30 October 2008

MIMPI ITU HIBURAN DARI ALLAH SIRI 2


Bulan julai 2000 saya telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kesalahan menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pemuda yang menyewa sekolah saya untuk program persatuan mereka (mereka ialah persatuan Al-Mau'nah.(1). Sebelum saya membenarkan mereka menyewa kemudahan sekolah saya untuk program tersebut, terlebih dahulu saya meminta dokumen sah mengenai persatuan mereka. Permintaan saya dipenuhi dengan mereka menyerahkan kepada saya salinan Daftar Pertubuhan oleh Pendaftar Pertubuhan dan Surat akuan sah oleh Jabatan Agama Islam Selangor). Sebulan selepas program tersebut, berlakulah peristiwa yang menggemparkan negara, iaitu peristiwa Jenalik yang melibatkan persatuan tersebut. Oleh kerana saya pernah menyampaikan ceramah kepada mereka maka saya "dikira terlibat sama". Kerana ketiadaan bukti keterlibatan saya ( kerana pada hari rompakan senjata di Grik berlaku, saya ada dikediaman saya di Kuantan) maka saya ditahan dibawah akta ISA. Akta yang tidak memerlukan bukti untuk menahan seseorang. Sebab itu saya selalu berpesan kepada rakan-rakan yang mengajar dimasjid-masjid dan surau-surau. Selalulah berpesan kepada AJK surau atau masjid tempat anta mengajar tu, jangan buat apa-apa yang menyalahi undang-undang. Bukan sahaja mereka yang kena lokap, nanti anta pun akan ditahan sama di bawah ISA. Alasannya ialah kerana anta terlibat mengajar dimasjid yang salah seorang AJKnya ada melakukan kesalahan. Sahabat yang ana pesan biasanya akan ketawa dan gelak besar. Kelakar kata mereka. Memang ISA tu undang-undang kelakar. Tapi kelakar-kelakar pun boleh menyebabkan pengamalnya masuk Neraka tau.

Berbalik kepada kesah saya tadi. Bila mengetahui bahawa saya sah ditahan dibawah akta ISA setelah ditunjukkan surat perintah penahanan oleh ASP Ismail di IPD Kuantan.(2). Saya pasrah saja kepada takdir Allah. Saya tahu saya tidak terlibat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi saya benar-benar yakin waktu itu Allah memberi peluang kepada saya melalui satu proses tarbiyyah Allah. Alhamdulillah.

Program malam Pertama saya dalam lokap setelah selesai sessi soalsiasat ialah mandi, solah Taubat, Solah hajat dan Tasbih. Selesai melakukan semua amalan itu saya terus baca Yassin 41 kali khatam. Alhamdulillah, malam pertama terpisah dari dunia luar itu sedikitpun tidak meresahkan hati saya. Bahkan saya dapat rasakan satu kemanisan dan kelazatan yang sangat luar biasa, kerana dapat berdampingan dengan Rabb tanpa diganggu oleh sesiapa. Itulah amalan saya selama lebih 50 hari dalam lokap IPK Kuantan,(3), disamping berpuasa hampir selang-selang hari.

Sewaktu menjalani hari-hari sepi diperut lokap tersebut, saya dapat bayangkan begitulah keadaannya bila kita mati. Secara mendadak kita hilang segala-galanya. Tiada lagi isteri disamping, tiada gelak gurau anak-anak, tiada lagi teman-teman,(4), tiada lagi rumah kediaman, tiada lagi kenderaan untuk kesana sini. Semuanya terputus. Tinggallah kita dengan nasib sendiri. Tiada siapa yang tahu. Hampir sama dengan kematian. Saat menjalani perjalanan "pra kematian" itulah saya alami mimpi yang indah.

Masuk malam ketujuh saya dalam lokap, setelah selesai menunaikan solah-solah biasa, saya terus membaca Yassin. Malam itu malam jumaat. Udara sejuk diluar sesekali mencuri masuk kedalam lokap saya. Pada malam tersebut saya merasa mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Biasanya saya akan baca 41 kali Yassin secara terus hingga jam 3 pagi. Tapi malam tersebut setelah menamatkan 21 kali khatam Yassin saya rasakan sudah tertahan lagi. Lalu saya memutuskan akan tidur sebentar dan kemudian menyambung kembali 20 kali khatam bacaan. Bila saya baringkan saja tubuh dilantai lokap tanpa lapik itu terus saya rasakan dibawa kedalam satu dunia yang lain.

Tiba-tiba saya dapati saya berada ditengah-tengah himpunan manusia ramai. Betul-betul macam ceramah Pas. Saya tidak mengenali sesiapa pun dikalangan mereka. Saya lihat manusia ramai itu semacam menunggu seseorang. Sesekali mereka tertoleh-toleh dan terjengguk-jengguk kepintu masuk padang yang luas itu. Saya bertanya orang yang paling hampir dengan saya. Kita sedang menunggu siapa ni?. Orang yang saya tanya menoleh kepada saya dan berkata; kita sedang menunggu kehadiran Amiirul Mukminin Umar Al-Khattab. Hati saya tiba-tiba melonjak gembira. Alhamdulillah dapat lah kiranya untuk saya menatap wajah sahabat RasuluLlah saw yang agung itu. Dalam keadaan diselimuti rasa gembira itu tiba-tiba orang ramai seolah-olah memandang kearah saya. Mereka melambai dan memberi salam. Belum sempat saya bertanyakan kepada seseorang, tiba-tiba lelaki lelaki yang saya bertanya tadi berbisik kepada saya; Amirul Mukminin disebelah kamu tuu. Saya terkejut sambil menoleh kepada sesusuk tubuh yang tinggi dan tegap disisi kiri saya. Wajahnya putih bersih, berjambang hitam pekat. Wajahnya tersenyum tetapi jelas kelihatan raut ketegasan seorang pemimpin. Lantas saya memberi salam kepadanya. Airmata saya mengalir kerana terlalu gembira dengan pertemuan itu. Ketika saya mendongak kepada sekali lagi, Beliau tersenyum kearah saya, sambil mengambil tangan kanan saya lalu dilekapkan kepada pipi kanannya. Saat tangan saya tersentuh dengan pipinya saya rasakan satu aliran sejuk menjalar melalui tangan hingga kesegenap tubuh saya. Alangkah indahnya berjabat tangan dengan tokoh yang mulia itu. Beliau tidak berkata apa kepada saya, hanya tersenyum sambil menggengam tangan saya dan diusap-usapkan kepipinya. Saat kegembiraan itulah tiba-tiba beliau menghilangkan diri.

Himpunan manusia yang ramai beralih pula mendongak kelangit. Dada langit cukup cerah. Bulan mengambang kuning berkilau. Tiba-tiba bulan itu berpusing. Pusingan yang pertama saya terlihat dipermukaan bulan gambar Singgahsana Raja. Tirainya kuning dan hamparannya juga kuning. Pusingan yang kedua gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang menyampaikan ceramah dianjung Sebuah Masjid, menghadap kehalaman luar. Hadirin memenuhi setiap ruang padang yang luas itu. Semuanya diam dan khyusuk. Pada pusiangan yang ketiga saya lihat gambar Baitullah yang disimbah cahaya. Jamaah Muslimin sedang tawaf menegelilinginya. Selesai pusingan itu, orang ramai pun bubar. Semacam selesai melihat tayangan slaid dipenghujung ceramah. Semua orang berjalan keluar, samalah dengan selesainya ceramah Pas. Disepanjang jalan terdapat peniaga-peniaga yang menjual berbagai barang jualan. Sedang saya berjalan bertunda-tunda dengan orang ramai itu, tiba-tiba saya terlihat satu gerai yang tiada siapa pun yang singgah digerainya. Peniaganya seorang yang bersih wajahnya. Raut wajahnya tenang walaupun tiada siapa yang sudi singgah digerainya. Melihat keadaan itu saya rasa terharu. Lalu saya singgah dan memberi salam kepadanya. Di atas meja dihadapannya terdapat satu balang besar berisi cairan kuning jernih. Nak cuba? tanya peniaga itu. Apa ini? tanya saya kembali. Oooo.. ini ialah Sandwich madu. Lalu tanpa diminta beliau membelah sebatang roti yang sederhana panjangnya lalu disapu madu yang terdapat didalam balang tadi. Beliau hulurkan kepada saya sambil berkata ramah; sila lah..orang belum kenal lagi madu ni..cuba lah katanya. Lantas saya mengambil pemberiannya. Masyallah..bila roti madu itu saya sentuhkan kelidah saya..rasanya sangat lazat, manisnya sederhana, bukan seperti madu biasa. manisnya meresap kecelah-celah gigi. Sedang saya menikmati manisan madu itulah saya tersedar..saat saya tersedar dan bangun untuk berwudhu, masih dapat saya rasakan manis madu di selang-selang gigi. Saya berkumur-kumur, tetapi masih dapat saya rasai manisnya..Maha suci Allah.

Saya lantas berwudhu, menunaikan tahajjud dan menyambung kembali bacaan Yassin saya. Sejak saat itu saya merasa sangat tenang,ketenangan dan kelapangan jiwa yang tidak pernah saya alami sebelumnya seumur hidup saya. Setiap kali hati saya dilanda duka, segera terlintas disudut hati kecil mimpi yang indah itu. Kali kedua saya alami mimpi bersama Saidina Umar ialah sehari selepas sampai surat perintah penyambungan tahanan kepada 2 tahun lagi. Kemudian kali yang ketiga dipenghujung ramadhan 2003 dua malam sebelum saya dan teman-teman yang lain dibebaskan.

Teruskanlah perjuangan ini wahai teman-teman dan adik-adik. Dampingilah Allah Yang Maha HAAFIDZ, Dialah yang menjaga kita hatta saat kita melupaiNya sekalipun.

Nota:
(1). Sebelum itu sekolah saya selalu disewa oleh Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS untuk program persatuan mereka.
(2). ASP Ismail berasal dari Kg Cherang dalam Nyior Cina, Jalan Bereka 12 Kota Baru. Kemudiannya keluarga beliau berpindah ke Kg Air Satan Air Lanas Jeli. Ayah beliau dikenali dengan gelaran Pok Loh Tukang Besi. Saya pernah kekampung beliau sekitar tahun 1985-1986. Khabarnya beliau jatuh sakit yang agak serius pada tahun 2002 dan sering balik berubat di HUSM Kubang Kerian.
(3). Selepas itu saya dipindahkan ke lokap Pulapol Jalan Semarak Kuala Lumpur. Kemudiannya dipindahkan ke PRC (Polis Remain Centre) Kg Batu Jalan Ipoh. Semalaman di PRC saya dipindahkan terus ke Kem Tahan Kemunting (KEMTA) selama 3 tahun dan ditahanan dikediaman (tahanan terhad) selama 10 bulan. (Tempoh mula ditahan, julai 2000 - Nov 2003. Bebas dari tahanan terhad September 2004)
(4). Setelah saya ditahan, Bekas pimpinan Mau'nah Negeri Pahang mengaku tidak mengenali saya. Sedangkan mereka lah yang datang berunding dengan saya untuk menyewa tempat bagi program mereka. Bahkan selepas dibebaskan mereka langsung tidak datang menziarahi saya kerana bimbang dianggap terlibat. Lebih teruk lagi ada yang melarikan diri bila terserempak dengan saya dibandar kuantan (paparan untuk iktibar).


Tunggu, buku Jendela ISA, antara kezaliman dan kemanisan rohani.

Mimpi itu hiburan dari Allah


Tiga hari lepas (malam selasa) saya sempat makan malam bersama seorang sahabat (Ismail) selepas menyampaikan kuliah di Surau Taman Permata Melawati. Ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang Isnin itu, tergerak hati saya untuk menalifon beliau. Kerana saya merasakan sudah agak lama tidak menghubunginya. Beliau agak terkejut dengan panggilan itu, kerana beberapa saat sebelumnya beliau sedang berbual dengan isterinya mengenai saya. Kebetulan pula beberapa malam sebelumnya beliau bermimpi bertemu dengan saya. Lantas beliau bercadang untuk menghubungi saya. Tiba-tiba saat itu saya yang lebih dahulu menalifonnya. Itulah kebetulan. Kebetulan pada manusia tetapi sememangnya ketentuan dan takdir dari Yang Maha Esa.

Menyentuh mengenai mimpi saya teringat satu mimpi yang saya alami pada tahun 1986. Ketika itu saya sedang belajar di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Malam itu saya dan teman-teman usrah mengadakan mukhayyam tarbawi di Bukit Keluang Besut. Beberapa detik setelah memejamkan mata didada pasir pantai Bukit Keluang itu, saya bermimpi berada dalam satu kawasan yang berdinding tinggi. Pagarnya berwarna hijau gelap. Terdapat satu padang kecil dan sebuah bangunan yang sederhana besarnya, lebih kurang berukuran 60 kaki x 30 kaki. Dalam mimpi itu saya dapati saya memakai seluar berwarna biru dan berkemeja Putih berlengan pendek. Selain saya terdapat beberapa orang lagi pemuda sebaya dengan saya. Kami tidak bercakap antara satu sama lain. Sebelum saya dapat mengenal pasti dimana saya ketika itu, tiba-tiba sahabat saya (Allahyarham) Syukri Wahab ( bekas setiausaha kerja Pas Kawasan Kuala Kedah) mengejutkan saya kerana waktu qiamullail telah masuk. Saya pun bangun dan mimpi itu saya lupakan begitu sahaja.

Dengan susunatur takdir Allah pada bulan julai 2000, saya ditahan di bawah akta zalim ISA. Bila saya dibawa masuk kekawasan tahanan yang bernombor T1, tiba-tiba saya rasakan suasana itu pernah saya lalui. Pagarnya, padang kecil disebelah kanan bangunan yang sederhana besarnya. Lama saya mengingati pemandangan tersebut. Tapi saya tidak berjaya mengingatinya. Hinggalah pada satu malam ketika dalam kurungan sell T1, saya bermimpi mengadakan satu program tamrin bersama-sama sahabat-sahabat di Bukit Keluang. Apa yang saya alami dalam mimpi itu sama dengan perjalanan mukhayyam yang saya sertai pada tahun 1986. Bila tersedar dari tidur, barulah saya teringat, bahawa suasana kem tahanan itu saya alami dalam mimpi ketika bermukahayyam di Bukit Keluang Besut. Mahasuci Allah...Sejenak saya terhibur dan tenggelam dalam kebesaran Allah.

Insyallah saya akan sambung dengan kesah "mimpi bertemu Saidina Umar" ketika dalam lock-up Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuantan. Puji dan Pujalah Allah.

Wara' dalam beragama


AL-Faqih Abu Laith As-Samarqandy meriwayatkan dari Anas, RasuluLlah saw bersabda; Enam perkara ini, aku menjamin masuk syurga jika kamu menerimanya;


1. Jika berkata-kata jangan bohong.
2. Jika berjanji jangan dimungkiri.
3. Jika diberikan kepercayaan jangan khianat.
4. Peliharalah mata dari hal-hal yang haram.
5. Jagalah kemaluan, jangan melakukan zina.
6. Peliharalah tangan jangan mengambil suatu yang haram.

Kata Fudhai bin Iyad; Ada lima tanda kebahagiaan seseorang itu. iaitu;
1. Keyakinan dalam hati.
2. Wara' dalam beragama.
3. Zuhud terhadap dunia.
4. Malu jika melakukan maksiat.
5. Takut kepada Allah.
Manakala ada lima tanda kecelakaan seseorang itu;

1. Keras hati (tidak menerima nasihat dan teguran)
2. Tidak mempunyai kasih sayang.
3. Tidak merasa malu jika melanggar hukum Allah.
4. Tamak dengan dunia.
5. Panjang angan-angan.

Berkata Imam Al-Ghazali;

"aku melihat tiada jauh bezanya antara binatang dengan seorang yang tamak dengan dunia. Halal dan Haram tidak langsung membatasi kehendak dan kemahuannya."


Terjemahan dari "Bustanul 'Arifin" oleh Al-Faqir

26 October 2008

Deeparaya adalah haram



1. LATAR BELAKANG DAN ISU


1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama , bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi


1.2 Dalam perlembagaan Malaysia ,Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.


1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesame warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.


1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .


2. KONSEP ASAL WALA’ DAN BARA’


Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala’ kepada Islam dan Barra’ dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam


ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى من المسلمين


Bermaksud :

Siapakah yang lebih baik perkataanya daripaad orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.


2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:


اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهمغير المغضوب عليهم ولا الضالين


Bermaksud :


Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.


2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah


ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون


Bermaksud :


Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui


.ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق)


Bermaksud :


Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.


و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات

Bermaksud :


Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.


2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah


يا ايها الذين

آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم


Bermaksud :


Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpon di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di jalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka


.لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم

الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم


Bermaksud :


Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.


2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata


المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن

المحبة فى: الباطن تورث المشابهة فى الظاهر (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198


Mafhumnya :


Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.

Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:

-فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199

Mafhumnya :

Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.


Hadith Rasulullah S.A.W. من تشبه بقوم فهو منهم


Mafhumnya :


barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .


Takhrij hadithأخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى


Komentar terhadap hadith di atasSyeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat

وهذا الحديث أقل احواله أن

يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75


Mafhumnya :


Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hokum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.


Beliau juga menyebut


ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 )


Mafhumnya :


Sesungguhnya antara faktor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia’ dan syariat mereka.


San’ani pula berkata


فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال

يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب سبل السلام


Mafumnya :


Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri’tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri’tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha’ : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .


3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan merekaLarangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-


3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.


3.2 Ijma’ yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha’ selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )


3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a.


وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر :لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم فان السخطة تنزل عليهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178


Bermaksud :


Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A’jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.


Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-


i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A’jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.


ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.(Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم

ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )3.4


Kata-kata Abdullah b. Umar r.a.


وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو

قال :من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 )


Mafhumnya :


Barangsiapa yang menetap di Negara A’Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.


3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:


هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما

هو من مقتضيات دينهم ؟اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179


Mafhumnya :


Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.


3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan(وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )


Bermaksud :


(dihimpunkan brsama mereka ) Ungkapan ini menuntut hokum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.


4. Larangan menyerupai perbuatan merekaUmat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-


4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah


لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا

إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الكتاب العلمية بيروت الطبعة الأولى 2000 م 1421 ه ص 148)


Mafhumnya :


Tidak halal bagi muslimin menyerupai mereka dalam sesuatu pun yang khusus dalam perayaan mereka samada makanan , pakaian , mandian ,menyalakan api dan membatalkan perkara dan ibadat yang biasa dilakukan pada hari-hari biasa .Tidak halal juga mengadakan kenduri , pemberian hadiah , berjual beli dengan sesuatu yang menolong mereka juga tidak dibenarkan membenarkan anak-anak bermain dengan permainan tertentu pada ahari kebesaran mereka juga tidak boleh menzahirkan perhiasan-hiasan .


Secara kesimpulannya dilarang mnegkhususkan sesuatu pada hari kebesaran mereka bahkan hari perayaan mereka itu tidak ada keistimewaan di kalangan orang Islam malah seperti hari0hari yang lain juga.


4.2 Berkata Imam Az-Zahabiفاذا كان للنصارى عيد و لليهود عيد كانوا مختصين به فلا يشركهم فيه مسلم كما لا يشركهم فى شرعتهم و قبلتهم (تشبيه الخسيس بأهل الخميس مجلة الحكمة عدد (4) ص 193)


Mafhumnya :


Apabila bagi Yahudi dan Nasrani ada bagi mereka peryaan mereka masing-masing maka Orang Islam dilarang menyertai mereka seperti mana larangan menyertai mereka dalam agama dan syariat mereka.


4.3 Ibnu Al-Turkumani Al-Hanafi telah menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan oleh orang-orang Islam bersempena dengan perayaan orang-orang nasrani seperti berbelanja lebih pada hari itu dan membawa keluar anak-anak dan memberi komentar berikut:-قال بعض علماء

الحنفية : من فعل ما تقدم ذكره ولم يتب فهو كافر مثلهم


Mafhumnya :


Telah berkata ulama’ mazhab Hanafi barangsiapa yang melakukan perkara yang telah disebutkan dan tidak bertaubat maka ia telah kafir seperti mereka juga.


4.4 Telah berkata beberapa ulama mazhab Maliki


من كسر يوم النيروز بطيخة فكأنما ذبح خنزيرا(اللمع فى الحوادث و البدع)


Mafhumnya :


barangsiapa yang memecahkan tembikai pada hari sambutan nairuz seolah-olah ia mneyembelih babi.


5. Larangan menaiki kenderaan yang digunakan untuk pergi ke tempat perayaan berkenaan.


5.1 Berkata Imam Malik


يكره الركوب معهم فى السفن التى يركبونها لأجل اعيادهم لنزول السخطة و اللعنة عليهم (اللمع فى الحوادث و البدع


Bermaksud :


Ditegah menaiki kenderaan bersama-sama mereka yang menuju ke tempat perayaan mereka kerana laknat Allah sedang turun kepada mereka.


5.2 Dalam Kitab اقتضاء الصراط المستقيم ada menyebutkan


وسئل ابن القاسم عن الركوب فى السفن التى تركب فيها النصارى الى اعيادهم فكره ذلك مخافة نزول السخطة عليهم بشركهم الى اجتمعوا عليه .(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )


Mafhumnya :


Ibnu Al Qasim telah ditanya hokum menaiki sampan yang juga dnaiki oleh orang Nasrani menuju ke tempat perayaan mereka , maka beliau menegah perbuatan itu kerana dikhuatiri ditimpa kemurkaan Allah SWT disebabkan kesyirikan mereka.


6. Tidak memberikan hadiah dan menjayakan perayaan mereka dengan membeli atau menjual sesuatu kepada mereka.


6.1 Berkata Abu Hafs Al Hanafi


من أهدى فيه بيضة الى مشرك تعظيما لليوم فقد كفر بالله (فتح البارى بابن حجر العسقلانى )


Mafhumnya :


barangsiapa yang menghadiahkan kepada musyrik sebiji telur kerana membesarkan hari peryaan mereka maka ia telah kufur terhadap Allah.


6.2 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah:


-وكره ابن القاسم للمسلم أن يهدى للنصارى شيئا فى عيدهم مكافأة لهم ورآه من تعظيم عيدهم وعونا لهم على مصلحة كفرهم ؛ الا ترى انه لا يحل للمسلمين ان يبيعوا من النصارى شيئا من مصلحة عيدهم لا لحما ولا اداما و لا ثوبا و لا يعارون دابة و لا يعاونون على شيء من عندهم ؛ لان ذلك من تعظيم شركهم ومن عونهم على كفرهم , و ينبغى للسلاطين ان ينهوا المسلمين عن ذلك , وهو قول مالك وغيره : لم اعلمه اختلف فيه . (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )


Mafhumnya :


Ibnu Al Qasim menegah seorang muslim menghadiahkan sesuatu kepada orang Nasrani .Beliau melihat perbuatan itu sebagai membesarkan perayaan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada maslahat kekufuran mereka . Tidak halal bagi muslimin berjual beli dengan mereka khusunya dalam menjayakan maslahat perayaan mereka samada daging , pakaian dan tidak meminjamkan kenderaan kepada mereka dan tidak boleh menghulurkan pertolongan kepada menjayakan perayaan mereka .Semua perkara berkenaan adalah tanda membesarkan kesyirikan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada kekufuran mereka. Dan sepatutnya para Sultan menegah uslimin dari terlibat dalam hal-hal berkenaan.


7. Larangan menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan perayaan ini


7.1 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah :-


وكما لا يتشبه بهم فى الأعياد فلا يعان المسلم المتشبه بهم فى ذلك بل ينهى عن ذلك فمن صنع دعوة مخالفة للعادة فى اعيادهم لم تجب دعوته ومن اهدى من المسلمين هدية فى هذه الأعياد مخالفة للعادة فى سائر الأوقات غير هذا العيد لم تقبل هديته (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 204 )


Mafhumnya :


Seperti mana dilarang tasyabbuh dengan mereka dalam perayaan mereka , dilarang juga menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan mereka contoh kalau ia dijemput atau dihadiahkan dengan sesuatu hadiah semata-mata kerana meraikan hari berkenaan (perayaan orang kafir )maka tidak wajib menerima jemputan atau hadiah berkenaan.


8 Larangan mengucapkan tahniah kepada orang kafir sempena perayaan mereka.


8.1 Berkata Ibn Al Qayyim


واما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل ان يهنئهم باعيادهم وصومهم فيقول : عيد مبارك عليك او تهنأ بهذا العيد ونحوه ؛ فهذا ان سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة ان يهنئه بسجوده للصليب ؛ بل ذلك اعظم اثما عند الله واشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام و نحوه وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع فى ذلك وهو لا يدرى قبح ما فعل . فمن هنأ عبدا بمعصية او بدعة او كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه وقد كان اهل الورع من اهل العلم يتجنبون تهنئة الظلمة بالولايات و تهنئة الجهال بمنصب القضاء والتدريس والافتاء تجنبا لمقت الله وسقوطهم من عينه .ابن القيم الجوزية :المتوفى سنة 751 ه , احكام اهل الذمة ,دار العلم للملايين ,الطبعة الثالثة ,1983 القسم الأول ص 205 206 )


Mafhumnya :


Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambutan perayaan mereka atau puasa mereka .Sekalipun jika diandaikan pengucapnya tidak kufur tetapi ia masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana jua ia mengucapkan tahniah atas penyembahan kepada salib bahkan lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak , pembunuhan , perzinaan dan seumpamanya . Ramai orang yang kurang pengetahuan agama terjebak dalam suasana seumpama itu . Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah , maksiat atau kekufuran sebenarnya terlah mendedahkan dirinya untuk ditimpa kemurkaan Allah SWt.Ramai di kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim , serta orang-orang yang jahil yang menjawat jawatan qadhi , guru dan mufti kerana menjauh kan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah SWT.


9. Fatwa yang telah dikeluarkan oleh اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء menegaskan haram menghadiri dan menyertai perayaan bukan Islam seperti dalam fatwa no 9253 , 8848 , 6397 seperti yang dilampirkan ( dirujuk dari kitab فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء , جمع وترتيب الشيخ أحمد عبد الرزاق الدرويش , المجلد الثانى( العقيدة) ص 76.77.78 , الرئاسة إدارة البحوث العلمية والإفتاء الرياض _ المملكة العربية السعودية ).

Tanda-tanda kiamat siri 1.

Para Ulama' ikhtilaf mengenai pembahagian tanda-tanda kiamat. Antara mereka ada ulama' yang meletakkan satu tanda itu dalam kumpulan tanda-tanda kecil kiamat, sedangkan ulama' yang lain memasukkannya kedalam kumpulan tanda-tanda kiamat yang besar. Disamping itu berlaku pula perselisihan pendapat tentang pembahagiannya. Ada Ulama' yang membahagikan tanda-tanda kiamat itu kepada 2 pembahagian, ada yang membahagikannya kepada 4 bahagian bahkan ada yang menyatakan bahagian tanda-tanda kiamat itu 7 bahagian. Penulisan ini tidak bercadang menyimpulkan manakah antara pendapat-pendapat itu yang lebih tepat.(1). Saya cuma ingin mengajak pembaca semua meneliti tanda-tanda Kiamat, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Antara tanda-tanda itu ialah;

1. Pengutusan RasuluLlah saw.
Rasulullah saw bersabda; " (waktu) aku diutus dan (terjadinya) kiamat seperti jarak antara dua hal ini. Perawi berkata: "baginda pun membuat isyarat dengan kedua jari baginda lantas merenggangkan keduanya".(2).

Hadis yang hampir sama diriwayatkan juga oleh Anas bin Malik r.a. (3). Imam Al-Qurtubi berkata; awal tanda kiamat itu adalah diutuskan Nabi akhir zaman. Baginda diutus, sedangkan renggang waktu antara diutusnya baginda hingga kiamat tidak ada lagi Nabi."

2. Wafatnya Nabi.

Kewafatan Nabi juga merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Dalam satu hadis dari Auf bin Malik, beliau berkata; RasuluLlah saw bersabda; " Hintunglah enam hal yang akan terjadi menjelang kiamat, kewafatanku,penakklukan kota Baitul Maqdis, banyaknya kematian....".(4)

3. Penaklukan Baitulmaqddis.

Diantara hadis yang menyebut tentang penaklukan Baitulmaqdis sebagai salah satu tanda daripada tanda-tanda kiamat ialah hadis diatas.

Penaklukan Baitulmaqdis ini telah pun berlaku di zaman 'Umar bin Al-Khattab iaitu pada tahun 16 Hijrah. Namun begitu, penaklukan Baitulmaqdis akan kembali berlaku iaitu ketika zaman Al-Mahdi mengalahkan golongan Yahudi.
4. Terbelahnya Bulan

Dalam surah Al-Qamar ayat 1-2, Allah telah menjelaskan tentang peristiwa terbelahnya bulan disaat-saat hampirnya Kiamat.

Ibanu Masud berkata; ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua belahan. Satu belahan dibelakang gunung, sedangkan satu belahan lagi di bawahnya. Maka RasuluLlah saw bersabda kepada kami;
"saksikanlah".(5).

Anas meriwayatkan; Penduduk Makkah meminta RasuluLlah saw menunjukkan kepada mereka satu Mukjizat, maka baginda menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan dua kali.(6). NASA melalui Apollo 10 pernah mengambil gambar bulan dalam bentuk imej yang jelas. Ternyata kelihatan cukup jelas bahawa bulan pernah terbelah dan bercantum semula.

Nota:

(1). Hadis riwayat Muslim menjelaskan 10 tanda-tanda menjelang kiamat. Lihat Kitabul Fitan Wa syarastis Sa'ah m.s 27-28.
(2). Riwayat Bukhari (m.s 6503) dan Muslim (m.s 2950)
(3).Riwayat Muslim (m.s 2941)
(4). Riwayat Bukhari (m.s 3176) Ahmad (m.s 2: 3465)
(5).Riwayat Muslim.
(6). Riwayat Muslim.

21 October 2008

KIAMAT SUDAH DEKAT


Ayat Al-Quraan dan Hadis Nabi saw menunjukkan akan dekatnya hari Kiamat, kerana munculnya tanda-tanda kiamat menunjukkan akan betapa dekatnya kiamat itu sendiri. Allah swt berfirman;

اقترب للناس حسابهم وهم فى غفلة معرضون

“Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka Dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Ambia’ ayat 1)

اقتربت الساعة وأنشق القمر

“ Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan” ( Al-Qamar ayat 1).

وما يدريك لعل الساعة تكون قريبا

"Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” ( AL-Ahzab ayat 63)

Hadis-hadis Rasulullah saw juga mengambarkan betapa dekatnya Kiamat itu. Baginda pernah bersabda: “Aku diutus dan Hari Kiamat itu seperti dua perkara ini”.Sambil Baginda menunjukkan dua jarinya dan memanjangkannya. (1)Baginda juga bersabda; Aku diutus dalam permulaan Kiamat” (2)
Rasulullah juga pernah bersabda; “Ajal kamu semua seumpama antara selepas Asar dan terbenamnya matahari.” (3).

Dari Ibnu Umar ia berkata; Kami duduk di sisi Nabi Saw dan waktu itu matahari sudah ditutupi gunung Quaiqi’an setelah Asar. Tiba-tiba Baginda bersabda; Tiadalah umur kamu jika dibandingkan dengan umur orang yang terdahulu kecuali seperti sisa siang hari yang sudah lewat.” (4).

Ini menunjukkan kepada kita bahawa sisa itu sudah terlalu sedikit, tetapi ketentuannya tidak dapat diketahui kecuali Allah swt. Oleh kerana dekatnya kiamat itu sehingga Baginda menyebut; Aku diutus bersama dengan Kiamat, sungguhnya ia hampir mendahului ku.” (5). Alangkah betapa dekatnya kiamat sehingga Nabi saw bimbang jika Baginda didahului oleh Kiamat.

Insyallah siri berikutnya jika diberi kesempatan oleh Allah akan saya sentuh tanda-tanda Kiamat. Yang mana sebahagian besarnya telah pun berlaku. Tetapi manusia masih lalai dengan kehadirannya.


Lihat:
(1). Soheh Bukhari ( 11/3747)
(2). Silsilah Hadis Soheh (2/367)
(3). Soheh Bukhari ( 6/495)
(4). Musnad Ahmad (8/176) Syarah Ahmad Syakir Sanadnya Soheh. An-Nihayah (1/94) dan Fathul Baari ( 11/350) menghasankan hadis ini.
(5). Musnad Ahmad (5/348) lihat juga Tarikh Al-Umam Wal-Mulk (1/8). Ibnu Hajar menghukumkan hadis ini hasan . Fathul Baari ( 11/348).

18 October 2008

Pelajar tendang guru dlm negara sakular bukan Issue.

Di tengah-tengah kesibukan pemimpin negara tajaan imam hadari memekik pasal "modal insan", maka saat itulah negara dikejutkan dengan berbagai insiden berkaitan kebiadapan pelajar-pelajar. Maka terlondehlah "modal insan" sehingga bukan setakat modal yang bankrup bahkan insan itu sendiri sudah "ghaibul Ghuyub". Kini pelajar-pelajar di negara ini terdedah kepada sikap "kebinatangan". Saya percaya, selepas insiden pelajar tendang guru di Perlis beberapaa hari yang lalu, akan muncullah pakar-pakar akademik memberikan pandangan-pandangan "bijak" mereka. Pihak kerajaan sudah tentu akan memberikan komen. Tapi apa pun komen yang diberikan kesimpulannya hanya satu iaitu "kerajaan tak salah". Yang salah ialah Ibu Bapa yang sudah lalai memberikan pendidikan moral kepada anak-anak mereka. Ibu Bapa akan kata guru gagal membentuk modal Insan kepada anak-anak mereka. Ahli-ahli akademik dengan ditemani pengacara tv akan memberikan komen ilmiah sambil berpusing-pusing diatas kerusi pusing dalam studio. Para ustaz-ustaz akan berforum, sambil menekankan betapa pentingnya "pengasuhan Modan Insan" untuk melahirkan manusia yang cemerlang, gemilanng dan terbilang". Selesai debat di akhbar, forum di Tv dan beberapa diskusi-diskusi ilmiah, isu tersebut akan reda. Guru-guru lupa dengan insiden itu, Ustaz-ustaz pun dah bincang isu-isu lain yang lebih penting, ibu bapa lupa dan semua rakyat pun lupa. Dasar pendidikan masih cara lama. Usaha dan tusyen mencapai kecemerlangan "skor A" diwar-warkan dimana-mana. Isu pelajar biadap tendang guru tidak lagi diberi perhatian. Lain lah kalau isu Nik Adli rotan pelajar atau pelajar sekolah agama ditangkap mencuri disupermarket. Pastinya menjadi liputan berita yang panas dan disiarkan berulang-ulang kali.


Kesimpulannya bagi saya mudah saja. Malaysia ni negara sakular ( seperti yang ditegaskan oleh pemimpin negara berulang kali). Maka semua sistemnya dibangunkan di atas dasar kesakularannya itu. Pentadbirannya, undang-undangnya, sistem ekonominya, sosialnya dan termasuk sistem pendidikannya. Bagi sakular "agama hendaklah diasingkan daripada urusan negara". Agama tidak sesuai untuk berada dikerusi yang menerajui urustadbir negara. Kalau agama yang menentukan undang-undang maka undang-undang itu akan jadi zalim, kalau agama yang menerajui urusan ekonomi, negara tidak akan membangun,kalau agama yang menerajui urusan budaya dan sosial, maka pelancung akan takut untuk datang ke negara ini. Kalau agama yang menentukan dasar pendidikan, maka negara akan lemas dalam soal-soal halal haram. Sedangkan bagi sakular halal-haram itu akan mengikat kaku negara daripada melonjak menjadi negara maju dan membagun. Agama hanya sesuai sebagai kepercayaan individu sahaja dan lingkungan prektikalnya hanya berkisar dimimbar dan koridor masjid sahaja.

Apabila subjek agama tidak diberi ruang yang sebenar untuk mencorak dasar pendidikan maka jadilah pelajar-pelajar sebagai "manusia buta agama". Bukan menjadi satu kepelikan atau isu bila diberitahu orang buta jatuh longkang, orang buta langgar tiang atau orang buta terjun telaga. Kalau diberitahu kepada wartawan pun mereka tak akan tulis berita seumpama itu. wartawan akan jawab; "Anjing gigit orang bukan berita, tapi kalau orang gigit kaki anjing maka itu satu berita". Bila negara menggariskan satu dasar pendidikan "buta agama" maka tak payah sibuk jika ada pelajar beromen dalam kelas depan guru, atau pelajar perempuan hisap rokok, pelajar jual tubuh kerana nak beli handphone mahal, atau pelajar hentak kepala guru. Biasa la tuu. Bila kita dah butakan mereka dari soal-soal halal dan haram, syurga dan neraka, dosa dan pahala maka apa nak dihairankan lagi jika mereka melakukan perkara-perkara yang haram.


Mnusia tidak cukup dengan "sekadar pendidikan moral sahaja" untuk "memanusiakan" mereka. Kalau manusia ini memadai dengan pengasuhan moral atau sivik sahaja, maka tidak perlu diutuskan Nabi Muhammad yang datang dengan pegasuhan akidah,iman, adab dan Ibadah serta kenegaraan. Manusia sebelum rasulullah pun sudah ramai yang bijak-bijak soal moral dan sivik. Tapi oleh kerana untuk "memanusiakan" manusia tidak dapat tidak wajib diasuh melalui agama maka subjek agama hendaklah dijadikan pendidikan teras kepada seluruh subjek-subjek lain.

Kemana lagi hendak kita menoleh mencari penyelesaian soal akhlak pelajar-pelajar kita. Nak tanya pandangan negara sakular barat?. Tak payah, kerja pandir namanya. Apa pandangan yang kita perlu dari mereka?. Nak dengar mereka nasihati kita agar guru-guru dibenarkan bawa pistol kesekolah untuk mempertahankan diri?. Bila datang isu guru-guru sewenang-wenangnya tembak pelajar degil dalam kelas, mereka nasihati kita pulak agar pelajar-pelajar pun dibenarkan bawa M16 bertujuan mempertahankan diri mereka dari pembulian guru-guru. Akhirnya sekolah negara kita jadi medan perang yang dahsyat.

Kita ni siapa?. Sebahagian besar pemimpin negara kita tu siapa?. Kita semua orang Islam kan. Dah tu mengapa tidak kembali kepada penyelesaian Islam. Susun kembali pendidikan agama dinegara kita. Kemaskan kurikulumnya sehingga meliputi dasar Akidah,Ibadah, Muamalah dan Kenegaraan. Jadikan subjek agama sebagai subjek wajib lulus serta perkemaskan program ko-kurikulum agama secara serius. Saya yakin sebahagian besar masaalah kebiadapan pelajar kita dapat diselesaikan. Sebelum semua itu dilakukan hendaklah kita secara yakin membuang mentaliti sakular dari saraf otak kita. Terimalah Islam, ummat ini akan kembali cemerlang.

12 October 2008

UMNO pengidap "Osteoporosis" yang parah.


Hari demi hari kita melihat dan menyaksikan detik-detik terakhir perjalanan UMNO. Sebuah parti yang begitu gah sejak hampir 62 tahun yang lalu. Pimpinan utama negara silih berganti dikalangan mereka. Pilihanraya demi pilihanraya dilalui dengan Umno tetap menjuarai undi sehingga parti itu mampu mendabik dada kepada parti lawan bahkan kepada kawan-kawannya dikalangan parti komponen Barisan Nasional. Sehingga dianggap oleh sesetengah penganut kepercayaan khurafat "Umno tidak mungkin terkalahkan, dan tanpa Umno Negara ini tidak akan membagun dan maju". Kini selepas PRU ke 12, gah Umno menjunam, denyut jantung Umno semakin kencang, gelora dari dalam usus Umno semakin ketara sehingga dapat didengar oleh orang luar, bahkan sesekali tercirit keluar sehingga rakan-rakan yang sekandang dengan Umno pun turut menutup hidung. Kadang-kadang meletus di media kentut-kentut hapak dari pemimpin-pemimpin Umno dalam skala rikta yang besar.Begitulah nasib sebuah parti Sakular yang tertua di Malaysia.

Apakah keruntuhan itu disebabkan Umno telah tua? atau hentaman dari parti lawan yang bertubi-tubi?. Atau Umno sudah kehabisan wang untuk menyambung hayat politik wangnya, atau hantu-hantu sudah berpaling tadah daripada memberi undi kepada calon-calon Umno? semua itu pada saya tidak menjadi faktor utama menyebabkan Umno jatuh "gering", sehingga jika diYassinkan berkali-kali pun Umno tetap akan nazak. Tetapi faktor yang utama kegeringan Umno ialah "kereputan tulang" dari dalam jasad Umno itu sendiri. Umno sebenarnya dalam diam-diam telah lama mengidap "Osteoporosis". Cumanya selama ini tanda-tandanya tidak ketara. Sejak dilahirkan lagi Umno telah di azankan dengan laungan sakular dan di iqomahkan dengan bisikan asobiyyah kebangsaan. Ini bermakna sejak mula-mula lahir lagi Umno telah dihinggapi virus yang satu masa akan mereputkan tulang temulang Umno. Hari ini semua rakyat malaysia yang tidak "buta" dan "pekak" dapat menyaksikan dengan matakepala mereka sendiri betapa nazaknya Umno bergelut dengan virus sakularnya itu.
Hari ini Umno sedang teraba-raba mencari penyelesaiannya. Maka di lihatnya Pak Lah sebagai punca semua itu. Lalu berdegar-degarlah suara pimpinan diatas, dibawah, yang masih kat dalam tubuh Umno atau yang dah terpancut kat luar menyarankan "peralihan kepimpinan" Umno dan negara untuk difaraidkan kepada Najib. Sedangkan dunia pun tahu masaalah yang menimpa Umno itu bukan soal siapa yang memimpin, tetapi dasar Umno itu sendiri yang menjahanamkan Umno. Bas yang dah buruk, tukarlah siapa pun yang memandunya tetap akan terjun kedalam parit. Tunggu dan lihatlah.

Sekarang mana penawar "Islamisasi" dan "Islam Hadari" Umno itu. seketika dulu riuh rendah ustaz-ustaz Umno tadaruskan Islam Hadari. Asal ada seminar maka wirid hadari tetap dipertegaskan agar ditelan oleh rakyat sampai kehati perut mereka. Tapi bila benda batil dan salah, paksa macamana pun suruh orang terima orang tetap tak akan terima. Kalau luncai terjun dengan labu-labunya maka kini Umno terjun dengan Islam Hadarinya. Hari ini Ustaz-ustaz Umno yang ada harga diri dah rasa malu nak syarah pasal Islam Hadari. Kalau masih ada yang pertahankan dasar Islam Hadari bermakna mereka memang tak ada "kemaluan". Umno nak bangunkan Islam macamana atas dasar sakular ?. Selagi Umno tidak rombak dasarnya dan ditukar kepada dasar Islam yang sebenar, selagi itulah Umno akan gagal. Jika bercakap pasal agama pun akan jadi sakular apatah lagi jika sememangnya bercakap pasal sakular.

Kini kereputan tulang Umno sudah parah. Siapa pun yang hembus air sireh, samaada Pak Lah atau Najib Umno tetap akan "pergi jua". Kalunglah tangkal apa pun, nanti kita akan lihat tangkal itulah yang akan menjerut leher Umno. "kembalilah kepada ruh Islam, kamu akan selamat dunia dan akhirat".

10 October 2008

Berzikir menggunakan biji (buah) Tasbih..

Hadis-hadis yang menyebut tentang zikir dalam bilangan dan jumlah-jumlah tertentu sangat banyak. Seperti berzikir dalam jumlah seratus atau dua ratus atau sebagainya. Antaranya hadis Ibnu Umar daripada Rasulullah saw;


قولو خيرا قولو سبحان الله وبحمده فبالواحدة عشرة وبالعشرة مائة وبالمائة ألف ومن زاد زاده الله عزوجل
Maksudnya:

Hendaklah kamu mengatakan yang baik. Katakanlah Subhanallah wabihamdihi sekali sebut dibalas sepuluh, sepuluh dibalas seratus dan seratus dibalas seribu. Siapa yang menambah bilangannya maka Allah tambahkan untuknya (1).
Dalam sebuah hadis yang soheh daripada Sa'ad bin Abi Waqas menyebut, beliau bersama Rasulullah saw mendatangi seorang wanita. Ketika itu terdapat biji-biji kecil atau batu-batu kecil. Dia menggunakannya untuk bertasbih. Lalu Baginda saw bersabda;

" mahukah aku memberitahumu cara yang lebih mudah kepadamu berbanding cara ini?. sebutlah SubhanaLlah sebanyak makhluk yang diciptaNya di bumi. SubhanaLlah sebanyak makhluk yang diciptaNya di antara lanngit dan bumi. SubhanaLlah sebanyak makhluk yang diciptaNya. Allah hu Akbar seumpama itu juga. Alhamdulillah seumpama itu juga dan La Ila ha IllaLah seumpama itu juga dan La Haulawala Quwatailla bi Llah hil 'Aliyyil 'Azim seumpama itu juga (2).

Dari Soffiah Ummul Mukminin katanya;
"Rasulullah saw datang kepadaku. sedangkan waktu itu di hadapanku ada empat ribu biji-biji kecil yang aku gunakan untuk bertasbih. lalu baginda bersabda;

لقد سبحت بهذا ألا أعلمك بأكثر مما سبحت به, فقالت علمنى فقال قولى سبحان الله عدد خلقه
Maksudnya: Engkau bertasbih menggunakan ini? Mahukah aku ajarkan kepadamu cara yang lebih banyak lagi daripada benda yang engkau gunakan untuk bertasbih ini. Sofiyyah menjawab; ajarkanlah aku. Maka baginda bersabda; katakan oleh mu Subahana Llah 'adada Khalqihi (mahasuci Allah sebanyak makhluk ciptaanNya) (3).

Satu Hadis dari Yusairah ( seorang perempuan Muhajirin), beliau berkata; Rasulullah saw bersabda;
عليكم بالتسبيح والتهليل والتقديس واعقدن بالانامل فانهن مسئولات مستنطقات
Maksudnya:
Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan bertaqdis. Dan hitunglah ia menggunakan jari-jari kerana jari-jari itu akan disoal dan diizinkan bertutur (4).
Jika dilihat kepada hadis-hadis tersebut tidak terdapat satu kalimah yang terang-terangan daripada Rasulullah saw yang melarang menggunakan biji tasbih. Serta tidak menolak keharusan menggunakannya saat berzikir. Terdapat athar daripada para Sahabat bahawa mereka menghitung zikir mereka menggunakan biji-biji kecil, anak-anak batu atau simpulan-simpulan benang yang disimpul ( 5).
Imam Al-Hafiz As-Sayuti menegaskan bahawa tidak terdapat atau pernah dinukilkan daripada seorang pun dikalangan salaf atau khalaf yang melarang berzikir menggunakan biji-biji tasbih atau sebagainya sebagai alat hitungan.Mereka tidak menganggapnya sebagai makruh.
Para ulama' terdahulu melihat penggunaan buah tasbih lebih menenagkan sewaktu berzikir, kerana tidak perlu mengingati bilangan zikir yang telah dilafazkan, disebabkan jumlah jari tidak cukup untuk memenuhi jumlah hitungan zikir. Ad-Dailami meriwayatkan dalam kitabnya Musnad al-Firdaus daripada Saidina Ali secara marfu'
نعم المذكر السبحة
( sebaik-baik mengingat ialah dengan biji tasbih) (6)

Hadis yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin abi Waqqas dan Sofiah di atas ditolak dan didhaifkan Al-Albani. Namun Al-Syaukani menyebut di dalam kitabnya Nailul Autar pada kedua-dua hadis tersebut terdapat faedah yang sangat besar. Kerana biji tasbih hanyalah alat untuk lebih menenangkan hati waktu berzikir. Sebagaimana pena yang diletakkan diatas telinga jurutulis (7). Tujuannya ialah supaya lebih senang diingat dimana pena itu disimpan bila mahu menggunakannya.

Pandangan yang membidaahkan serta menkatogerikan orang yang menggunakan biji tasbih waktu berzikir adalah tuduhan yang keterlaluan dari insan yang gemar melempar dirinya keluar dari batasan akhlak dan ilmu.

NOTA:

(1). Sanadnya dhaif. Ibnu 'Adiy dalam kitabnya Al-Kamil ( 2/388). Lihat Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Taarikh Al-Khatib ( 1/210). Di dalam sanadnya terdapat Hafs bin Umar. Hadis-hadis riwayatnya tidak dihafal dengan sempurna.
(2). Hadis ini di sohehkan oleh Ibnu Hibban (Lihat Al-Ihsan m.s 834) dan Hakim tetapi di Hasankan oleh At-Tirmizi di dalam kitabnya Al-Da'awat ( 3568). juga di hukum soheh oleh Az-Zahabi.
(3). Sanadnya Dhaif. Lihat Al-Da'awat oleh At-Tirmizi (3554). Di dalamnya terdapat Hasim bin Sa'id yang mana periwayatannya lemah pada pandangan sebahagian Ahlul Hadis (lihat At-Taqrib)
(4). Sanadnya soheh. At-Tirmizi dan Az-zahabi mensohehkannya. As-Sayuti menyebutnya dalam kitabnya Jami' As-Saghir (5587) bahawa hadis ini soheh.
(5). Disebut oleh As-Sayuti di dalam kitabnya Al-Minhah fi As-Subhah.
(6). Hadis ini Dhaif. Riwayat Ad-Dailami ( 6765). Al-Albani menyatakan hadis ini Maudhu' (lihat Al-Silsilah Al-Dha'ifah (83). Namun Sebahagian besar Ulama' Hadis menghukumkan hadis ini Dhaif. Walaupun dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui tetapi tidaklah sampai kepada tahap Mau'dhu.
(7). At-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadis yang dhaif daripada Zaid bin Thabit. Dimana RasuluLlah saw bersabda kepada jurutulis Baginda; Letakkan pena di atas telingamu. Kerana ia lebih mengingatkan kepada orang yang menulis.

1 Ibadah 2 kebajikan Anjuran Tabungan Amal Pondok An-Nuur

Sempena "Hari Raya Korban" yang akan menjelang tidak lama lagi. Pondok An-Nuur mempelawa kaum Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama melakukan "Ibadah Korban" yang sangat-sangat digalakkan itu. Pada tahun ini, "Tabungan Amal Pondok An-Nuur" mengambil inisiatif menganjurkan Ibadah Korban di kemboja. Diharapkan disamping kita berkorban di tanahair sendiri dapatlah jua barang seekor dua binatang korban itu kita korbankan untuk manfaat bersama saudara kita seakidah di Kemboja. Walaupun telah banyak pihak yang menganjurkannya ( di antaranya Yayasan Amal Malaysia) namun Tabungan Amal An-Nuur ingin sama-sama menyumbang tenaga untuk mempermudahkan bantuan kepada saudara kita di sana.

Bayaran bagi satu bahagian hanya RM 250.00 sahaja. Lebihan harga ternakan korban itu akan di salurkan kepada "Tabung Amal kebajikan Pondok An-Nuur". Diantara aktiviti "Tabungan Amal" yang telah dilaksanakan ialah;

1. Menanggung yuran 5 orang pelajar yatim dan miskin yang belajar di An-Nuur.



2. Menanggung perbelanjaan belajar dan wang saku pelajar yang dijemput khas dari kemboja dengan harapan satu hari mereka akan pulang membangunkan Islam di tanahair mereka.

3.Membayar gaji setiap bulan kepada 54 orang tenaga pengajar kelas Fardhu 'Ain dan Al-Quran di kemboja.

4. membina 35 buah telaga untuk kegunaan surau dan Masjid serta penduduk miskin di Kemboja. Kos bagi sebuah telaga 100usd

5.Membayar elaun guru-guru Tahfiz An-Nuur.

6. Di masukkan kedalam tabung "amal jaariah" pembangunan An-Nuur.

Bagaimana kami mengisi Tabungan ini untuk program di atas?. Di antaranya ialah;

1. Mengumpul penderma tetap bulanan melalui kempen "ahli tetap Tabungan Amal". Ahli diminta membuat sumbangan tetap bulanan menurut kemampuan masing-masing.

2. Menganjurkan Program Ibadah Korban. Lebihan dari harga lembu dan pengurusan akan dimasukkan kedalam tabungan ini untuk kegiatan amal yang telah dinyatakan diatas.

Tabungan Ini juga akan menganjurkan program dwi tahunan lawatan ke Pesantren-pesantren di Surabaya dan menjejak laluan perjuangan Wali Songo Serta program Umrah.
Tuan/Puan yang berminat menyertai Ibadah korban ini boleh mennghubungi;

1.Ustaz Mokhtar Senik 019-9532456
2.Tuan Haji Mokhtar Jusoh: 013-9272601 (Kuantan)
3.Ustaz Ramli : 019-9230624 (Jengka)
4.Tn. Haji Hamdan Ahmad: 019-3822164 (Kuala Lumpur)
5. Ust Fadli Ibrahim 019-9111163 ( Jerantut)

08 October 2008

Doakan saudara kita di Afghanistan.


Hari ini 7 Oktober 2001, Amerika memulakan serangannya dan pencerobohan ketenteraan keatas Afghanistan. Serangan itu dilancarkan dengan alasan untuk menumpaskan kumpulan "penganas" al-Qaeda. Washington sebelum itu telah menuduh Al-Qeada sebagai dalang dan perancang kepada serangan WTC pada 11 september di New York. Walaupun akhirnya Amerika berjaya menumbangkan kerajaan Thaliban, namun sehingga kini mereka gagal memberkas Osama bin Laden.

Serangan ganas Amerika dan tentera negara pegampu hanya berjaya memusnahkan bumi Afghanistan dan menumbangkan Thaliban serta membunuh orang awam. Namun mereka gagal dan selamanya akan gagal membunuh ruh jihad dari dada para Mujahidin Islam Afghanistan. Sejarah moden sebelum ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya kuasa besar Russia ditangan Mujahidin. Sedangkan masyarakat umum dunia sedia tahu betapa gahnya Soveat Russia dengan teknologi persenjataannya. Di bantu oleh komunikasi tentera yang diwar-warkan hebat itu akhirnya terpaksa rebah hina kepada laungan "Allahu Akbar" para Mujahidin Afghanistan.

Sejarah yang memalukan itu disusuli pula dengan keruntuhan gabungan Soviet yang sebelum ini di anggap "tabir besi dunia". Satu demi satu wilayah-wilayah yang sebelum ini setia (dengaan terpaksa) kepada Soveit akhirnya menuntut kemerdekaan masing-masing. Peristiwa aib itu tidak berhenti sekadar itu. Dunia menyaksikan pula bagaimana ideologi "komunisme" yang menunjanggi seluruh dasar pentadbiran negara beruang merah itu akhirnya turut tersingkir dan runtuh sehingga layak diletakkan digaleri muzium untuk tatapan dan kajian sejarah generasi akan datang.

Mujahidin Afhganistan yang berbekalkan roti kering yang dikongsi beramai-ramai itu akhirnya berjaya memalukan bukan hanya soviet, bahkan seluruh dunia kuffar. Mereka berjaya membuktikan kepada dunia (termasuk pemimpin Islam yang sakular) bahawa bekalan "taqwa" mengatasi segala bekalan perang yang ada. Mereka berjaya mengulangi kembali putaran sejarah Islam dizaman Rasulullah saw dan sejarah selepas baginda, bahawa Iman dan Taqwa menjadi asas yang paling penting dalam memacu kemenangan Perjuangan Islam. Senjata yang hebat dan strategi perang yang terkini tidak akan sampai kemana jika dipikulkan kepada tentera dan pejuang yang lemah iman dan taqwanya. Di sinilah pentingnya Tarbiyyah Imaniyyah dan Akhlaqiyyah kepada pejuang Islam. Hanya orang-orang yang ditarbiyyah sahaja yang mampu memikul perjuangan ini sampai kepenghujungnya melepasi sempadan taknikal dan Pilihanraya.

Doakan saudara-saudara kita di Afghanistan sempena pencerobohan keatas kedaulatan dan maruah negara mereka pada hari ini tujuh tahun yang lalu. Ambillah iktibar atas kehebatan perjuangan mereka. Walaupun tubuh mereka lemah namun jiwa mereka kaya dengan taqwa. Itulah kemuliaan dan harga diri mereka. Orang yang kelihatan hebat penampilannya dan bercakap dengan bahasa elit yang memukau jika tanpa taqwa, tidak akan ada nilainya disisi perjuangan ini.

07 October 2008

Awas..aliran libralisme dalam gerakan Islam.

Mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia tidak terlepas daripada disusupi musuh, baik secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi ( sementara belum ada kekuatan). Keadaan ini tidak terkecuali berlaku dalam jamaah Pas. Dalam usia Pas 57 tahun, telah banyak pengalaman yang dilalui oleh Pas. Pengalaman berdepan dengan musuh-musuh dari luar jamaah mahupun musuh yang berada dalam urat saraf jasad Pas. Alhamdulillah.. sepanjang usia itu telah banyak pertolongan Allah. Allah tetap menyelamatkan jamaah yang diasaskan atas dasar taqwa ini. Jamaah yang telah mewakafkan ramai tenaga pejuangnya sebelum sampai ketahap ini. Bukan setitis dua darah dan airmata orang-orang Pas yang tumpah. Bukan seorang dua anggota dan pimpinan Pas yang ditahan di dalam ISA. Tidak sedikit isteri dan anak-anak pejuang Pas menderita lantaran penahanan ayah-ayah dan suami mereka. Bukan setahun dua orang-orang Pas menderita lantara dasar diskriminasi politik yang diamalkan oleh BN sebagai manifistasi dasar sakularismenya itu. Namun Alhamdulillah..berbekalkan keyakinan dan iman orang-orang Pas tetap memberikan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Pas.

Kerisis Politik di Kelantan pada tahun 1977 telah menyebabkan Pas hanya tinggal 2 kerusi DUN dan hanya 1 kerusi di Parlemen. Namun pernahkah ahlipahli Pas merasa putus asa?, pernahkah mereka mengeluh? pernahkah mereka melompat parti kerana mencari subsidi politik murahan?. Tidak..mereka merangkah dan bertatih bangun. Tiupan semangat yang muncul dari kuliah-kuliah, khutbah-khutbah dan ceramah-ceramah pimpinan Pas, khususnya pada era kepimpinan Ulama bermula, telah memberikan nafas dan tiupan iman yang tidak sedikit kesannya kepada orang-orang Pas. Tamrin-tamrin dan mukhayyam tarbawi serta usrah-usrah aktif dimana-mana, hatta dikampung yang tidak ada cawangan Pas. Waktu itu sumber ekonomi pas hanya dengan menadah kupiah putih disetiap ceramah-ceramah Pas. Walau diejek dan dipersenda oleh Pimpinan Umno, namun Pas terus bergerak dengan satu keyakinan yang membara bahawa suatu hari nanti perjuanngan ini pasti akan mencapai kemenangan. Saat itu belum ramai ahli-ahli koprat dan profesional yang sanggup menyertai Pas. Pas dilihat sebagai parti kampungan dan hanya diminati oleh pak-pak lebai. Golongan yang berpendidikan luar negeri lebih cenderung menyertai IRC (kemudiannya didaftarkan sebagai JIM), manakala yang mendapat pendidikan pusat pengajian tinggi dalam negeri lebih cenderung menganggotai ABIM. Kedua-duanya dilihat sebagai pengkalan group elit Islam. Pas?..hanya jamaah kampungan yang disertai oleh lebai-lebai pondok dan bekas-bekas pelajar timur tengah. Mukahyyam dan Ijtima' Pas hanya dikebun-kebun getah atau tapak sawah kering. Alhamdulillah...denai sukar yang dilalui Pas telah menjadi kurikulum Tarbiyyah yang mahal harganya kepada orang-orang Pas. Niat mereka hanya satu iaitu ingin melihat tertegakkanya "daulah islamiyyah" di bumi Allah yang bernama Malaysia ini. Orang-orang kampung datang naik lori jika ada ceramah Pas. Mereka datang untuk dengar penceramah-penceramah Pas menyampaikan keyakinan dan suntikan semangat kedada mereka yang telah sedia kaya dengan semangat dan kesedaran. Bersila atas rumput dengan ditemani gigitan nyamuk, tak kesah bagi mereka. Puas hati mereka, lega perasaan mereka bila tok-tok guru atau penceramah bacakan sepatah dua ayat-ayat quraan atau hadis bagi memperjelaskan perjuangan Pas adalah jihad yang mahal harganya disisi Allah. Satu sessi ceramah cukup untuk menjadi pemanas perjuangan mereka berbulan lamanya. Mereka "orang kampung". Tidak ada dua dalam tujuan perjuangan mereka. Mereka mahu lihat bumi malaysia ini mengharamkan apa yang "quraan" kata haram, dan menghalalkan apa yang quraan kata halal.

Panas tidak semestinya sampai kepetang. Apatah lagi perjuangan Islam yang sememangnya sentiasa di uji oleh Allah. Muncul berbagai-bagai aliran pemikiran sehingga menyentap wala ahli Pas kepada Pimpinan. Pemikiran yang berorentasikan semata-mata "mahu menang". Yang penting kita menang dulu. Bila dah menang kita laksanalah apa yang terkandung dalam quraan dan hadis. Sebelum menang kita jangan kata haram, walaupun sememangnya haram. Jangan sebut Negara Islam, nanti orang yang bukan Islam lari dari kita. Muslimat-muslimat Pas jangan muncul dengan pakaian bertudung labuh, apatah lagi berjilbab. Kerana imeg begitu akan menakutkan mereka kepada Pas. Tak payah terlalu banyak membuang masa dengan usrah-usrah dan tamrin, yang penting organisasi mantap dan gerakkerja pilihanraya bersistematik. Orang-orang Pas yang berkereta buruk jangan tanpal sticker-sticker Pas, kerana umum akan melihat betapa dhaifnya Pas. Kalau dhaif, macamana nak memerintah negeri dan Negara. Pas perlu keluar dari kepompong ortodoknya itu. Barisan kepimpinan mestilah mereka-mereka yang berfikrah baru. Fikrah yang tidak fikir sangat ini haram itu haram. Mereka mesti memiliki pemikiran baru iaitu "fikrah hadhari". Pemilik-pemilik fikrah baru ini perlu dicatur supaya dapat berada di posisi yang penting dalam jamaah. Akhbar mirip jamaah perlu memberikan mereka ruang yang selesa untuk mempercambahkan fikrah ini kepada ahli.

Inilah rupa bentuk cabaran baru dalam jamaah Islam. Atas nama pembaharuan dan pendekataan profesional, bukan sahaja tradisi yang dirombak, bahkan hukum agama juga mungkin "dikaji semula". Kalau dulu mereka mencuri ahli jamaah ( ahli yang agak perpendidikan) untuk dibawa keluar dari jamaah dan menyertai mereka. Kini mereka berada dalam tubuh jamaah menghisap saki baki semangat Islam dan tarbiyyah lama tok-tok guru dari jiwa ahli-ahli jamaah. Akhirnya munculllah dua wala' dalam jamaah. Jamaah dalam jamaah. Mesyuarat selepas mesyuarat dan banyak lagi perkara yang serba dua. Jamaah perlu nyalakan kembali api tarbiyyah. Biarlah orang kata ketinggalan. Namun dengan tarbiyyah itulah Pas telah sampai ketahap sekarang....

Jangan lupa diri..Kutip kembali harga perjuangan yang terlerai itu.

03 October 2008

Seteguk kasih ayah di Aidilfitri (anak mangsa ISA).

Beberapa hari sebelum menjelangnya 1 syawal Harakah, Siasah, Wasilah, Harakahdaily dan juga Tranungkite antara akhbar dan berita online yang kerap mengingatkan Muslimin dan Muslimat, khususnya ahli-ahli Pas agar menghulurkan bantuan dan simpati kepada keluarga mangsa ISA. Akhbar Harakah sendiri melalui ketua pengarangnya telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga terbabit hasil daripada derma para simpatis. GMI sendiri telah memainkan peranan yang aktif, tahniah Sdr Syed Ibrahim.

Bagi saya secara peribadinya sangat tersentuh apabila terbaca atau terdengar apa-apa yang berkaitan dengan keluarga tahanan ISA. Pengalaman 3 tahun ( julai 2000 - Nov 2003 ditambah 10 bulan tahanan terhad) dalam tahanan Kemunting meninggalkan banyak kenangan, pengajaran, keinsafan tentang hakikat perjuangan dan kehidupan, pegembaraan rohani, hakikat persahabatan dan persaudaraan, erti berjamaah serta seribu satu macam nikmat Allah dan pahit getir hasil daripada undang-undang buatan tangan manusia itu. Insyallah akan saya kongsikan pengalaman itu secara bersiri di dalam blog ini. Tujuan saya ialah agar teman-teman dan pembaca sedar bahawa ISA adalah undang-undang "Zalim" yang "wajib" disingkirkan daripada kehidupan "manusia bertamaddun". Sebagaimana wajibnya mengharamkan arak maka begitulah wajibnya diharamkan ISA. Hasrat yang kedua daripada paparan ini ialah agar pembaca semua jangan terlalu gerun kepada Puaka ISA ini sehingga menganggu tugas-tugas perjuangan Islam. Teruskan perjuangan seperti biasa, bahkan lipatgandakan segala usaha ubudiyyah samaada dalam lapangan ibadah,ekonomi mahupun politik. ISA pasti akan pupus jua sebagaimana agenda-agenda bathil yang lain. Iklim kesedaran Islam yang berlaku sekarang tidak akan menjadi persekitaran yang baik untuk ISA terus hidup. Lalu marilah kita lipat gandakan penerangan kesedaran agama dan politik kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Islam.

Sahabat saya dalaam tahanan (inmate) Yb Sdr Saari Sungip telah banyak menulis mengenai ISA (Syabas). Tetapi apa yang akan saya paparkan nanti ialah pengalaman dari sudut yang berbeza. Perbezaan itu mungkin kerana ianya dilihat dari dimensi yang berlainan. Namun kesimpulannya satu sahaja iaitu ISA adalah ZALIM. tunggu siri satu dengan tajuk "Melangkah ke dunia Asing". Insyallah.