01 November 2008

KEM INTENSIF TAHFIZ MUSIM CUTI


Dimaklumkan kepada Ibu Bapa yang berminat. Pondok An-Nuur akan menganjurkan kem "intensif Tahfiz" siri 2 dalam musim cuti persekolahan nanti. Program akan bermula pada 22 Nov.2008 hingga 5 Dec 2008 (13 hari). Bayaran yang dikenakan hanya RM 220.00 sahaja. Bagi peserta dua beradik, yuran yang dikenakan haya RM 400 sahaja. Bayaran meliputi keperluan Makan dan minum (Sarapan,minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam), peralatan tulis,fail dan nota-nota. Penyertaan dibuka hanya kepada pelajar berusia 10tahun-15 tahun (lelaki dan Perempuan)

Menurut Ustaz Fadli selaku pengarah program, kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru hafiz dan hafizah An-Nuur. Ibu Bapa diminta mendapatkan borang kemasukan dari pejabat pentadbiran An-Nuur, atau hubungi Ustaz Fadli Ibrahim di talian 019-9111163 atau Timbalan Pengarah program, Cikgu Ramdhi ditalian 0199663629.

Peserta akan didedahkan dengan asas-asas penghafalan Al-Quraan, Fardhu 'Ain dan Pengasuhan Ibadah serta Akhlaq. Untuk keterangan lanjut sila berhubung terus dengan Ustaz Fadli ata Cikgu Ramdhi.

No comments: