28 August 2010

Berusahalah menghampiri "pintu Allah", sempena bulan Mubarak ini>


Assalamualaikum buat semua sahabat dan pengunjung blog ini. Malam tadi ( khamis malam Jumaat) ana bersama rombongan Umrah akhir Ramadhan selama sampai ke Jeddah dengan Penerbangan "MAS". Kumpulan "awal Ramadhan" yang datang melalui Pondok An-Nuur Travel telah pun selamat kembali ketanahair 24 Ogos yang lalu. Manakala 44 orang yang menyertai pakej Full Ramadhan masih giat beribadah di Makkah.

Udara dan iklim Madinah masih panas membahang. Di tanbah pula jumlah pengunjung ke kedua-dua tanah Haram ini melonjak mendadak. Sebahagiannya datang untuk menunggu 27 Ramadhan ( Lailatul Qadar). Perjalanan kami boleh dikatakanlancar sejak berlepas daripada KLIA. Urusan Imigresen juga berjalan lancar ( tidak seperti biasa yang sering diperlengah-lengahkan oleh pegawai2 Arab ini),mungkin berkat Puasa kami semua yang hampir mencecah sehari setengah ( bersahur jam 5 pagi di Malaysia dan berbuka jam 6.45 ptg waktu Saudi yang brsamaan jam 11.30 mlm waktu Malaysia). Walaupun rata-rata kami keletihan namun oleh kerana perjalanan dan urusan berjalan lancar, maka wajah ceria tetetap terukir.

Dalam Flight selama 8 jam, saya habiskan masa dengan tidur dan membaca. Bahan bacaan yang saya sengaja bawa untuk menemani perjalanan kali ini ialah "Hikam Ibnu Abi Madyan". Bab yang sempat saya telaah ialah mengenai betapa keadaan "hamba" di hadapan pintu rahmat Allah. Ibnu Abi Madyn berkata;

"Ada di kalangan hamba-hamba Allah itu yang datang bergayut di Pintu Allah. Mereka merintih, merayu dan meratap kepada Allah. Sehingga ada antara mereka dihalau oleh Allah dengan dilemparkan kepada mereka "dunia". Lalu mereka pun pergi meninggalkan pintu Allah dengan sukacitanya. Kerana Allah tahu apa yang dikehendaki mereka sebenarnya. Manakala ada pula di kalangan mereka yang Allah campakkan kepada mereka dunia, namun mereka tidak merenggangkan diri mereka dari pintu Allah.Maka mereka dirahmati Allah. Ada pula antara mereka yang Allah tidak berikan mereka apa-apa daripada duniaNya, kerana Allah sememangnya mahu mereka sentiasa bersama Allah. Mereka itulah orang yang Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah".

Tulisan dan peringatan Imam Ibnu Abi Madyan itu mengingatkan saya kepada sebuah peringatan daripada Imam Al-Ghazali yang berkata;


"Bila Allah mahu menghalau seorang itu dari "PintuNya" maka Allah menjadikan mereka sentiasa;

1. Berhalangan menghadiri Majlis Ilmu dan zikir.
2. Berhalangan daripada solah berjamaah di Masjid-masjid.
3. Berhalangan daripada menunaikan infaq.

4. Berhalangn daripada menghubungkan silatur Rahiim dan
5. Berhalangan daripada mengingati mati ( dengan disibukkan mereka dengan urusan dunia yang melalikan mereka).

Sahabat dan teman-teman..marilah sempena Ramadhan yang Mubarak ini kita bermuhasabah..dimanakah kita...


- Salam dari Bumi Rasulullah saw_

19 August 2010

INDAHNYA RAMADHAN


Sejak kembali daripada Syria dan Turki June lalu saya belum berkesempatan untuk up-date blog ini. Sehingga ada pengunjung yang menggelarkan dirinya "sayacikgu" ( mungkin sahabat saya dari Perak..cikgu Harris Fadzil) memberikan ingatan agar blog ini tidak "sakarat". Saya senyum sendir. Memang patut pun saya diberikan teguran itu. Memang dah lama saya tidak menulis apa-apa di Blog ini, sedangkan berbagai issu berlegar diruang udara Malaysia ini.


Sebenarnya memang saya agak sibuk dengan urusan Pondok, khususnya sejak mengakhiri "cuti" pada june lepas. Sebagaimana yang saya janjikan kepada teman-teman bahawa siri kuliah saya akan kembali berjalan seperti biasa selepas 6 bulan program ekonomi An-Nuur dapat saya uruskan. Alhamdulillah..kini An-Nuur Tijaary Ent..dapat bergerak dengan baik diatas landasan "perjuangannya". Pondok An-Nuur Travel & Tours Sdn Bhd bukan sahaja telah mampu membuka Pejabat dan Dewan Kursusnya, bahkan telah ada "petugas" yang bertugas sepenuh masa di Pejabat. Begitu juga dengan "An-Nuur Mart & Halal Foods" yang berjaya menambah produk barunya selain "NuurCafe" iaitu "Nuur-ZamZam dan Nuur-Yasin". Manakala Sardin "Nuur-Salam" sedang menunggu masa yang sesuai untuk dipasarkan. Syukur kepada Allah.


Sekembali dari Turki pada june lepas, terus saya tumpukan kepada program Ihtifal An-Nuur kali ke 15. Disamping itu berbekalkan semangat dari beberapa orang sahabat-sahabat lama bekas pelajar Pondok Pasir Tumboh kami telah berjaya membentuk jawatankuasa bertindak "Alumni" Pasir Tumboh. Saya telah diamanahkan sebagai pengerusi kepada jawatankuasa ini, sudah tentu terpaksa bertungkus lumus menyusun perancangan dan mengesan bekas-bekas pelajar Pondok tersohor ini yang bertaburan diseluruh negara termasuk di Negara Kemboja dan Thailand. Insyallah himpunan pertama akan diadakan pada 12 Rabi'ul Awwal tahun hadapan.

Demi kerana menunaikan janji kepada teman-teman, bahawa saya akan kembali kepengkalan selepas 6 bulan, maka jadual "Tazkirah Ramadhan" saya pada tahun ini hanya tertumpu di Kuantan sahaja, disamping akan berangkat menunaikan Umrah pada 26 Ogos nanti. Insyallah jadual kuliah umumi saya selepas ini akan dirombak semula, untuk memberikan tumpuan kepada Masjid-masjid di sekitar Kuantan. Lagi pun beberapa ketika dahulu saya pernah membayangkan kepada teman-teman bahawa apabila usia saya mencecah 46 tahun, maka saya akan lebih banyak bersama "Pondok" saya disamping membuat persiapan untuk "memberikan penumpuan kepada penulisan". Rasanya "masa" itu telah pun tiba. Tidak sabar rasanya untuk bersendiri bersama bahan bacaan yang saya kumpul sejak 1980 dahulu. Semalam saya menatap sebuah buku yang diterbitkan oleh IFSO yang dihadiahkan oleh teman ( Saudara Hasanuddin Mat Isa-penulis buku "Mereka yang tertewas, sebuah karya yang pernah menjadi Teks sastra untuk SPM) seusrah pada awal 80an dahulu. Karya Syed Qutb itu sangat membekas dalam jiwa saya hingga hari ini.

Empat tahun berturut-turut sepanjang Ramadhan saya berada di Kuala Lumpur. Memenuhi jadual Tazkirah di Pejabat dan Masjid-masjid di Selangor dan Kuala Lumpur. Kerana kepenatan..sekembali saja dari menyampaikan Tazkirah saya akan segera tertidur dan kemudian akan bangun pula untuk solah Subuh. Sehingga saya terlepas untuk merasai betapa indahnya saat malam dibulan yang mubarak ini. Dulu ketika dalam "tahanan" dapat kami ( saya dan teman-teman ) rasai bersama betapa manisnya dinihari Ramadhan... Alhamdulillah...Ya Allah kini Engkau kembalikan aku di "Haribaan Ramadhan-Mu"..INDAHNYA RAMADHAN.