Pagi 24.hb (Rabu) saya bawa isteri dan anak-anak menziarahi pusara ayah,di tanah perkuburan Kampung Delima Wakaf Bharu. Tanpa disedari Sudah 31 tahun beliau pergi meninggalkan ibu, saya dan abang-abang. Masih terasa baru sahaja beliau meninggalkan kami. Masih terasa baru sahaja saat ayah sakit dan kami adik-beradik silih berganti mengurutnya. Saya beritahu anak anak, "ini kubur Tok Chik, tok Chik sayang abah macam abah sayang anak-anak abah. Abah pun sayang Tok Chik macam Abang,walad,Abang Salam dan Deqwah sayang abah". "Nanti abah akan mati macam tok Chik ke? tanya anak saya (Abang Salam dalam gambar sebelah kiri). "Ye,satu hari nanti abah pun akan mati juga, macam tok chik dan orang-orang lain, nanti bila abah mati, abang salam datang la ziarah kubur abah ye".. Anak kecil berusia 4 tahun itu hanya mengangguk. Saya yakin, hari ini dia tidak mengerti tentang mati dan perlunya menziarahi kubur. Namun satu hari nanti dia akan faham. Sama lah dengan saya yang sejak kecil dibawa ayah menziarahi kubur Tok Chik (abah ayah yang meninggal pada tahun 1968 ). Dalam usia 4 tahun ketika itu, saya tidak tahu apa ertinya menziarahi kubur. Apa yang saya tahu, ayah akan duduk lama disisi kubur Tok Chik. Ayah akan sebut kalimah tertentu dan kemudiannya ayah akan berdoa.
Kesempatan cuti ini, saya cuba menjejak sahabat lama yang telah terputus hubungan. Al-Hamdulillah, tidak sukar untuk bertemu Ustaz Ramli, kerana beliau adalah Imam Masjid Kampung Bendang Kerian. Semua ahli kariah tersebut kenal ustaz Ramli. Beliau adalah sahabat yang sama-sama berusrah di Pondok Pasir Tumboh sekitar tahun 80an dan Sama-sama pula berusrah di Al-Ajyad Makkah pada akhir 80an dan awal 90an. Disamping itu tanpa dirancang sempat pula bertemu dengan saudara Man, orang kuat Pas cawangan Bendang Kerian Tumpat. Beliaulah yang selalu ambil dan hantar saya untuk berusrah dengan pemuda-pemuda di kampung beliau. Masa tu kami masih bujang-bujang belaka. Kini Ustaz Ramli telah mempunyai 7 orang Cahayamata, manakala Man pula telah mempunyai 5 orang cahayamata. Kepada anak-anak saya, saya katakan; " ini kawan-kawan abah. Ingat kampung dan rumah mereka,bila abah dah takde,hubungi mereka. Jangan biarkan tali persahabatan abah dengan mereka terputus, kerana sebahagian dari kebaktian anak kepada kedua ibu-bapa mereka ialah menghubungkan tali persahabatan dengan teman-teman ibu dan bapa, selepas ketiadaan mereka".
Malam tadi ( 25. Dec) sempat pula bertemu sahabat yang sama-sama berulang alik ke Masjidil Haram ketika belajar di Bumi Barokah itu pada akhir 80 an. Kini beliau bergelar YB ( Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning, Machang). Dengan beliau saya mempunyai banyak kenangan. Antaranya ialah kami pernah bermalam dicelah-celah batu atas bukit (Jabal 'Aulia' Ajyad Syuth ) kerana mengelak dari Polis Saudi yang naik kerumah-rumah kediaman untuk mencari pendatang yang telah tamat visa umrahnya. Oleh kerana sukar mendapatkan visa belajar, maka kami terpaksa belajar dalam keadaan tiada visa. Maka kena larilah bila pemeriksaan di buat. Ustaz Lutfi adalah sosok tubuh seorang ulama' dan sekaligus ahli politik yang sangat sederhana penampilan kehidupannya. Kepada anak-anak saya berpesan; "Tengaok Khali (pakcik dalam bahasa Arab) lutfi tu.Walaupun bergelar YB, dia tetap datang jumpa abah ditempat yang dijanjikan. Gelaran YB langsung tidak menghalang kemesraan kami macam dulu-dulu. Ingat..tawadhuk adalah sifat yang menjadi rahsia kemuliaan orang-orang yang mulia. Kesombongan adalah punca kehinaan orang-orang yang dihinakan Allah".
Pagi 26 Dec. berakhirlah siri ziarah dan lawatan kami. Bandar Kota Bharu akan kami tinggalkan. Bumi Ulama' ini banyak mencatat sejarah kemuliaan perjuangan ilmu dan Politik di Malaysia. Lawatan kita bukan lawatan Shoping tau, lawatan kita adalah lawatan ukhuwwah,lawatan rohani,lawatan untuk kita belajar dan lawatan kita adalah lawatan untuk kita melihat kebesaran Allah sehingga jiwa menjadi tenang dengannya. Itu ingatan saya buat anak-anak diakhir ziarah tahun ini. Anak-anak kelihatan ceria dengan lawatan ini.Alhamdulillah

1 comment:
Assalamualaikum,ustaz.
Ana sangat berminat dengan idea2 mengenai tarbiyah drp ustaz. Ana berharap dapt dimplementasikan di kampus ana. Jika boleh ana nak tahu lebih lanjut n dapatkan bahan2 tarbiyah dari ustaz
Post a Comment