Mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia tidak terlepas daripada disusupi musuh, baik secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi ( sementara belum ada kekuatan). Keadaan ini tidak terkecuali berlaku dalam jamaah Pas. Dalam usia Pas 57 tahun, telah banyak pengalaman yang dilalui oleh Pas. Pengalaman berdepan dengan musuh-musuh dari luar jamaah mahupun musuh yang berada dalam urat saraf jasad Pas. Alhamdulillah.. sepanjang usia itu telah banyak pertolongan Allah. Allah tetap menyelamatkan jamaah yang diasaskan atas dasar taqwa ini. Jamaah yang telah mewakafkan ramai tenaga pejuangnya sebelum sampai ketahap ini. Bukan setitis dua darah dan airmata orang-orang Pas yang tumpah. Bukan seorang dua anggota dan pimpinan Pas yang ditahan di dalam ISA. Tidak sedikit isteri dan anak-anak pejuang Pas menderita lantaran penahanan ayah-ayah dan suami mereka. Bukan setahun dua orang-orang Pas menderita lantara dasar diskriminasi politik yang diamalkan oleh BN sebagai manifistasi dasar sakularismenya itu. Namun Alhamdulillah..berbekalkan keyakinan dan iman orang-orang Pas tetap memberikan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Pas.
Kerisis Politik di Kelantan pada tahun 1977 telah menyebabkan Pas hanya tinggal 2 kerusi DUN dan hanya 1 kerusi di Parlemen. Namun pernahkah ahlipahli Pas merasa putus asa?, pernahkah mereka mengeluh? pernahkah mereka melompat parti kerana mencari subsidi politik murahan?. Tidak..mereka merangkah dan bertatih bangun. Tiupan semangat yang muncul dari kuliah-kuliah, khutbah-khutbah dan ceramah-ceramah pimpinan Pas, khususnya pada era kepimpinan Ulama bermula, telah memberikan nafas dan tiupan iman yang tidak sedikit kesannya kepada orang-orang Pas. Tamrin-tamrin dan mukhayyam tarbawi serta usrah-usrah aktif dimana-mana, hatta dikampung yang tidak ada cawangan Pas. Waktu itu sumber ekonomi pas hanya dengan menadah kupiah putih disetiap ceramah-ceramah Pas. Walau diejek dan dipersenda oleh Pimpinan Umno, namun Pas terus bergerak dengan satu keyakinan yang membara bahawa suatu hari nanti perjuanngan ini pasti akan mencapai kemenangan. Saat itu belum ramai ahli-ahli koprat dan profesional yang sanggup menyertai Pas. Pas dilihat sebagai parti kampungan dan hanya diminati oleh pak-pak lebai. Golongan yang berpendidikan luar negeri lebih cenderung menyertai IRC (kemudiannya didaftarkan sebagai JIM), manakala yang mendapat pendidikan pusat pengajian tinggi dalam negeri lebih cenderung menganggotai ABIM. Kedua-duanya dilihat sebagai pengkalan group elit Islam. Pas?..hanya jamaah kampungan yang disertai oleh lebai-lebai pondok dan bekas-bekas pelajar timur tengah. Mukahyyam dan Ijtima' Pas hanya dikebun-kebun getah atau tapak sawah kering. Alhamdulillah...denai sukar yang dilalui Pas telah menjadi kurikulum Tarbiyyah yang mahal harganya kepada orang-orang Pas. Niat mereka hanya satu iaitu ingin melihat tertegakkanya "daulah islamiyyah" di bumi Allah yang bernama Malaysia ini. Orang-orang kampung datang naik lori jika ada ceramah Pas. Mereka datang untuk dengar penceramah-penceramah Pas menyampaikan keyakinan dan suntikan semangat kedada mereka yang telah sedia kaya dengan semangat dan kesedaran. Bersila atas rumput dengan ditemani gigitan nyamuk, tak kesah bagi mereka. Puas hati mereka, lega perasaan mereka bila tok-tok guru atau penceramah bacakan sepatah dua ayat-ayat quraan atau hadis bagi memperjelaskan perjuangan Pas adalah jihad yang mahal harganya disisi Allah. Satu sessi ceramah cukup untuk menjadi pemanas perjuangan mereka berbulan lamanya. Mereka "orang kampung". Tidak ada dua dalam tujuan perjuangan mereka. Mereka mahu lihat bumi malaysia ini mengharamkan apa yang "quraan" kata haram, dan menghalalkan apa yang quraan kata halal.
Panas tidak semestinya sampai kepetang. Apatah lagi perjuangan Islam yang sememangnya sentiasa di uji oleh Allah. Muncul berbagai-bagai aliran pemikiran sehingga menyentap wala ahli Pas kepada Pimpinan. Pemikiran yang berorentasikan semata-mata "mahu menang". Yang penting kita menang dulu. Bila dah menang kita laksanalah apa yang terkandung dalam quraan dan hadis. Sebelum menang kita jangan kata haram, walaupun sememangnya haram. Jangan sebut Negara Islam, nanti orang yang bukan Islam lari dari kita. Muslimat-muslimat Pas jangan muncul dengan pakaian bertudung labuh, apatah lagi berjilbab. Kerana imeg begitu akan menakutkan mereka kepada Pas. Tak payah terlalu banyak membuang masa dengan usrah-usrah dan tamrin, yang penting organisasi mantap dan gerakkerja pilihanraya bersistematik. Orang-orang Pas yang berkereta buruk jangan tanpal sticker-sticker Pas, kerana umum akan melihat betapa dhaifnya Pas. Kalau dhaif, macamana nak memerintah negeri dan Negara. Pas perlu keluar dari kepompong ortodoknya itu. Barisan kepimpinan mestilah mereka-mereka yang berfikrah baru. Fikrah yang tidak fikir sangat ini haram itu haram. Mereka mesti memiliki pemikiran baru iaitu "fikrah hadhari". Pemilik-pemilik fikrah baru ini perlu dicatur supaya dapat berada di posisi yang penting dalam jamaah. Akhbar mirip jamaah perlu memberikan mereka ruang yang selesa untuk mempercambahkan fikrah ini kepada ahli.
Inilah rupa bentuk cabaran baru dalam jamaah Islam. Atas nama pembaharuan dan pendekataan profesional, bukan sahaja tradisi yang dirombak, bahkan hukum agama juga mungkin "dikaji semula". Kalau dulu mereka mencuri ahli jamaah ( ahli yang agak perpendidikan) untuk dibawa keluar dari jamaah dan menyertai mereka. Kini mereka berada dalam tubuh jamaah menghisap saki baki semangat Islam dan tarbiyyah lama tok-tok guru dari jiwa ahli-ahli jamaah. Akhirnya munculllah dua wala' dalam jamaah. Jamaah dalam jamaah. Mesyuarat selepas mesyuarat dan banyak lagi perkara yang serba dua. Jamaah perlu nyalakan kembali api tarbiyyah. Biarlah orang kata ketinggalan. Namun dengan tarbiyyah itulah Pas telah sampai ketahap sekarang....
Jangan lupa diri..Kutip kembali harga perjuangan yang terlerai itu.
No comments:
Post a Comment