. Rasa gerun berada di dalam Bas lebih daripada rasa gerun berada dalam Flight. Mungkin kerana saya teringat peristiwa kemalangan Bas Ekspres Sani yang berlaku pada akhir tahun 2009 yang telah meragut nyawa 10 orang penumpang dibahagian bawah. Alhamdulillah malam itu seat saya berada ditingkat atas.

15 Mei saya terpaksa menghantar rombongan jelajah Pesantren ke Surabaya. Program tersebut kemudiannya dipimpin oleh Ustaz Zaini untuk 5 hari. Saya hanya berada semalaman di Surabaya dan sebelum berangkat pulang pada petang esoknya saya mengambil kesempatan ke Pulau Madura melalui jambatan "Suramadu" ( gabungan nama Surabaya dan Madura) yang baru setahun dibuka untuk perhubungan. Dipulau tersebut saya sempat berkunjung ke Pesantren Shaikona Khalil, yang diasakan oleh Kiyai Hj Khalil bin Abdul Latif.

20 Mei - 22 mei saya dijadualkan berkuliah di Kota Kinabalu. Sepanjang berada di KK saya agak keletihan. Mungkin disebabkan urusan dan jadual sebelum itu yang agak padat. Namun keletihan saya segera hilang bilamana disambut oleh sahabat di KK dengan penuh kemesraan. Walaupun kebanyakannya baru pertama kali bersua, namun disebabkan wadah perjuangan yang satu, terasa seolah-olah sudah lama berkenalan. Hinggakan malam akhir di Masjid Telekom, saya lebih suka tidur bersama mereka untuk menunggu Qiamullail berbanding kembali kebilik penginapan saya di Politeknik KK. Alhamdulillah semua jadual berjalan dengan baik. Terima kasih teman-teman di KK terutamanya Cikgu Anuar dan Akhi Wan Ali. Sepatutnya saya masih ada program pada jam 9 pagi 22 mei, namun disebabkan saya terpaksa hadir Mesyuarat Dewan Ulama Pusat pada jam 2.30 ptg, maka terpaksa lah saya mengambil tiket lain untuk segera sampai ke KL. Alhamdulillah saya sempat hadir kemesyuarat tersebut.

25 mei..majlis solah hajat di Pejabat Pondok An-Nuur Travel & Tours Sdn Bhd berlangsung dengan selamat dan barokah Insyallah. Jamuan nasi Mandi Kambing dan Ayam mengakhiri program tersebut. Hari ini 27 Mei, saya sempat menyiapkan urusan terakhir program Umrah bulan June yang akan berangkat pada 9 June. Rombongan akan berangkat dahulu dan saya akan menyusul pada 14 June selepas Muktamar Pas di Kota Bharu. Esok 28 Mei, insyallah saya bersama 3 orang teman akan berlepas ke Perth Australia dan akan kembali pada 1 June. Di penghunjung Umrah 20 june, saya bersama Ustaz Shukri ( MSD Travel) akan berkunjung ke Syria untuk meneroka laluan program "jelajah bumi Ambi'"...mudah-mudahan Program Kembara Tarbiyyah ini diberkati Allah.

Keterangan Gambar:
_______________
1. Peogram anjuran Pas Klang
2. SU Perhubungan Negeri Sedang memberikan ceramah di Pejabat An-Nuur Travel.
3. Mesyuarat Agung Dewan Ulama Perlis, bersama YB Ustaz Hashyim Jasin.
4. Suramadu
5. Bersama Sahabat2 di Kota Kinabalu.