27 June 2009

PAS mesti dapat mengawal secara terus menerus 4 gelanggang yang dikuasainya.


2. Ruhani.

Perkara kedua yang dimiliki Pas dan tidak dimiliki oleh Umno ialah Ruuh perjuangan. Oleh kerana perjuangan Umno tidak bertunjangkan hujjah dan dalil maka tidak ada suatu yang boleh dihayati secara "Rohani". Berbeza dengan Pas. Disebabkan asas dan dasar perjuangannya bersumberkan tuntutan yang terdapat di dalam Al-Quraan dan As-Sunnah, maka ianya dapat dihayati secara ruuh. Justeru itu ahli-ahli Pas sejak dahulu menyakini apa sahaja kerja dan aktiviti politiknya adalah jihad dan pengorbanan untuk agama Allah. Mereka sejak dahulu diasuh kerja tanpa upah. Bahkan setiap kali Pas memerlukan dana, mereka berlumba-lumba menghulurkan sumbangan sekadar yang ada. Acap kali juga Umno menyindir Pas sebagai parti "pengemis" kerana menadah kopiah setiap kali ceramah di adakan.


Dengan jiwa rohani ini lah Pas terus berkembang. Dengan menadah kopiah Pas dapat membangunkan markas demi markaz, pusat-pusat pendidikan pas, samaada Pasti, sekolah rendah atau pondok-pondok. Diwaktu itu belum ramai ahli-ahli koprat yang menyertai Pas, namun Pas terus melangkah dengan jiwa pengorbanan yang penuh yakin akan balasan dan ganjaran Allah swt.


Menjelang Pilihanraya pemuda-pemuda dan petugas-petugas Pas sanggup bersekang mata demi mempastikan kerja-kerja jihad pilihanraya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penampal poster sanggup panjat pokok kelapa hatta pokok Tualang tanpa sebarang upah. Jiwa mereka puas dapat menyumbang tenaga untuk agama Allah. Penceramah Pas sanggup berceramah dua tiga kali semalaman tanpa bertanya duit saguhati mereka. Dalam hidup mereka tiada istilah alaun perjalanan atau kerja lebih masa. Dalam gelanggang ini Umno tidak mampu menyaingi Pas. Bagi petugas Umno segala-galanya "upah". Menampal poster mesti upah dan menanggalkan kembali poster selepas pilihanraya juga upah. Budaya "Upah" yang diamalkan Umno sejak merdeka telah membunuh jiwa rohani ahli-ahli mereka. Kerana itu mana-mana bahagian atau cawangan umno yang kekuraangan wang, jentera pilihanrayanya akan lumpuh bahkan sebagai tanda protes mereka berpaling kearah Pas atau mana-mana parti lawan.


Pas mesti meneruskan usaha pentarbiyyahan rohani ini. Semangat jihad perlu terus dikobarkan. Semangat infaq dan derma kilat harus diteruskan walaupun sudah ramai ahli-ahli koprat dalam Pas dan sudah ramai pimpinan Pas menduduki kerusi YB. Jika Pas leka atau terpengaruh dengan mana-mana gerakan sehingga mengabaikan tarbiyyah ruhiyyah ini maka pas terpaksa bertarung dengan Umno dalam gelanggang yang dikuasai Umno.Pastinya Pas akan kalah.


bersambung ke siri 3


No comments: