21 December 2008

FASTABIQUL KHAIRAAT. PERTEMUAN DI BUMI KEMBOJA.

Pertemuan selepas 20 tahun. Ustaz Zainal 'Abidin pengasas Madrasah
El-Muhajirin Kampong Soum Sihanokviel Kemboja. Beliau adalah bekas pelajar
Pondok Pasir Tumboh sekitar tahun 80an, sebelum melanjutkan pengajian
ke Pattani dan Mesir. El-Muhajirin mempunyai 500 orang pelajar.
Dari kiri: Haji Othman (surau Mustaqim selayang),Hj Ibrahim (jerantut), saya,En Idris
Omar ( Pewakaf tapak pusat pendidikan Islam An-Nuur Kuantan) dan
Ustaz Zainal Abidin.

Pertemuan di "Mekong Restoran" sempat bertanya khabar
dengan Sdr Azri,Azraei dan rombongan Amal Selangor.Turut sama
rombongan beliau ialah jamaah dari Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya.


Bersama YB Dr Ismail exco Kerajaan Kedah. Beliau ke Kemboja
atas misi kebajikan ( korban dan khatan anak-anak Islam kemboja). Dari kanan: Ust Aris Hazelan, Ustaz Aris Fezol,Dr Ismail,saya,Ustaz Hod (Jerantut) dan anggota
rombongan Dr Ismail.


Bersama Ustaz Khairuddin At-Takiri,Pengasas Darul Fuqaha,
beliau datang ke Kemboja bersama adik dan anak sulung beliau.


Sahabat lama, Saudara Azhar orang kuat EZQ juga selaku
penganjur Konsert Devotees. Beliau adalah bekas
Pelajar Jameeah Abu Bakar Pakistan sekitar pertengahan 80an.


Bersama kumpulan Devotees yang membuat persembahan
di Phnom Penh sempena ibadah korban.
Anak muda yang berdakwah
melalui karya Nashyidnya.


No comments: