11 January 2009

Zionis Israeil balas dendam bagi pihak Bush



SEJARAH YANG SANGAT MEMALUKAN BUSH ITU TELAH MENJADI TITIK HITAM , MENUTUP TIRAI TAHUN 2008. SEBAGAI DENDAMNYA, BUSH MEMERINTAHKAN ZIONIS MENYINGKAP TIRAI 2009 DENGAN TUMPAHAN MERAH DARAH RAKYAT PALASTIN.
------------------------------------------------------------

Belum ada Presiden Amerika yang dimalukan sebagaimana Bush. Kehebatan pentadbiran Bush dengan dasar-dasar luarnya yang sangat memuaskan hati golongan Yahudi dan Zionis tiba-tiba hancur berderai dengan peristiwa balingan kasut yang sangat memalukan dan menghinakan. Seluruh dunia menyaksikan peristiwa yang gagal diramal oleh CIA itu. Peristiwa yang lebih mengaibkan berbanding rempuhan pesawat terbang komesial ke atas Pantagon ( jika rempuhan itu benar-benar berlaku).

Ummat Islam seluruh dunia yang cintakan Islam dan bencikan kezaliman Bush, mengadakan demonstrasi menyatakan kegembiraan atas insiden tersebut, sambil menjulang replika "kasut" sebagai lambang penghinaan terhadap keangkuhan Bush. Orang yang tentunya paling gembira dengan penghinaan itu ialah rakyat Palastin. Sudah berpuluh tahun mereka ditindas dan bumi mereka dijarah oleh regim Israeil atas permainan politik Amerika. Silih bergantinya Presiden Amerika tidak pernah merubah nasib rakyat Palastin. Belum ada mana-mana Presiden Amerika yang berjaya megurangkan cengkaman Israeil keatas Palastin. Sesungguhnya tiada apa yang dapat dibuat oleh Obama dalam Issu Palastin apabila beliau mengambil alih White House beberapa hari lagi.

Sebagai respon atas sokongan ummat Islam terhadap "penghinaan terhadap Bush" itu, maka satu gerakan terancang, membunuh ummat Islam di Gaza di lancarkan. Tujuannya ialah membalas keaiban Bush, dengan harapan dunia seluruhnya melupai insiden tersebut. Di samping itu mereka mahu dunia Islam seluruhnya sedar bahawa peristiwa balingan kasut kemuka bush, tidak pernah melumpuhkan kekuatan Amerika dalam usahanya memerangi "Penganas Islam" sebagaimana yang diwar-war kan sebelum ini. Tindakan ganas keatas rakyat Islam Palastin juga bertujuan mengheret Iran yang menjadi sekutu kuat Pejuang Palastin kemedan perang. Keberadaan Iran ditengah-tengah negara "Arab yang telah dikasi" itu tetap menjadi mimpi ngeri Israeil dan Amerika. Justeru itu mereka sangat bercita-cita menghapuskan Iran sebagaimana yang telah mereka lakukan keatas Iraq.

OIC dimana?..sesungguhnya yang mampu membela Islam ialah gerakan Islam sahaja. Walaupun mereka bukan sebuah kerajaan, namun kecintaan dan kesungguhan mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, telah menjadi satu jaminan yang menyakinkan bahawa "masa depan Islam" berada ditangan mereka dengan izin Allah. Hanya gerakan Islam yang ikhlas bangun mempertahan Islam dari landaan kuffar. Inilah yang telah kita saksikan di Afghanistan dizaman serangan Soviet. Perkara yang sama berlaku di Iran,Iraq,Mesir, Lubnan, Palastin dan di Negara kita sendiri. Saksikan siapa yang benar-benar membela Islam? kerajaan sakular atau gerakan Islam?

2 comments:

Ayiem said...

Amerika memang setan,israil memang setan tetapi mesir lagi dajal daripada setan kerana memberi lalui kepada israil laknatullah untuk menyerang palestine.

Tindakan israil laknatullah menyerang palestine memang patut dikutuk,tindakan amerika laktullah membantu israil laktullah menyerang palestine juga memang patut dikutuk,tetapi negara-negara umat Islam yang berada disekeliling palestine yang hanya memandang umat Islam dikeroyok juga patut dikutuk....

Sekadar pendapat dari ana.....

Azlan Ahmad said...

Assalamualaikum

sistem nation state yg Ummat Islam pakai sekarang ni mmg tidak memihak kpd Islam. secular, nationalism, democracy semuanya mainan kuffar utk menggari Islam dari tengkuk hingga kaki. dah tiba masanya kita merancang utk kembalikan sistem Khilafah Islamiyyah.