06 July 2009

Belajarlah dari buku Politik kalaupun bukan dari Kitab.


Petang tadi saya sempat menonton berita petang saluran dua. Sekilas berita memaparkan perarakan penamaan calon kedua-dua belah pihak di Manek Urai. Ramai sahabat-sahabat yang telah berlepas ke Manek Urai untuk memberikan sokongan kepada Pas dan calonnya Abe Uji. Saya masih dok berkira-kira untuk turun pada 8 Julai sehingga hari memngundi. Bukan sengaja nak lewat-lewat tapi disebabkan Pondok saya baru saja selesai mengadakan Ihtifal pada sabtu lepas, maka sudah tentu banyak perkara yang saya perlu selesaikan sebelum berlepas ke Manek Urai dengan hati yang lega.Dalam sekilas lens kamera menyapa wajah Abe Uji, segera saya teringat keceluparan pemimpin Umno yang kononya cuba merendah-rendahkan abe Uji dengan kata-kata “ peraih ikan calon Pas di Manek Urai".

Melihat kepada kenyataan pemimpin Umno sejak dulu hingga sekarang, saya kira tidak banyak fikrah yang berubah dalam tempurung kepala mereka. Samaada mereka tidak cuba belajar memahami sesuatu atau sememangnya fikrah kejahiliyyahan itu sememangnya diwarisi Umno melalui ganetik. Nampaknya darah kejahiliyahan itu mengalir terus kepada setiap generasi yang bermazhab Umno.

Dulu semasa Pas mula-mula merampas Kelantan daripada Umno, dan Tok Guru dilantik sebagai ketua Kerajaan Negeri. Riuh rendah pemimpin Umno disetiap ceruk rantau, bermula daripada pejabat Umno di PWTC hinggalah JKK Umno Ulu Tembeling dan Gua Musang memperlekehkan penampilan Tok Guru dengan serban dan kain pelikatnya. Kononnya bagaimana Tok Guru yang serebeh dengan kain serban boleh menerajui dan mengemudi kerajaan negeri.

Selepas hampir dua puluh tahun Tok Guru mempamirkan gaya kepimpinan yang cemerlang dan disegani, serta Berjaya pula melaksanakan dasar-dasar Islam dan pentadbiran yang bersih, tiba-tiba muncul lagi suara-suara pemimpin Umno yang memperlekehkan calon Pas Manek Urai. Sekurang-kurangnya mereka belajar daripada apa yang mereka saksikan kalaupun tidak belajar dari kitab.

Buku Politik Malaysia telah sarat dengan berbagai fakta dan sejarah yang direkodkan, bagaimana pemimpin Umno yang bergaya dengan Nick-tie dan coat terpaksa ditendang keluar dari UMNO kerana terlibat dengan politik wang. Bekas ketua menteri Melaka yang segak dan bergaya ala Shah Rukh Khan itu akhirnya kecundang dengan derama yang mengaibkan. Bagaimana bekas Menteri yang berpakaian smart boleh raba punggung perempuan. Bekas menteri besar Selangor yang berketerampilan ala Ahli tinju boleh terlibat dengan adegan membawa lari anak dara orang. Itu belum disenaraikan kegiatan anak-anak pemimpin Umno yang smat-smat dan bergaya itu. Selama Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dengan serbannya itu berapa kali Punggung anak dara orang diraba?, sebanyak mana duit kerajaan Negeri disonglapnya? Pernahkah sidang Dewan Negeri gagal bermesyuarat kerana kelemahan Tok Guru yang berserban itu ?. Sebanyak mana wang PPRT digelapkan oleh Tok Guru?Tak kan buku “Politik Nyata” itu gagal dibaca oleh Umno? Tak “sebenak” itu Umno sehingga terpaksa mengulangi kembali ucapan jahil mereka terhadap Abe Uji.

Betul Abang Uji peraih Ikan (dulunya), betul abang Uji bukan lulusan Ir atau PhD. Tapi penduduk Manek Urai bukan mahukan sebuah bas dua tingkat yang mewah, driver yang berpakaian kemas tetapi kaki botol. Mereka tahu mereka tidak akan selamat jika menumpang bas seperti itu. Biarlah Bas yang sederhana, drivernya berpakaian sederhana tetapi dapat memandu dengan selamat. Sampai waktu solah penumpang diajaknya solah dan memohon keselamatan dunia dan akhirat.

Sudah lah Umno dengan fikrah berkarat itu. Kembali lah kepada reality kehidupan Muslim yang sebenar. Syabas pengundi Manek Urai khususnya pengundi Laklok, Kampung kecil yang dulunya ( 1985 ) saya kunjungi pasar minggunya saban minggu kerana membawa jualan pakaian Bundle. Insyallah beberapa hari nanti kita akan bertemu…

BERWASPADA BUKAN BERMAKNA BURUK SANGKA.


Al-Hamdulillah, Pas baru sahaja melepasi segaris ujian yang menjadi sunnatuLlah kepada mana-mana perjuangan Islam. Oleh kerana Pas sebuah jamaah Islam yang komited dengan dasar Islam, maka sudah tentu ia akan menghadapi banyak ujian berbanding dengan pertubuhan dan partai yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya. Kerana itulah yang dinyatakan oleh RasuluLlah saw, bahawa yang paling banyak ditimpakan bala ( ujian ) ialah para Nabi-nabi, kemudian mereka yang seumpama Nabi-Nabi dan orang seumpama dengan orang yang seumpama dengan nabi-nabi itu dan seterusnya. Oleh kerana Pas adalah sebuah wadah yang meneruskan perjuangan para Nabi maka sudah pastinya Pas akan lebih banyak menghadapi ujian berbanding pertubuhan yang tidak bergerak diatas jalan para Nabi.

Telah banyak ujian yang diharungi Pas sepanjang pengelibatannya dalam dunia Politik Malaysia. Pemimpin dan penyokong Pas telah lali dengan berbagai agenda jahat yang dilakukan terhadap mereka. Sejak dahulu kita menyaksikan petani-petani Pas dinafikan pengagihan baja subsidi oleh pihak kerajaan, projek-projek pertanian difaraidkan sesama pemimpin Umno. Perlantikan jawatan-jawatan kampung dan Masjid dipilih dikalangan ahli-ahli Umno,Anak-anak orang Pas digugurkan daripada senarai layak menerima biasiswa kerajaan. Ustaz-ustaz Pas dihalang daripada menyampaikan khutbah atau kuliah di Masjid-masjid. Kakitangan kerajaan yang dilihat menyokong Pas akan diposting kewilayah dan daerah terpencil serta disekat kenaikan pangkat mereka. Pemimpin-pemimpin Pas sentiasa diintai oleh ISA. Mereka akan diangkut ke kemunting dengan alasan mengancam keselamatan Negara. Pas difitnah bertubi-tubi melalui akhbar dan TV yang dihak milikkan kepada UMNO. Pendek kata sebutlah apa jenis ujian yang belum Pas hadapi. Bermula daripada usaha menyekat subsidi hinggalah kepada ISA dan seterusnya "pembunuhan", seumpama kes Samad Gol, Lubuk Merbau dan Memali. Hatta sehingga Pas yang telah berjaya meguasai dua kerajaan Negeri pun masih di buli oleh UMNO selaku Kerajaan Pusat.

Apa yang saya sebutkan itu adalah senarai pendek ujian yang dihadapi Pas dari Luar. Manakala ujian dari dalam terus berlaku dari masa ke semasa. Samaada dilakukan oleh "orang luar"yang "menyusup kedalam" atau kerana kelemahan "orang dalam" yang tergiur dengan janji-janji "orang luar" sehingga mereka sanggup memecahbelahkan saf jamaah mereka sendiri. Al-Hamdulillah. Oleh kerana dasar perjuangan Pas ini adalah Al-Quraan, maka Allah akan tetap memelihara Pas sebagaimana Allah memelihara Al-Quraan daripada sebarang penambahan dan pengurangan. Tetap akan ada para huffaz yang menyedari usaha-usaha meminda Al-Quraan. Begitulah juga tetap akan ada Pimpinan atau ahli Pas yang menyedari adanya usaha-usaha yang tidak jujur dalam Pas. Bersyukurlah... Allah sayangkan jamaah ini, maka kita sayanglah apa yang disayangi Allah.

Walaupun kita sentiasa dibantu Allah melepasi berbagai ujian, namun sentiasalah berwaspada. Berwaspada terhadap Nafsu, Dunia, Syaitan dan Manusia. Berwaspada bukan bermakna berburuk sangka, tetapi berwaspada bermakna usaha memelihara jamaah daripada diperdaya. Terpedaya dengan nafsu kita akan tergelincir dari jalan Allah. Terpedaya dengan dunia kita akan lalai dan leka, terpedaya dengan syaitan kita akan melupai Tuhan dan perjuangan, terpedaya dengan Manusia kita akan binasa.

01 July 2009

Bila Syaitan menangis teresak-esak




TANGISAN DAN JERITAN MEREKA BUKAN BERMAKNA MEREKA SERIK...AWASLAH AHLI PAS.

Baru-baru ini riuh rendah disegenap penjuru dunia dengan kekalutan Iblis dan anak-anak buah syaitannya. Tenaga-tenaga syaitan yang difikirkan perlu dikerah sekeras-kerasnya untuk menjayakan agenda mereka memecahbelahkan PAS. Tajuk operasinya ialah "Cerai beraikan PAS dengan Ops UG". Taklimat demi taklimat diberikan oleh jenderal Syaitan. Stratigi disusun serapi mungkin untuk operasi ini. Syaitan yang pakar-pakar dikumpul dalam satu team untuk tujuan ini. "Inilah peluang kita" kata jeneral dengan penuh bersemangat. Jika kamu semua berjaya pecahkan pas sehingga terbentuknya "team tok guru Nik Aziz" disatu pihak dan team "Tok Guru Haji Hadi" disatu pihak yang lain, maka kamu semua akan dianugerahkan penganugerahan yang besar beserta bonus gaji 10 tahun. Jika kamu berjaya pula mengheret group yang berkecuali keluar Pas kerana frust dengan kedua-dua team tersebut maka kamu akan diberikan sanjungan besar beserta 1000 ekar ladang Babi yang belum selsema. Maka bertempik dan bersoraklah petugas-petugas syaitan yang berselerakan diseluruh pelusuk dunia menyambut janji-janji jeneral mereka, walaupun mereka sendiri tahu jeneral-jeneral mereka memang pendusta kelas 1 termasuk mereka sendiri.

Maka bertungkus lumuslah para syaitan dengan kepakaran masing-masing. Yang pakar tentang IT dan mahir pula dengan dunia blog, akan mempengaruhi blogers-blogers yang cenderung kepada TGNA agar mencemuh dan memaki TGHH. Manakala sekelompok syaitan yang lain akan mendatangi blogers yang cenderung kepada TGHH agar mencela TGNA. Syaitan yang jadi khadam peringkat bawahan pula membisikkan kepada peminat blog-blog agar jangan lupa membuka blog-blog tersebut, dan jangan lupa agar memburuk-burukan kedua-dua tokoh tersebut bila bersembang dikedai kopi.

Syaitan-syaitan betina yang dah putus haid pula dikehendaki mendatangi ahli-ahli Pas yang berkecuali agar jadi serabut dengan keadaan itu. Kepada mereka dibisikkan rasa serabut, bosan dan menyampah dengan situasi tersebut, sehingga bertekad keluar daripada Pas.

Syaitan yang pakar dengan dunia penyiaran dan kewartawanan diminta mendampingi para-para wartawan. Kepada mereka dibisikkan agar menulis sesuatu yang menyebabkan kedua pihak semakin berantakan, ahli semakin goyah, kelab penyokong Pas mula lari dari Pas dan rakyat umum terlupa kepada kenazakkan UMNO.Harapan Iblis, Syaitan, musuh-musuh Islam dan Para Munanfik ialah ingin melihat Pas hancur berkecai sebelum sampai kepelabuhan.

Alhamdulillah... akhirnya satu perjumpaan diadakan. Semua pimpinan sebulat kata dan sehati melontar hasutan syaitan sejauh-jauhnya dari saf Pas. Semua ahli Pas kembali tenang dibelakang Imam mereka dengan lafaz "Amiin" yang serentak dan senada. Tatakala semua mereka sujud kepada Allah Yang Satu, maka meraunglah Iblis diiringi jeritan keras para syaitan-syaitan dengan penuh kehampaan. Namun mesyuarat Post Mortem segera diadakan dan satu perancangan baru sedang dirangka. Jeritan dan tangisan mereka bukan bermakna mereka jemu dan serik. Justeru itu awaslah wahai ahli Pas.....