11 September 2009

Kunjungi Gerai "MUSLIM TIJAARY"

KUNJUNGI GERAI MUSLIM TIJAARY.
Gerai No 1, Bazar Ramadhan
Masjid Negeri Kuantan Pahang.
An-Nuur Mart & Halal Food dengan kerjasama team
An-Nuur Digital & Publication telah buat pertama kalinya
menyertai Bazar Ramadhan, bagi tujuan memperkenalkan
program Ekonomi dan Fardhu Kifayyah tajaan An-Nuur.
Ustaz Mokhtar selaku pengasas "
Muslim Tijaary" telah membawa
masuk beberapa barangan produk Muslim untuk memudahkan
Masyarakat Muslim setempat mendapatkan
barangan harian yang Halal dan Suci.
Kami juga mengedar dan memasarkan Produk minuman kesihatan
yang dihasilkan daripada susu Kambing.

An-Nuur Technologies unit pemasaran produk Digital dan Telekomunikasi
membawa kepada anda Telefon bimbit yang dilengkapkan dengan
ciri-ciri Islamic. Bacaan 7 qari terkemuka, Kitab-kitab Tafsir dan Hadis,
doa-doa harian dan waktu solah serta arah kiblat dibangunkan
dalam satu periasian. Menjadikan Telefon keluaran Enmac ini
sesuai dimiliki oleh semua orang yang mementingkan ciri-ciri Islam.


Di gerai kami, anda ditawarkan bahan bacaan Islam, dalam berbagai tajuk.
Novel-novel remaja yang berunsurkan Islam sangat sesuai
dimiliki sebagai altanatif kepada novel-novel remaja yang melalaikan
yang semakin memadati pasaran buku di Malaysia.

Koko-Milk adalah jenama minuman yang dikilang dan dipasarkan
oleh pengilang Muslim. Ianya sebagai altanatif produk minuman
yang diragui kehalalannya yang ada dalam pasaran.

Penapis Air "Imtiyaz" dipasarkan oleh Muslim Tajaary sebagai galakan
kepada Masyarakat Islam memilih gaya hidup yang suci dan sihat.
Cuba bandingkan harga yang kami tawarkan kepada anda.

Mee Bandung dan Mee Kering adalah pilihan
yang tepat jika anda ingin berpindah kepada mee produk
Muslim. Mee ini dikilang dan dikeluarkan oleh
sebuah syarikat pengeluar mee di Memali Baling. Antara
tujuannya ialah untuk membantu balu-balu dan keluarga
para syuhada' Memali.

An-Nuur Mart & Halal Food juga membekalkan serunding dari
Kg Laut Kelantan. Tiga Jenis serunding dipasarkan, iaitu Serunding
Daging Segar Tempatan, Serunding Daging Import dan Serunding Ayam.

Ada boleh dapatkan Sardin PERTIMA dalam bentuk Tin Besar atau Kecil.
Belian secara runcit atau borong dari An-Nuur Mart & Halal Food.

Sardin PERTIMA keluaran kilang sardin Muslim adalah pilihan
yang tepat untuk anda sekeluarga. Disamping harganya yang murah, anda juga
mendapati rasanya lazat sebagaimana yang anda rasai dari sardin
bukan produk Muslim.

Dapatkan bekalan kueh Hari Raya berbagai jenis dan rasa dengan
harga yang pastinya mengejutkan anda. Kami bekalkan kepada anda
produk yang menjadikan Hari Raya anda tanpa was-was.

Pastikan anda membeli kueh Hari Raya yang terdapat sticker
Muslim Tijaary.

Selain itu kami juga membekalkan kepada anda Jubah Muslim dan Muslimat serta Jubah kanak-kanak, Air Minuman Maduria, Air Gau, Air Minuman Tasneem,dan banyak lagi yang kami pasarkan kepada anda. Konsep perniagaan junaid Al-Barghdadi menjadi teras kepada sistem perniagaan Muslim Tijaary, iaitu;
"Keuntungan itu satu pertiganya untuk ku, satu pertiga untuk keperluan keluarga ku dan satu pertiga lagi untuk agamaku ( infaq Fi SabiliLlah)."

PERHATIAN
Sahabat dan teman-teman yang berada disekitar Bandar Kuantan khususnya di alu-alukan untuk membantu menjayakan program ini.

Dibawa Khas oleh:
Pengasas Muslim Tijaary Marketing.

No comments: