08 October 2008

Doakan saudara kita di Afghanistan.


Hari ini 7 Oktober 2001, Amerika memulakan serangannya dan pencerobohan ketenteraan keatas Afghanistan. Serangan itu dilancarkan dengan alasan untuk menumpaskan kumpulan "penganas" al-Qaeda. Washington sebelum itu telah menuduh Al-Qeada sebagai dalang dan perancang kepada serangan WTC pada 11 september di New York. Walaupun akhirnya Amerika berjaya menumbangkan kerajaan Thaliban, namun sehingga kini mereka gagal memberkas Osama bin Laden.

Serangan ganas Amerika dan tentera negara pegampu hanya berjaya memusnahkan bumi Afghanistan dan menumbangkan Thaliban serta membunuh orang awam. Namun mereka gagal dan selamanya akan gagal membunuh ruh jihad dari dada para Mujahidin Islam Afghanistan. Sejarah moden sebelum ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya kuasa besar Russia ditangan Mujahidin. Sedangkan masyarakat umum dunia sedia tahu betapa gahnya Soveat Russia dengan teknologi persenjataannya. Di bantu oleh komunikasi tentera yang diwar-warkan hebat itu akhirnya terpaksa rebah hina kepada laungan "Allahu Akbar" para Mujahidin Afghanistan.

Sejarah yang memalukan itu disusuli pula dengan keruntuhan gabungan Soviet yang sebelum ini di anggap "tabir besi dunia". Satu demi satu wilayah-wilayah yang sebelum ini setia (dengaan terpaksa) kepada Soveit akhirnya menuntut kemerdekaan masing-masing. Peristiwa aib itu tidak berhenti sekadar itu. Dunia menyaksikan pula bagaimana ideologi "komunisme" yang menunjanggi seluruh dasar pentadbiran negara beruang merah itu akhirnya turut tersingkir dan runtuh sehingga layak diletakkan digaleri muzium untuk tatapan dan kajian sejarah generasi akan datang.

Mujahidin Afhganistan yang berbekalkan roti kering yang dikongsi beramai-ramai itu akhirnya berjaya memalukan bukan hanya soviet, bahkan seluruh dunia kuffar. Mereka berjaya membuktikan kepada dunia (termasuk pemimpin Islam yang sakular) bahawa bekalan "taqwa" mengatasi segala bekalan perang yang ada. Mereka berjaya mengulangi kembali putaran sejarah Islam dizaman Rasulullah saw dan sejarah selepas baginda, bahawa Iman dan Taqwa menjadi asas yang paling penting dalam memacu kemenangan Perjuangan Islam. Senjata yang hebat dan strategi perang yang terkini tidak akan sampai kemana jika dipikulkan kepada tentera dan pejuang yang lemah iman dan taqwanya. Di sinilah pentingnya Tarbiyyah Imaniyyah dan Akhlaqiyyah kepada pejuang Islam. Hanya orang-orang yang ditarbiyyah sahaja yang mampu memikul perjuangan ini sampai kepenghujungnya melepasi sempadan taknikal dan Pilihanraya.

Doakan saudara-saudara kita di Afghanistan sempena pencerobohan keatas kedaulatan dan maruah negara mereka pada hari ini tujuh tahun yang lalu. Ambillah iktibar atas kehebatan perjuangan mereka. Walaupun tubuh mereka lemah namun jiwa mereka kaya dengan taqwa. Itulah kemuliaan dan harga diri mereka. Orang yang kelihatan hebat penampilannya dan bercakap dengan bahasa elit yang memukau jika tanpa taqwa, tidak akan ada nilainya disisi perjuangan ini.

No comments: