13 December 2008

Ummat Islam & kekejaman Pol-Pot di Kemboja

Terjemahan bebas Oleh : Al-Faqir Mokhtar Senik
--------------------------------------------------

Sepanjang penguasaan "Regime of Democratic Kampuchea (DK) (1975-1979) yang dipimpin oleh Pol-Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea telah meninggalkan kesan sejarah kezaliman manusia yang besar. Dimana dalam tempoh 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintahannya seramai lebih 1 juta orang terkorban. Bahkan terdapat catatan yang mengatakan hampir 3 juta orang yang terkorban diseluruh Negara Kemboja (1). Manakala 6 juta lagi penduduk Kemboja yang terselamat dihantui oleh trauma yang berpanjangan, di samping mewariskan kemiskinan, menjadikan Negara Kemboja ketinggalan 30 tahun dibelakang pembangunan kebanyakan negara-negara lain di rantau ini.
Mangsa pembunuhan kejam Pol-Pot yang paling menonjol ialah kumpulan etnik Cham. Sebelum Khmer Rouge (2) menguasai Kemboja, dianggarkan orang-orang Islam Cham meliputi 10 peratus (700,000) dari 7 juta jumlah penduduk Kemboja ketika itu (1975). Tetapi selepas kejatuhan Khmer Rouge pada tahun 1979 terdapat hanya 200,000 etnik Cham yang masih hidup. Dengan itu dari sejumlah 2 juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya ialah dari etnik Cham.

Diantara sasaran utama kekejaman Khmer Rouge ialah ummat Islam dari etnik Cham. Untuk menyegerakan polisi "mmenghapuskan kepercayaan beragama", mereka telah memaksa orang-orang Islam Cham meninggalkan amalan beragama. Mana-mana pemimpin Islam yang kelihatan mempunyai pengaruh dikalangan masyarakatnya akan dibunuh. Sembahayang, berpuasa, zakat dan perayaan Islam dilarang samasekali. Bahkan Al-Quraan, kitab-kitab agama, dan peralatan ibadah, seperti kain sarung, kain telekong solah bagi perempuan dirampas dan dibakar. Mereka juga dipaksa memakan daging babi dan wanita Islam dilarang bertudung.

Sebahagian orang-orang Islam Cham patuh kepada arahan tersebut. Manakala sebahagian yang lain terpaksa melarikan diri untuk meneruskan amalan beragama mereka. Di antara mereka ialah "Him Leh", beliau adalah salah seorang pemimpin Khmer Rouge di kampung Po Tonle. Beliau telah mengarahkan orang-orang Islam Cham melarikan diri ke Vietnam. Walaubagaimana pun akhirnya Him Leh sendiri ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Tuel Sleng ( S-21) sehingga mati dipenjara tersebut.

Untuk menghilangkan identiti Muslim Cham, Pemimpin Khmer Rouge menghalang pengunaan nama yang biasa diguna oleh masyarakat Islam Cham. Mereka dipaksa mengunakan gaya nama Khmer. Mereka juga dilarang bertutur mengunakan bahasa Cham. Sebagai penguatkuasaan, mana-mana penduduk Cham yang mengunakan bahasa Cham akan dibunuh. Akibatnya selepas 1979 generasi baru Cham tidak lagi tahu bertutur dalam bahasa Cham. Bahkan pada hari ini, keturunan Cham yang tinggal diwilayah kompot,Sihanoukville,Kampong Luong diWilayah Kandal dan Chrang Chamres Village di Phnom Penh tidak boleh bertutur dalam bahasa Cham.

Pari Komunis Khmer Rouge sebenarnya bukan hanya memusuhi Islam, bahkan sebarang kepercayaan beragama. Namun oleh kerana masyarakat Islam yang paling menonjol dan komited dengan ajaran dan amalan beragama, maka sasaran utama Khmer rouge dihalakan kearah orang-orang Islam lebih daripada penganut agama-agama lain.

Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berpapah untuk bangun semula dari rebahnya yang panjang. Dalam keadaan dihambat oleh berbagai kepayahan dan kemiskinan selepas perang, mereka mula bagun membina identiti beragama khususnya dikalangan Masyarakat minoriti Islam yang masih ada.

Nota

(1) dirujuk kepada angka yang ditulis di dalam buku After the Nightmare oleh Banister dan Judith serta Paige Johson. Genocide and Democracy in Cambodia oleh Ben kiernan. Brother number One oleh Chdler David dan Oukoubah justice for the Cham Muslim under the Democratic Kampuchea Regime oleh Ysa Osman.
(2) Khmer Rouge berasal dari perkataan Perancis Khmer Kraham ataupun Red Khmer (Khmer Merah). Perkataan Khmer pertama kali duguna oleh Putera Norodom Sihanouk sekitar tahun 1960 an.

11 December 2008

Rahmat persaudaraan dalam permusafiran

Hari ini adalah hari last kami di Kemboja. Banyak berita dan gambar terkini yang tidak sempat saya up-loadkan disini. Ini adalah kerana dihotel tempat penginapan kami dalam dua hari ini hanya terdapat dua unit komputer sahaja. Walaupun saya bawa sama laptop namun line wi-fi pihak hotel sangat lemah. Dengan itu saya sengaja tidak up-datekan blog ini kerana memberi peluang kepada bloger lain untuk membuat up date blog masing-masing. Lagi pun beritanya hanpir sama.

Cuma dalam kesempatan ini saya ingin menulis sedikit tentang nikmat persaudaraan. Di Wilayah Kompot saya berkesempatan bertemu Ayah kepada bekas pelajar An-Nuur seawal ianya ditubuhkan dahulu. Kini anak beliau (Zakaria) bekerja di pelabuhan. Di Kampung Soum saya bertemu dengan sahabat lama yang telah terpisah selama hampir 20 tahun. Ustaz Zainal Ábidin, mudir dan pengasas Madrasah El-Muhajirin. Semalam ( 10.Dec.2008) ketika singgah makan di Mekong Restorant saya bertemu pula dengan Sdr Azri , Dr Ismail exco Kerajaa Negeri Kedah yang mengetuai rombongan Amal, Ahli jamaah Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya dan Ahli jamaah surau Al-Ikhwan Kuala Lumpur. Kemudian malamnya kami ke perkampungan Islam jalan Chenang. Di sana saya bertemu pula dengan Sdr Azhar orang kuat EZQ. Beliau adalah rakan saya ketika sama-sama belajar di Pakistan pada tahun 1986. Beliau datang ke Kemboja atas urusan mengendalikan konsert Devotees. Disamping itu kami sempat beramah mesra dengan Kumpulan Devotees, anak-anak muda yang berkarya melalui nasyid. Alhamdulillah..dunia ini terasa sangat luas dan lapang dengan nikmat persaudaraan dan akan sangat sempit bila dipenuhi dengan hasad dan permusuhan.
Insyallah..berita penuh tentang lawatan dan sedikit terjemahan dari sebuah buku berbahasa Inggeris Öukubah" yang menyentuh tentang sejarah kekejaman Pol-Pot keatas orang-orang Islam diKemboja akan saya coretkan disini.

09 December 2008

Salam Áidil Adha dari Kemboja

6. Dec.2008 yang lalu kami seramai 14 orang berlepas ke Phnom Penh untuk atas misi kebajikan. Tabungan Amal,Yayasan Amal dan Pusat Pendidikan As-Syafie Bandar Jengka antara badan yang menyertai rombongan ämal"ini.

Rombongan kami telah berselesih dengan rombongan dari Pas Kawasan Indramahkota yang telah ke kemboja pada 3 dec yang lalu. Saya difahamkan oleh YDP Kawasan Indramahkota Sdr Hj Nasrun, misi kebajikan mereka kali ini ialah untuk memenuhi program khatan sempena musim cuti sekolah di kemboja.

Rombongan kami telah dibawa untuk menunaikan Ibadah korban di kampung-kampung disekitar Wilayah Kompot. Dua malam berada diperdesaan yang dikelilingi sawah padi yang sedang menguning, memberikan kami kesegaran yang tidak terhingga. Layanan masyarakat setempat ditambah pula dengan masakan yang lazat menambahkan lagi syukur kami akan erti persaudaraan sejagat.

9. Dec.2008 kami dibawa menziarahi Pusat Pendidikan Islam El-Muhajirin di Kampong Som. Pusat Pendidikan ini dikendalikan oleh Ustaz Zainal Ábidin. Pusat pendidikan yang mempunyai seramai 500 orang pelajar ini beroperasi dengan pembiayayaan hasil dari sumbangan orang ramai. Pada Ogos 2008 tragidi kebakaran telah menimpa pusat Pendidikan mengakibatkan sbanyak 35 buah Pondok kediaman pelajar telah hangus. Kerugiaan dianggarkan sebanyak RM 20,000.00. Dengan Itu Ustaz Zainal Ábidin merayu mana-mana pihak yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan kepada sekolah beliau.

Ustaz Zainal Abidin sebenarnya sahabat lama saya ketika menuntut di Pondok Pasir Tumboh sekitar tahun 80an dahulu. Kegigihan beliau membangunkan Pusat pendidikan tersebut ditengah-tengah hambata kemiskinan masyarakat setempat amat mengkagumkan saya da rombongan.

Petang 9.Dec.2008 rombongan kami bertolak kembali ke Phenom Penh. Kesempatan kembali ke Phenom Penh memberikan peluang kepada kami blogers pahang ( Ustaz Fadhli,Ust Aris Fezol dan Ustaz Aris Hazelan) membuat up-date kepada blog masing-masing sebelum berita penuh sekembalinya kami ketanah air pada 11.Dec nanti Insyallah. Salam Áidil Ada dari kami.