18 October 2008

Pelajar tendang guru dlm negara sakular bukan Issue.

Di tengah-tengah kesibukan pemimpin negara tajaan imam hadari memekik pasal "modal insan", maka saat itulah negara dikejutkan dengan berbagai insiden berkaitan kebiadapan pelajar-pelajar. Maka terlondehlah "modal insan" sehingga bukan setakat modal yang bankrup bahkan insan itu sendiri sudah "ghaibul Ghuyub". Kini pelajar-pelajar di negara ini terdedah kepada sikap "kebinatangan". Saya percaya, selepas insiden pelajar tendang guru di Perlis beberapaa hari yang lalu, akan muncullah pakar-pakar akademik memberikan pandangan-pandangan "bijak" mereka. Pihak kerajaan sudah tentu akan memberikan komen. Tapi apa pun komen yang diberikan kesimpulannya hanya satu iaitu "kerajaan tak salah". Yang salah ialah Ibu Bapa yang sudah lalai memberikan pendidikan moral kepada anak-anak mereka. Ibu Bapa akan kata guru gagal membentuk modal Insan kepada anak-anak mereka. Ahli-ahli akademik dengan ditemani pengacara tv akan memberikan komen ilmiah sambil berpusing-pusing diatas kerusi pusing dalam studio. Para ustaz-ustaz akan berforum, sambil menekankan betapa pentingnya "pengasuhan Modan Insan" untuk melahirkan manusia yang cemerlang, gemilanng dan terbilang". Selesai debat di akhbar, forum di Tv dan beberapa diskusi-diskusi ilmiah, isu tersebut akan reda. Guru-guru lupa dengan insiden itu, Ustaz-ustaz pun dah bincang isu-isu lain yang lebih penting, ibu bapa lupa dan semua rakyat pun lupa. Dasar pendidikan masih cara lama. Usaha dan tusyen mencapai kecemerlangan "skor A" diwar-warkan dimana-mana. Isu pelajar biadap tendang guru tidak lagi diberi perhatian. Lain lah kalau isu Nik Adli rotan pelajar atau pelajar sekolah agama ditangkap mencuri disupermarket. Pastinya menjadi liputan berita yang panas dan disiarkan berulang-ulang kali.


Kesimpulannya bagi saya mudah saja. Malaysia ni negara sakular ( seperti yang ditegaskan oleh pemimpin negara berulang kali). Maka semua sistemnya dibangunkan di atas dasar kesakularannya itu. Pentadbirannya, undang-undangnya, sistem ekonominya, sosialnya dan termasuk sistem pendidikannya. Bagi sakular "agama hendaklah diasingkan daripada urusan negara". Agama tidak sesuai untuk berada dikerusi yang menerajui urustadbir negara. Kalau agama yang menentukan undang-undang maka undang-undang itu akan jadi zalim, kalau agama yang menerajui urusan ekonomi, negara tidak akan membangun,kalau agama yang menerajui urusan budaya dan sosial, maka pelancung akan takut untuk datang ke negara ini. Kalau agama yang menentukan dasar pendidikan, maka negara akan lemas dalam soal-soal halal haram. Sedangkan bagi sakular halal-haram itu akan mengikat kaku negara daripada melonjak menjadi negara maju dan membagun. Agama hanya sesuai sebagai kepercayaan individu sahaja dan lingkungan prektikalnya hanya berkisar dimimbar dan koridor masjid sahaja.

Apabila subjek agama tidak diberi ruang yang sebenar untuk mencorak dasar pendidikan maka jadilah pelajar-pelajar sebagai "manusia buta agama". Bukan menjadi satu kepelikan atau isu bila diberitahu orang buta jatuh longkang, orang buta langgar tiang atau orang buta terjun telaga. Kalau diberitahu kepada wartawan pun mereka tak akan tulis berita seumpama itu. wartawan akan jawab; "Anjing gigit orang bukan berita, tapi kalau orang gigit kaki anjing maka itu satu berita". Bila negara menggariskan satu dasar pendidikan "buta agama" maka tak payah sibuk jika ada pelajar beromen dalam kelas depan guru, atau pelajar perempuan hisap rokok, pelajar jual tubuh kerana nak beli handphone mahal, atau pelajar hentak kepala guru. Biasa la tuu. Bila kita dah butakan mereka dari soal-soal halal dan haram, syurga dan neraka, dosa dan pahala maka apa nak dihairankan lagi jika mereka melakukan perkara-perkara yang haram.


Mnusia tidak cukup dengan "sekadar pendidikan moral sahaja" untuk "memanusiakan" mereka. Kalau manusia ini memadai dengan pengasuhan moral atau sivik sahaja, maka tidak perlu diutuskan Nabi Muhammad yang datang dengan pegasuhan akidah,iman, adab dan Ibadah serta kenegaraan. Manusia sebelum rasulullah pun sudah ramai yang bijak-bijak soal moral dan sivik. Tapi oleh kerana untuk "memanusiakan" manusia tidak dapat tidak wajib diasuh melalui agama maka subjek agama hendaklah dijadikan pendidikan teras kepada seluruh subjek-subjek lain.

Kemana lagi hendak kita menoleh mencari penyelesaian soal akhlak pelajar-pelajar kita. Nak tanya pandangan negara sakular barat?. Tak payah, kerja pandir namanya. Apa pandangan yang kita perlu dari mereka?. Nak dengar mereka nasihati kita agar guru-guru dibenarkan bawa pistol kesekolah untuk mempertahankan diri?. Bila datang isu guru-guru sewenang-wenangnya tembak pelajar degil dalam kelas, mereka nasihati kita pulak agar pelajar-pelajar pun dibenarkan bawa M16 bertujuan mempertahankan diri mereka dari pembulian guru-guru. Akhirnya sekolah negara kita jadi medan perang yang dahsyat.

Kita ni siapa?. Sebahagian besar pemimpin negara kita tu siapa?. Kita semua orang Islam kan. Dah tu mengapa tidak kembali kepada penyelesaian Islam. Susun kembali pendidikan agama dinegara kita. Kemaskan kurikulumnya sehingga meliputi dasar Akidah,Ibadah, Muamalah dan Kenegaraan. Jadikan subjek agama sebagai subjek wajib lulus serta perkemaskan program ko-kurikulum agama secara serius. Saya yakin sebahagian besar masaalah kebiadapan pelajar kita dapat diselesaikan. Sebelum semua itu dilakukan hendaklah kita secara yakin membuang mentaliti sakular dari saraf otak kita. Terimalah Islam, ummat ini akan kembali cemerlang.

No comments: