11 December 2008

Rahmat persaudaraan dalam permusafiran

Hari ini adalah hari last kami di Kemboja. Banyak berita dan gambar terkini yang tidak sempat saya up-loadkan disini. Ini adalah kerana dihotel tempat penginapan kami dalam dua hari ini hanya terdapat dua unit komputer sahaja. Walaupun saya bawa sama laptop namun line wi-fi pihak hotel sangat lemah. Dengan itu saya sengaja tidak up-datekan blog ini kerana memberi peluang kepada bloger lain untuk membuat up date blog masing-masing. Lagi pun beritanya hanpir sama.

Cuma dalam kesempatan ini saya ingin menulis sedikit tentang nikmat persaudaraan. Di Wilayah Kompot saya berkesempatan bertemu Ayah kepada bekas pelajar An-Nuur seawal ianya ditubuhkan dahulu. Kini anak beliau (Zakaria) bekerja di pelabuhan. Di Kampung Soum saya bertemu dengan sahabat lama yang telah terpisah selama hampir 20 tahun. Ustaz Zainal Ábidin, mudir dan pengasas Madrasah El-Muhajirin. Semalam ( 10.Dec.2008) ketika singgah makan di Mekong Restorant saya bertemu pula dengan Sdr Azri , Dr Ismail exco Kerajaa Negeri Kedah yang mengetuai rombongan Amal, Ahli jamaah Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya dan Ahli jamaah surau Al-Ikhwan Kuala Lumpur. Kemudian malamnya kami ke perkampungan Islam jalan Chenang. Di sana saya bertemu pula dengan Sdr Azhar orang kuat EZQ. Beliau adalah rakan saya ketika sama-sama belajar di Pakistan pada tahun 1986. Beliau datang ke Kemboja atas urusan mengendalikan konsert Devotees. Disamping itu kami sempat beramah mesra dengan Kumpulan Devotees, anak-anak muda yang berkarya melalui nasyid. Alhamdulillah..dunia ini terasa sangat luas dan lapang dengan nikmat persaudaraan dan akan sangat sempit bila dipenuhi dengan hasad dan permusuhan.
Insyallah..berita penuh tentang lawatan dan sedikit terjemahan dari sebuah buku berbahasa Inggeris Öukubah" yang menyentuh tentang sejarah kekejaman Pol-Pot keatas orang-orang Islam diKemboja akan saya coretkan disini.

No comments: