29 July 2009

Jadilah pekerja dan kakitangan yang amanah.

Beberapa bulan yang lalu saya ada menulis tentang betapa dhoifnya sekolah Pas bukan kerana prasarananya tetapi sikap sesetengah ibu-bapa, guru dan ahli-ahli Pas terhadap sekolah tersebut. Sesetegah mereka selalu memandang mudah apabila berurusan dengan sekolah Pas. Bagi mereka sekolah Pas bukan sekolah kerajaan. Sikap ini telah menyebabkan pusat-pusat pendidikan Pas sukar untuk bergerak secara sistematik dan berkembang seiring dengan tuntutan jamaah.

Ibu Bapa sanggup berhabis duit membayar yuran Tusyen jika anak-anak mereka belajar di sekolah Kerajaan. Sebut saja berapa harga buku, pasti ibu-Bapa Pas tadi akan bertungkus lumus mendapatkan wang hatta berhutang sekalipun. Ibu Bapa sangat berdisplin apabila berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan. Jika ada perjumpaan PIBG, awal-awal lagi mereka hadir. Saya bukan melarang sikap pro-aktif ibu bapa itu. Tetapi yang saya hairannya mengapa bila anak-anak mereka belajar disekolah-sekolah agama di bawah Pas mereka tidak boleh bersikap demikian?. Sering pusat-pusat pendidikan Pas menghadapi tanggungan tunggakan yuran yang tinggi. Setelah digantung pengajian beberapa kali barulah dibayarnya separuh yuran. Dengan separuh yuran yang sudah sedia rendah itu, apalah yang dapat dilakukan oleh pihak pentadbiran. Sekolah kerajaan yang gaji guru dan perbelanjaan pentadbirannya dibayar oleh kerajaan, Ibu Bapa boleh setia membayar yuran. Tetapi disekolah agama swasta Pas yang gaji gurunya dibayar melalui yuran, berlengah pula mereka menjelaskan yuran. Mengapa kita sering menganggap mudah dengan sekolah jamaah kita sendiri?. Pengalaman saya dan rakan-rakan, sering bertemu dengan ibu bapa yang cukup kuat Pas nya. Tapi cukup liat membayar hutang dengan sekolah-sekolah ditempat anaknya belajar. Kadang-kadang ada yang terus tidak membayarnya. Saya samasekali tak salahkan Pas yang disertainya tetapi sikap individu tersebut. "Alah..takpenya...sekolah kita"..sikap inilah yang banyak "membunuh" sekolah-sekolah Pas.

Sebahagian Guru-guru yang mengajar disekolah Pas pun begitu. Asalkan mengajar disekolah "Jamaah", lalu di anggap mudah segala-galanya. Nak datang kelas ke atau taknak datang tak kesah. Kalau nak bercuti, cuti aje..tak perlu maklumkan kepada pentadbiran. "Pihak pentadbiran pun orang kita,sahabat kita juga". Kalau mereka makan gaji disekolah kerajaan ( yang mereka kata zalim itu) bukan main taat lagi dengan arahan. Program Pas tak boleh datang jika bertembung dengan tugasan sekolah. Kalau nak buat program Pas kena lihat dulu taqwim sekolah. Tapi kalau mengajar disekolah Pas, ada mereka fikir begitu?.Kadang-kadang tak datang berminggu-minggu. Soalan peperiksaan pun dibuat dalam kelas waktu hari peperiksaan berlangsung. Alasannya ana sibuk kerja-kerja parti. Betul..mereka memang sibuk buat kerja-kerja jamaah tetapi dalam masa yang sama Mereka tidak sedar mereka sedang membunuh sebuah perjuangan pendidikan dalam jamaah. Yang hairannya jika mereka mengajar disekolah kerajaan, mereka boleh susun program Pas, usrah ke, mesyuarat ke atau apa saje selepas waktu persekolahan. Tetapi bila mengajar di sekolah jamaah, sibuk mereka hingga tak tunjuk muka di sekolah. Apakah mengajar disekolah Pas bukan "Amanah" yang jika dikhianati juga termasuk dalam tanda-tanda Munanfiq?. Bagaimana sekolah jamaah nak lahirkan pelajar yang berkualiti? kalau inilah sikap setengah guru dan ustaz-ustaz yang mengajar disekolah Pas.

Bagi saya, apabila kita menggelarkan diri kita ahli Pas, bermakna kita adalah "AnsoruLlah". Kita penolong agama Allah. Tolong segenap unit yang ada dalam tuntutan agama itu. Politiknya, pilahanrayanya, pendidikannya, ekonominya, amalnya dan segala-galanya. Saya sudah melawat dan menziarahi banyak sekolah-sekolah Pas di Malaysia ini. Saya sudah banyak bersembang dengan teman-teman yang mengendalikan sekolah-sekolah tersebut. Boleh dikatakan semuanya menghadapi masaalah yang sama. Mengapa begitu ?... Nak kata kita tak faham etika kerja dalam Islam, dah banyak kali naqib-naqib usrah kita beritahu, bahawa biar kita orang Pas ini jadi contoh dimana-mana. Hatta kalau jadi kakitangan kerajaan pun tunjukkan sikap pekerja Muslim yang baik. Jangan curi tulang, jangan curi peralatan pejabat bawa balik rumah, jangan lembab kerja, jangan cuai dengan amanah, buat kerja sungguh-sungguh kerana satu hari kita pula yang akan jadi kerajaan. Naqib-naqib kita ajar kalau diistiharkan siapa kakaitangan cemerlang di pejabat,? orang Pas.. siapa pegawai yang paling didikasi?.. orang Pas.. baru orang ramai akan sokong Pas. Tapi kalau sikap kita sambil lewa, sekolah kita paling dhoif, pekerja kita paling banyak cuti dan ponteng kerja. Pekerja kita makan gaji dengan orang lain tapi buat kerja untuk orang lain...siapa lagi nak hormat kita. Kalau kita sendiri tidak menghormati tatakerja Islam siapa lagi yang akan menghormatinya?.

Sekolah-sekolah Pas atau majikan-majikan Pas tidak pernah meghalang kakitangannya menyertai program Pas, bahkan memeberikan galakan. Tetapi tidak bermakna kakitangan boleh sewenangnya membunuh sekolah atau syarikat-syarikat yang dimiliki orang Pas..Mengajar disekolah Pas memang gajinya rendah. Tapi apakah kita cuai kerja itu kerana gajinya rendah dan kita gigih bekerja disekolah kerajaan itu kerana gajinya tinggi?. Kalau kerja dalam jamaah ini dilonjak oleh duit bukannya dilonjak oleh kesedaran kerja itu amanah..maka apa bezanya kita dengan ahli Umno yang mengejar benda?.

Tanda munanfiq itu ada tiga: Apabila berkata-kata, dusta. Apabila berjanji akan dimungkirinya dan apabila diberikan amanah, ia khianat.

28 July 2009

Mana Ulama' UMNO ? Bantu la Najib ...


Sejak keputusan PRK Manek Urai saya kurang berkesempatan untuk Up-date blog ini, hanya sekadar buka laptop untuk membaca tulisan blog sahabat-sahabat sahaja. Sebenarnya seronok membaca celoteh,komentar dan info yang dipaparkan oleh sahabat-sahabat seluruh negara. Sesungguhnya perkongsian ilmu,maklumat dan pengalaman akan menyegarkan minda lebih-lebih lagi dalam mengharungi gelombang tipudaya Umno yang semakin terjerat. Umno ibarat "harimau tua yang cedera".. sudah tentu banyak kerja-kerja nekad yang akan dilakukannya sebelum menemui ajal. Pertembungan sihat dengan pembangkang ternyata sudah tidak menarik minat UMNO/ BN. Boleh jadi kerana deria baunya sudah tercium aroma kekalahan di Manek Urai, menyebabkan Najib selaku Presiden UMNO lebih sanggup turun ke Ijtima Tabligh di Sepang berbanding menjengguk pengundi Manek Urai.

Apa yang menarik perhatian saya ialah betapa baculnya Ulama' Umno. Apa sebenarnya fungsi mereka di dalam Umno?. Sepatutnya apabila Najib kecut untuk berdebat secara terbuka dengan Tok Guru, merekalah yang seharusnya menampilkan wajah menyambut cabaran Tok Guru. Kerana yang tok guru kata sesat itu ialah UMNO bukan disebut nama Najib. Maka sudah tentu semua ahli Umno kena pertahankan parti mereka dengan hujah-hujah yang benar, dan tidak ada orang yang paling layak berhujah soal sesat atau tidak sesat selain ulama' yang sekian lama mengUMNOkan diri mereka. Pada awal cabaran tok guru itu, saya mengharapkan ulama Umno tanpil menawarkan diri. Kerana bagi saya jika sekiranya debat Tok guru dan Najib jadi kenyataan rasanya tak ramai yang minat untuk menonton siaran langsung tersebut. Kerana semua orang tahu, apalah yang akan dihujjahkan oleh Najib bagi mematahkan kenyataan Tok guru. Saya fikir waktu itu mesti ada ulama Umno yang dengan penuh kejantanan akan menawarkan diri, paling tidak untuk menyelamatkan maruah Presiden mereka.

Waktu saya dan teman-teman dalam tahanan kemunting dahulu, berlori ulama Umno dihantar kononnya untuk brain-wash kami. Maka datanglah mereka dengan lagak penyelamat Bangsa Melayu dan Islam. Cara untuk menyelamatkannya ialah dengan cara bekerjasama dengan Kerajaan UMNO. Pimpinan Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Tn Guru Haji Hadi menjadi sasaran ceramah mereka. Kononnya kedua-dua orang pimpinan itu gagal memahami Fiqh Aulawiyyat lah, Usul Fiqh lah, Fiqh Waqieyyah lah dan macam-macam. Tapi sekarang mana dia Ulama Umno yang mahir Fiqh itu. Tampil lah kekaca Tv dan menerima cabaran Tok Guru. Malang sungguh mereka. Nak kata masuk Umno kerana nak jaga Islam, tak juga mereka mampu mempastikan Islam menjadi dasar Umno. Nak kata untuk jaga UMNO tak pulak mereka sanggup berdebat bagi mempertahankan maruah parti mereka. Dah tu apa yang mereka buat sebenarnya dalam UMNO?. Jaga periuk nasi? kalau nak jaga periuk nasi lebih baik kamu jangan belajar agama, lebih baik awal-awal lagi kamu masuk kelas masakan. Jadi Chef jangan jadi ulama, pakai topi tinggi jangan pakai serban.


Renung-renunglah wahai ulama dalam Umno.

17 July 2009

Kedudukan Ulama dalam Islam (Jaga adab kita)


Tidak samar bagi setiap muslim akan kedudukan ulama dan tokoh agama, serta tingginya kedudukan, martabat dan kehormatan mereka dalam hal kebaikan mereka sebagai teladan dan pemimpin yang diikuti jalannya serta dicontoh perbuatan dan pemikiran mereka. Para ulama bagaikan lentera penerang dalam kegelapan dan menara kebaikan, juga pemimpin yang membawa petunjuk dengan ilmunya, mereka mencapai kedudukan al-Akhyar (orang-orang yang penuh dengan kebaikan) serta derajat orang-orang yang bertaqwa. Dengan ilmunya para ulama menjadi tinggi kedudukan dan martabatnya, menjadi agung dan mulia kehormatannya. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah,

“Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (QS. az-Zumar: 9)

Dan firman-Nya Azza wa Jalla:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Niscaya Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat.” (QS. al-Mujadilah: 11)

Diantara keutamaannya adalah para malaikat akan membentangkan sayapnya karena tunduk akan ucapan mereka, dan seluruh makhluk hingga ikan yang berada di airpun ikut memohonkan ampun baginya. Para ulama itu adalah pewaris Nabi, dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyala ilmu, dan pewaris sama kedudukannya dengan yang mewariskannya, maka bagi pewaris mendapatkan kedudukan yang sama dengan yang mewariskannya itu.

Di dalam hadits Abi Darda radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Sesungguhya para malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang alim akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.” (Shahih, HR Ahmad (V/196), Abu Dawud (3641), at-Tirmidzi (2682), Ibnu Majah (223) dan Ibnu Hibban (80/al-Mawarid).

Para ulama telah mewarisi ilmu yang telah dibawa oleh para Nabi, dan melanjutkan peranan dakwah di tengah-tengah umatnya untuk menyeru kepada Allah dan ketaatan kepada-Nya. Juga melarang dari perbuatan maksiat serta membela agama Allah. Mereka berkedudukan seperti rasul-rasul antara Allah dan hamba-hamba-Nya dalam memberi nasehat, penjelasan dan petunjuk, serta untuk menegakkan hujjah, menepis alasan yang tak berdalih dan menerangi jalan.

Muhammad bin al-Munkadir berkata,

“Sesungguhnya orang alim itu perantara antara Allah dan hamba-hamba-Nya, maka perhatikanlah bagaimana dia bisa masuk di kalangan hamba-hamba-Nya.”

Sufyan bin ‘Uyainah berkata,

“Manusia yang paling agung kedudukannya adalah yang menjadi perantara antara Allah dengan hamba-hamba-Nya, yaitu para Nabi dan ulama.”

Sahl bin Abdullah berkata,

“Barangsiapa yang ingin melihat majlisnya para Nabi, maka hendaklah dia melihat majelisnya para ulama, dimana ada seseorang yang datang kemudian bertanya, ‘Wahai fulan apa pendapatmu terhadap seorang laki-laki yang bersumpah kepada istrinya demikian dan demikian?’ Kemudian dia menjawab, ‘Istrinya telah dicerai.’ Kemudian datang orang lain dan bertanya, ‘Apa pendapatmu tentang seorang laki-laki yang bersumpah pada istrinya demikian-demikian?’ Maka dia menjawab, ‘Dia telah melanggar sumpahnya dengan ucapannya ini.’ Dan ini tidak dimiliki kecuali oleh Nabi atau orang alim. (maka cari tahulah tentang mereka itu).”

Maimun bin Mahran berkata,

“Perumpamaan seorang alim disuatu negeri itu, bagaikan mata air yang tawar di negeri itu.”

Jikalau para ulama memiliki kedudukan dan martabat yang tinggi seperti itu, maka wajib atas orang-orang yang awam untuk menjaga kehormatan serta kemuliaannya.

Dari Ubadah bin Ashomit radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak menyayangi yang lebih muda, dan tidak tahu kedudukan ulama.”

Dan di antara hak para ulama adalah mereka tidak diremehkan dalam hal keahlian dan kemampuannya, yaitu menjelaskan tentang agama Allah, serta penetapan hukum-hukum dan yang semisalnya dengan mendahului mereka, atau merendahkan kedudukannya, serta sewenang-wenang dengan kesalahannya, juga menjauhkan manusia darinya atau perbuatan-perbuatan yang biasa dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak tahu akan kedudukan dan martabat para ulama.

Satu hal yang sudah maklum bagi setiap orang, bahwa mempercayakan setiap cabang-cabang ilmu tidak dilakukan kecuali kepada para ahli dalam bidangnya. Jangan meminta pendapat tentang kedokteran kepada makanik, dan jangan pula meminta pendapat tentang senibena kepada para dokter, maka janganlah meminta pendapat dalam suatu ilmu kecuali kepada para ahlinya.

Maka bagaimana dengan ilmu syariah, pengetahuan tentang hukum-hukum dan fiqh kontemporer? Bagaimana kita meminta pendapat kepada orang yang tidak terkenal alim mengenainya dan tidak pula punya kemampuan memahaminya jauh sekali sebagai ulama yang mujtahid dan para imam yang kukuh ilmunya serta ahli fiqh yang memiliki keupayaan sebagai ahli istimbath?

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

"Dan apabila sampai kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka (langsung) menyiarkannya, (padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka (Rasul dan ulil amri). Sekiranya bukan karena karunia dan rahmat Allah kepadamu, tentulah kamu mengikuti setan, kecuali sebagian kecil saja (di antara kamu).
(QS. an-Nisa`: 83)

Dan yang dimaksud dengan Ulil Amri dalam ayat ini adalah para ulama yang 'Alim dan cermat dalam beristimbath hukum-hukum syariat baik dari kitab maupun sunnah, karena nash-nash yang jelas tidaklah cukup untuk menjelaskan seluruh permasalahan kontemporer dan hukum-hukum terkini, dan tidaklah begitu mahir untuk beristimbath serta mengerluarkan hukum-hukum dari nash-nash kecuali para ulama yang berkelayakan.

Abul ‘aliyah mengatakan tentang makna “Ulil Amri” dalam ayat ini, “Mereka adalah para ulama, tidakkah kamu tahu Allah berfirman, ‘(Padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)’.”

Dari Qatadah, “(Padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka”, dia mengatakan, “Kepada ulamanya.” “Tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka (Rasul dan Ulil Amri).”, tentulah orang-orang yang membahas dan menyelidikinya mengetahui akan hal itu.
Dan dari Ibu Juraij, “(Padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul” sehingga beliaulah yang akan memberitakannya “dan kepada Ulil Amri” orang yang faqih dan faham agama.

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan dalam Fath al-Bari:

Ibnu Attin menukil dari ad-Dawudi, bahwasanya beliau menafsirkan firman Allah Ta’ala “Dan Kami turunkan az-Zikir (al-Qur`an) kepadamu, agar engkau menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” An-Nahl : 44, berkata: Allah Ta’ala banyak menurunkan perkara-perkara yang masih bersifat global, kemudian ditafsirkan oleh Nabi-Nya apa-apa yang diperlukan pada waktu itu, sedangkan apa-apa yang belum terjadi pada saat itu, penafsirannya di wakilkan kepada para ulama. Sebagaimana firman Allah Ta’ala : (padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka. (QS. an-Nisa`: 83)

Al-’Allamah Abdurrahman bin Sa’di rahimahullahu menafsirkan ayat ini:

Ini merupakan pelajaran tentang adab dari Allah untuk para hamba-Nya, bahwa perbuatan mereka tidak layak, maka sewajarnya bagi mereka, apabila ada urusan yang penting, juga untuk kemaslahatan umum, yang berkaitan dengan keamanan dan kebahagiaan kaum mukminin, atau ketakutan yang timbul dari suatu musibah, maka wajib bagi mereka untuk memperjelas dan tidak tergesa-gesa untuk menyebarkan berita itu, bahkan mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri dikalangan mereka, yang ahli dalam hal pemikiran ilmu, dan nasehat , yang faham akan permasalahan, kemaslahatan dan mafsadatnya. Jikalau mereka memandang pada penyebaran berita itu ada maslahat dan sebagai penyemangat bagi kaum mukminin, yang membahagiakan mereka, serta dapat melindungi dari musuh-musuhnya maka hal itu dilakukan, dan apabila mereka memandang hal itu tidak bermanfaat, atau ada manfaatnya akan tetapi mudhorotnya lebih besar dari manfaatnya maka tidak menyebarkan berita itu, oleh karena itu Allah berfirman : “tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka.” Yaitu: mengerahkan pikiran dan pandangannya yang lurus serta ilmunya yang benar.

Dan dalam hal ini ada kaidah tentang etika (adab) yaitu: apabila ada pembahasan dalam suatu masalah hendaknya di berikan kepada ahlinya dan tidak mendahului mereka, karena itu lebih dekat dengan kebenaran dan lebih selamat dari kesalahan. Juga ada larangan untuk tergesa-gesa menyebarkan berita tatkala mendengarnya, yang patut adalah dengan memperhatikan dan merenungi sebelum berbicara, apakah ada maslahat maka disebarkan atau mudharat maka dicegah. Selesai ucapan syaikh rahimahullahu.

Dengan penjelasan ini diketahui wahai teman-teman semua, bahwa perkara yang sulit dan hukum-hukum yang kontemporer serta penjelasan hukum-hukum syariatnya tidak semua orang boleh campur tangan dalam masalah itu, kecuali para ulama yang memiliki bashirah dalam agama.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu berkata,

“Jabatan dan kedudukan tidaklah menjadikan orang yang bukan alim menjadi orang yang alim, kalau seandainya ucapan dalam ilmu dan agama itu berdasarkan kedudukan dan jabatan niscaya khalifah dan sulthan (pemimpin negara) lebih berhak untuk berpendapat dalam ilmu dan agama. Juga dimintai fatwa oleh manusia, dan mereka kembali kepadanya pada permasalahan yang sulit difahami baik dalam ilmu ataupun agama. Apabila pemimpin negara saja tidak mengaku akan kemampuan itu pada dirinya, dan tidak memerintahkan rakyatnya untuk mengikuti suatu hukum dalam satu pendapat tanpa mengambil pendapat yang lain, kecuali dengan al-Qur`an dan as-Sunnah, maka orang yang tidak memiliki jabatan dan kedudukan lebih tidak dianggap pendapatnya.” Selesai ucapan Ibnu Taimiyah.

Dan kita memohon kepada Allah Ta’ala agar memberkati kita, dengan adanya para ulama, juga memberikan kita manfaat dengan ilmu mereka, serta membalas mereka dengan sebaik-baik balasan. Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan mengabulkan permintaan.

12 July 2009

UMNO tiada issue di Manek Urai

Beberapa hari berada dalam kawasan pilihanraya N41 Manek Urai dapat saya saksikan Umno datang tanpa senjata yang ampuh untuk menghadapi Pas. Tidak ada banner besar Umno yang terpangpang dengan kata-kata gah, sepertimana dalam pilihanraya sebelum ini. Kalau pun ada hanyalah beberapa kerat ucapan Shahrizat Jalil, dan beberapa orang pemimpin yang ketandusan idea yang melontarkan kata-kata yang sedikit menyerang Pas. Namun saya yakin serangan itu tidak memudharatkan perjalanan jentera Pas.

Kata-kata seperti "Manek Urai akan dijadikan anak emas Kerajaan BN jika BN menang", sebenarnya akan lebih meloyakan lagi tekak pengundi Manek Urai. Lebih daripada meloya jika Bugger dicicah budu. Orang Manek Urai adalah orang Kelantan, dan orang Kelantan terkenal dengan sifat mereka yang gemarkan majlis-majlis ilmu sejak dahulu. Mereka lebih terdedah dengan ilmu Politik yang disampaikan oleh tok-tok guru mereka menerusi kitab berbanding dengan perbincangan ilmiah Politik menerusi TV yang dipengerusikan oleh Johan Jaafar. Mereka tentunya masih ingat dengan Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebelum PRU 12 yang lalu. Masa itu Pengkalan Pasir diwar-warkan sebagai anak emas kepada kerajaan Pusat jika BN menang. Ternyata BN menang..tapi apa jadi kepada pengkalan pasir selepas itu?. Kali ini pengundi dapat dengar lagi CD yang sama di putarkan, cumanya melalui sound box yang berlainan. Lalu sudah tentu pengundi Manek Urai akan termuntah mendengar janji-janji sebegitu lagi.

Isu kedua yang sedikit mengigit Pas ialah Isu kemiskinan dan keterbelakangan penduduk Manek Urai dari arus pembangunan. Isu ini pun UMNO tak berapa berani nak ketengahkan apabila menyedari negeri yang berada di bawah BN pun masih ramai yang berada dibawah kadar kemiskinan. Bila Umno salahkan Pas kerana kemiskinan penduduk Manek Urai, kerana kononnya Manek Urai berada dalam Parlimen Kuala Krai, Parlimen yang dikuasai Pas. Maka penduduk Manek Urai akan menjengguk ke kampung sebelah mereka yang berada dalam Parlimen Gua Musang. Parlimen yang dikuasai BN ( Tengku Ghazali ). Tak banyak pun perbezaan antara mereka.

Isu ketiga ialah isu Calon Pas ( Abe Uji) yang kononnya tak setanding dengan calon BN, yang berpendidikan tinggi dan masih muda. Isu ini hanya disebut-sebut oleh UMNO di peringkat KL sahaja. Mereka tak berani untuk sebut acap kali di Manek Urai, kerana penduduk Manek Urai jauh lebih mengenali siapa "peraih ikan" yang diperlekehkan oleh Umno itu. Tak kena gaya ada yang akan disumbat mulut dengan ikan selar kuning kalau ada yang cuba memperlekehkan Abe Uji ataupun dibaling dengan kulit durian.

Umno kelihatannya agak lemas di Manek Urai, tambahan pula keadaan Manek Urai yang agak ke pendalaman dan sering pula hujan pada waktu petang dan malam, menjadikan jalanraya yang sempit semakin becak dan licin. Keadaan ini tidak serasi dengan pemimpin UMNO. Manek Urai bukan "habitat" mereka. Pak Menteri nak masuk kampung untuk bantu orang kampung menoreh getah tak boleh, sebab penduduk kampung Manek Urai tak turun menoreh kerana musim hujan. Apa yang saya lihat di Manek Urai, anggota polis lebih ramai daripada petugas-petugas Umno.

06 July 2009

Belajarlah dari buku Politik kalaupun bukan dari Kitab.


Petang tadi saya sempat menonton berita petang saluran dua. Sekilas berita memaparkan perarakan penamaan calon kedua-dua belah pihak di Manek Urai. Ramai sahabat-sahabat yang telah berlepas ke Manek Urai untuk memberikan sokongan kepada Pas dan calonnya Abe Uji. Saya masih dok berkira-kira untuk turun pada 8 Julai sehingga hari memngundi. Bukan sengaja nak lewat-lewat tapi disebabkan Pondok saya baru saja selesai mengadakan Ihtifal pada sabtu lepas, maka sudah tentu banyak perkara yang saya perlu selesaikan sebelum berlepas ke Manek Urai dengan hati yang lega.Dalam sekilas lens kamera menyapa wajah Abe Uji, segera saya teringat keceluparan pemimpin Umno yang kononya cuba merendah-rendahkan abe Uji dengan kata-kata “ peraih ikan calon Pas di Manek Urai".

Melihat kepada kenyataan pemimpin Umno sejak dulu hingga sekarang, saya kira tidak banyak fikrah yang berubah dalam tempurung kepala mereka. Samaada mereka tidak cuba belajar memahami sesuatu atau sememangnya fikrah kejahiliyyahan itu sememangnya diwarisi Umno melalui ganetik. Nampaknya darah kejahiliyahan itu mengalir terus kepada setiap generasi yang bermazhab Umno.

Dulu semasa Pas mula-mula merampas Kelantan daripada Umno, dan Tok Guru dilantik sebagai ketua Kerajaan Negeri. Riuh rendah pemimpin Umno disetiap ceruk rantau, bermula daripada pejabat Umno di PWTC hinggalah JKK Umno Ulu Tembeling dan Gua Musang memperlekehkan penampilan Tok Guru dengan serban dan kain pelikatnya. Kononnya bagaimana Tok Guru yang serebeh dengan kain serban boleh menerajui dan mengemudi kerajaan negeri.

Selepas hampir dua puluh tahun Tok Guru mempamirkan gaya kepimpinan yang cemerlang dan disegani, serta Berjaya pula melaksanakan dasar-dasar Islam dan pentadbiran yang bersih, tiba-tiba muncul lagi suara-suara pemimpin Umno yang memperlekehkan calon Pas Manek Urai. Sekurang-kurangnya mereka belajar daripada apa yang mereka saksikan kalaupun tidak belajar dari kitab.

Buku Politik Malaysia telah sarat dengan berbagai fakta dan sejarah yang direkodkan, bagaimana pemimpin Umno yang bergaya dengan Nick-tie dan coat terpaksa ditendang keluar dari UMNO kerana terlibat dengan politik wang. Bekas ketua menteri Melaka yang segak dan bergaya ala Shah Rukh Khan itu akhirnya kecundang dengan derama yang mengaibkan. Bagaimana bekas Menteri yang berpakaian smart boleh raba punggung perempuan. Bekas menteri besar Selangor yang berketerampilan ala Ahli tinju boleh terlibat dengan adegan membawa lari anak dara orang. Itu belum disenaraikan kegiatan anak-anak pemimpin Umno yang smat-smat dan bergaya itu. Selama Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dengan serbannya itu berapa kali Punggung anak dara orang diraba?, sebanyak mana duit kerajaan Negeri disonglapnya? Pernahkah sidang Dewan Negeri gagal bermesyuarat kerana kelemahan Tok Guru yang berserban itu ?. Sebanyak mana wang PPRT digelapkan oleh Tok Guru?Tak kan buku “Politik Nyata” itu gagal dibaca oleh Umno? Tak “sebenak” itu Umno sehingga terpaksa mengulangi kembali ucapan jahil mereka terhadap Abe Uji.

Betul Abang Uji peraih Ikan (dulunya), betul abang Uji bukan lulusan Ir atau PhD. Tapi penduduk Manek Urai bukan mahukan sebuah bas dua tingkat yang mewah, driver yang berpakaian kemas tetapi kaki botol. Mereka tahu mereka tidak akan selamat jika menumpang bas seperti itu. Biarlah Bas yang sederhana, drivernya berpakaian sederhana tetapi dapat memandu dengan selamat. Sampai waktu solah penumpang diajaknya solah dan memohon keselamatan dunia dan akhirat.

Sudah lah Umno dengan fikrah berkarat itu. Kembali lah kepada reality kehidupan Muslim yang sebenar. Syabas pengundi Manek Urai khususnya pengundi Laklok, Kampung kecil yang dulunya ( 1985 ) saya kunjungi pasar minggunya saban minggu kerana membawa jualan pakaian Bundle. Insyallah beberapa hari nanti kita akan bertemu…

BERWASPADA BUKAN BERMAKNA BURUK SANGKA.


Al-Hamdulillah, Pas baru sahaja melepasi segaris ujian yang menjadi sunnatuLlah kepada mana-mana perjuangan Islam. Oleh kerana Pas sebuah jamaah Islam yang komited dengan dasar Islam, maka sudah tentu ia akan menghadapi banyak ujian berbanding dengan pertubuhan dan partai yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya. Kerana itulah yang dinyatakan oleh RasuluLlah saw, bahawa yang paling banyak ditimpakan bala ( ujian ) ialah para Nabi-nabi, kemudian mereka yang seumpama Nabi-Nabi dan orang seumpama dengan orang yang seumpama dengan nabi-nabi itu dan seterusnya. Oleh kerana Pas adalah sebuah wadah yang meneruskan perjuangan para Nabi maka sudah pastinya Pas akan lebih banyak menghadapi ujian berbanding pertubuhan yang tidak bergerak diatas jalan para Nabi.

Telah banyak ujian yang diharungi Pas sepanjang pengelibatannya dalam dunia Politik Malaysia. Pemimpin dan penyokong Pas telah lali dengan berbagai agenda jahat yang dilakukan terhadap mereka. Sejak dahulu kita menyaksikan petani-petani Pas dinafikan pengagihan baja subsidi oleh pihak kerajaan, projek-projek pertanian difaraidkan sesama pemimpin Umno. Perlantikan jawatan-jawatan kampung dan Masjid dipilih dikalangan ahli-ahli Umno,Anak-anak orang Pas digugurkan daripada senarai layak menerima biasiswa kerajaan. Ustaz-ustaz Pas dihalang daripada menyampaikan khutbah atau kuliah di Masjid-masjid. Kakitangan kerajaan yang dilihat menyokong Pas akan diposting kewilayah dan daerah terpencil serta disekat kenaikan pangkat mereka. Pemimpin-pemimpin Pas sentiasa diintai oleh ISA. Mereka akan diangkut ke kemunting dengan alasan mengancam keselamatan Negara. Pas difitnah bertubi-tubi melalui akhbar dan TV yang dihak milikkan kepada UMNO. Pendek kata sebutlah apa jenis ujian yang belum Pas hadapi. Bermula daripada usaha menyekat subsidi hinggalah kepada ISA dan seterusnya "pembunuhan", seumpama kes Samad Gol, Lubuk Merbau dan Memali. Hatta sehingga Pas yang telah berjaya meguasai dua kerajaan Negeri pun masih di buli oleh UMNO selaku Kerajaan Pusat.

Apa yang saya sebutkan itu adalah senarai pendek ujian yang dihadapi Pas dari Luar. Manakala ujian dari dalam terus berlaku dari masa ke semasa. Samaada dilakukan oleh "orang luar"yang "menyusup kedalam" atau kerana kelemahan "orang dalam" yang tergiur dengan janji-janji "orang luar" sehingga mereka sanggup memecahbelahkan saf jamaah mereka sendiri. Al-Hamdulillah. Oleh kerana dasar perjuangan Pas ini adalah Al-Quraan, maka Allah akan tetap memelihara Pas sebagaimana Allah memelihara Al-Quraan daripada sebarang penambahan dan pengurangan. Tetap akan ada para huffaz yang menyedari usaha-usaha meminda Al-Quraan. Begitulah juga tetap akan ada Pimpinan atau ahli Pas yang menyedari adanya usaha-usaha yang tidak jujur dalam Pas. Bersyukurlah... Allah sayangkan jamaah ini, maka kita sayanglah apa yang disayangi Allah.

Walaupun kita sentiasa dibantu Allah melepasi berbagai ujian, namun sentiasalah berwaspada. Berwaspada terhadap Nafsu, Dunia, Syaitan dan Manusia. Berwaspada bukan bermakna berburuk sangka, tetapi berwaspada bermakna usaha memelihara jamaah daripada diperdaya. Terpedaya dengan nafsu kita akan tergelincir dari jalan Allah. Terpedaya dengan dunia kita akan lalai dan leka, terpedaya dengan syaitan kita akan melupai Tuhan dan perjuangan, terpedaya dengan Manusia kita akan binasa.

01 July 2009

Bila Syaitan menangis teresak-esak




TANGISAN DAN JERITAN MEREKA BUKAN BERMAKNA MEREKA SERIK...AWASLAH AHLI PAS.

Baru-baru ini riuh rendah disegenap penjuru dunia dengan kekalutan Iblis dan anak-anak buah syaitannya. Tenaga-tenaga syaitan yang difikirkan perlu dikerah sekeras-kerasnya untuk menjayakan agenda mereka memecahbelahkan PAS. Tajuk operasinya ialah "Cerai beraikan PAS dengan Ops UG". Taklimat demi taklimat diberikan oleh jenderal Syaitan. Stratigi disusun serapi mungkin untuk operasi ini. Syaitan yang pakar-pakar dikumpul dalam satu team untuk tujuan ini. "Inilah peluang kita" kata jeneral dengan penuh bersemangat. Jika kamu semua berjaya pecahkan pas sehingga terbentuknya "team tok guru Nik Aziz" disatu pihak dan team "Tok Guru Haji Hadi" disatu pihak yang lain, maka kamu semua akan dianugerahkan penganugerahan yang besar beserta bonus gaji 10 tahun. Jika kamu berjaya pula mengheret group yang berkecuali keluar Pas kerana frust dengan kedua-dua team tersebut maka kamu akan diberikan sanjungan besar beserta 1000 ekar ladang Babi yang belum selsema. Maka bertempik dan bersoraklah petugas-petugas syaitan yang berselerakan diseluruh pelusuk dunia menyambut janji-janji jeneral mereka, walaupun mereka sendiri tahu jeneral-jeneral mereka memang pendusta kelas 1 termasuk mereka sendiri.

Maka bertungkus lumuslah para syaitan dengan kepakaran masing-masing. Yang pakar tentang IT dan mahir pula dengan dunia blog, akan mempengaruhi blogers-blogers yang cenderung kepada TGNA agar mencemuh dan memaki TGHH. Manakala sekelompok syaitan yang lain akan mendatangi blogers yang cenderung kepada TGHH agar mencela TGNA. Syaitan yang jadi khadam peringkat bawahan pula membisikkan kepada peminat blog-blog agar jangan lupa membuka blog-blog tersebut, dan jangan lupa agar memburuk-burukan kedua-dua tokoh tersebut bila bersembang dikedai kopi.

Syaitan-syaitan betina yang dah putus haid pula dikehendaki mendatangi ahli-ahli Pas yang berkecuali agar jadi serabut dengan keadaan itu. Kepada mereka dibisikkan rasa serabut, bosan dan menyampah dengan situasi tersebut, sehingga bertekad keluar daripada Pas.

Syaitan yang pakar dengan dunia penyiaran dan kewartawanan diminta mendampingi para-para wartawan. Kepada mereka dibisikkan agar menulis sesuatu yang menyebabkan kedua pihak semakin berantakan, ahli semakin goyah, kelab penyokong Pas mula lari dari Pas dan rakyat umum terlupa kepada kenazakkan UMNO.Harapan Iblis, Syaitan, musuh-musuh Islam dan Para Munanfik ialah ingin melihat Pas hancur berkecai sebelum sampai kepelabuhan.

Alhamdulillah... akhirnya satu perjumpaan diadakan. Semua pimpinan sebulat kata dan sehati melontar hasutan syaitan sejauh-jauhnya dari saf Pas. Semua ahli Pas kembali tenang dibelakang Imam mereka dengan lafaz "Amiin" yang serentak dan senada. Tatakala semua mereka sujud kepada Allah Yang Satu, maka meraunglah Iblis diiringi jeritan keras para syaitan-syaitan dengan penuh kehampaan. Namun mesyuarat Post Mortem segera diadakan dan satu perancangan baru sedang dirangka. Jeritan dan tangisan mereka bukan bermakna mereka jemu dan serik. Justeru itu awaslah wahai ahli Pas.....