26 October 2008

Tanda-tanda kiamat siri 1.

Para Ulama' ikhtilaf mengenai pembahagian tanda-tanda kiamat. Antara mereka ada ulama' yang meletakkan satu tanda itu dalam kumpulan tanda-tanda kecil kiamat, sedangkan ulama' yang lain memasukkannya kedalam kumpulan tanda-tanda kiamat yang besar. Disamping itu berlaku pula perselisihan pendapat tentang pembahagiannya. Ada Ulama' yang membahagikan tanda-tanda kiamat itu kepada 2 pembahagian, ada yang membahagikannya kepada 4 bahagian bahkan ada yang menyatakan bahagian tanda-tanda kiamat itu 7 bahagian. Penulisan ini tidak bercadang menyimpulkan manakah antara pendapat-pendapat itu yang lebih tepat.(1). Saya cuma ingin mengajak pembaca semua meneliti tanda-tanda Kiamat, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Antara tanda-tanda itu ialah;

1. Pengutusan RasuluLlah saw.
Rasulullah saw bersabda; " (waktu) aku diutus dan (terjadinya) kiamat seperti jarak antara dua hal ini. Perawi berkata: "baginda pun membuat isyarat dengan kedua jari baginda lantas merenggangkan keduanya".(2).

Hadis yang hampir sama diriwayatkan juga oleh Anas bin Malik r.a. (3). Imam Al-Qurtubi berkata; awal tanda kiamat itu adalah diutuskan Nabi akhir zaman. Baginda diutus, sedangkan renggang waktu antara diutusnya baginda hingga kiamat tidak ada lagi Nabi."

2. Wafatnya Nabi.

Kewafatan Nabi juga merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Dalam satu hadis dari Auf bin Malik, beliau berkata; RasuluLlah saw bersabda; " Hintunglah enam hal yang akan terjadi menjelang kiamat, kewafatanku,penakklukan kota Baitul Maqdis, banyaknya kematian....".(4)

3. Penaklukan Baitulmaqddis.

Diantara hadis yang menyebut tentang penaklukan Baitulmaqdis sebagai salah satu tanda daripada tanda-tanda kiamat ialah hadis diatas.

Penaklukan Baitulmaqdis ini telah pun berlaku di zaman 'Umar bin Al-Khattab iaitu pada tahun 16 Hijrah. Namun begitu, penaklukan Baitulmaqdis akan kembali berlaku iaitu ketika zaman Al-Mahdi mengalahkan golongan Yahudi.
4. Terbelahnya Bulan

Dalam surah Al-Qamar ayat 1-2, Allah telah menjelaskan tentang peristiwa terbelahnya bulan disaat-saat hampirnya Kiamat.

Ibanu Masud berkata; ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua belahan. Satu belahan dibelakang gunung, sedangkan satu belahan lagi di bawahnya. Maka RasuluLlah saw bersabda kepada kami;
"saksikanlah".(5).

Anas meriwayatkan; Penduduk Makkah meminta RasuluLlah saw menunjukkan kepada mereka satu Mukjizat, maka baginda menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan dua kali.(6). NASA melalui Apollo 10 pernah mengambil gambar bulan dalam bentuk imej yang jelas. Ternyata kelihatan cukup jelas bahawa bulan pernah terbelah dan bercantum semula.

Nota:

(1). Hadis riwayat Muslim menjelaskan 10 tanda-tanda menjelang kiamat. Lihat Kitabul Fitan Wa syarastis Sa'ah m.s 27-28.
(2). Riwayat Bukhari (m.s 6503) dan Muslim (m.s 2950)
(3).Riwayat Muslim (m.s 2941)
(4). Riwayat Bukhari (m.s 3176) Ahmad (m.s 2: 3465)
(5).Riwayat Muslim.
(6). Riwayat Muslim.

No comments: