14 September 2009

Insaf lah UMNO sebelum terlambat...perhatian kepada ULAMA UMNO.


Sempena Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi yang tersisa, ingin saya menyeru Ulama-ulama Umno agar segera mengembalikan Umno kepada landasan yang sebenar. Tiada gunanya terus berusaha menegakkan sebatang "pokok Puaka" yang telah tua itu. Pokok yang sememangnya tidak bertunjang itu telah reput akarnya dimana-mana. Malahan dua batang kayu (MCA dan MIC) yang sekian lama menjadi penyangganya sudah patah dan tidak lagi mampu menyokong beratnya bebanan UMNO.

Siapa pun yang melihat senario politik terkini tidak iktilaf lagi bahawa UMNO sedang menuju "nyawa-nyawa ikan". Bantuan pernafasan yang diharapkan dari MIC dan MCA nampaknya sia-sia sahaja. Bahkan kedua-dua parti utama BN itu sedang berhempas pulas menyelamatkan nyawa mereka sendiri. Samaada UMNO, MCA atau MIC sudah tidak punya masa untuk melihat nasib orang disebelah mereka. Masing-masing sedang cemas dilanda gelombang dalaman parti masing-masing. Kalau pun mereka ada masa hanyalah untuk mengutuk parti-parti PR. Itupun tidak cukup bertenaga untuk mengoyahkan pakatan PR. Apa sahaja yang mereka rancang untuk melemahkan PR semuanya kembali kepada mereka semula. Setiap langkah semuanya "tidak menjadi".

Saya kesian melihat UMNO. Macam-macam dah "Tok Guru" cakap supaya Umno sedar, tapi nampakknya memang Umno ni dulu,kini dan selamanya paya sedar. Saya tak hairan sangat kalau Najib atau Hishamuddin yang tak sedar. Kerana mereka bukannya ada berpendidikan agama. Sejak kecik dah duduk atas riba Umno. Lagipun mereka ada kepentingan yang besar dalam UMNO. Yang saya hairannya ialah ulama'-ulama' Umno tak langsung berusaha membetulkan langkah UMNO yang tersasar itu. Mereka sepatutnya "ajar" UMNO apa-apa yang patut untuk menyedarkan Umno. Sekurang-kurangnya beritahu pimpinan Umno bahawa apa sahaja dasar atau slogan yang lain daripada "Islam" tidak akan berjaya mensejahterakan Umno. Bukankah Allah telah tegaskan bahawa jalan-jalan kesejahteraan hanya ditunjuki Allah kepada mereka-mereka yang mematuhi Al-Quraan. Sedangkan Umno membelakangkan Al-Quraan. Tak kan perkara yang begitu mudah gagal diajar oleh Harussani dan ulama yang sewaktu dengannya didalam Umno.

Lalu saya sarankan kepada Ulama Umno. Sepatutnya sebagai mengenang jasa Umno yang "memberi kamu makan" selama ini, maka tolonglah selamatkan mereka dari terus tersasar sehingga kamu sanggup melihat parti tua itu menjadi "sasar". Kalau sekadar "tua" tapi baik, insyallah dikasihi oleh orang ramai. Tapi sudah la tua, jahat pula dan enggan pula memohon kemaafan atas kezaliman selama ini, maka sudah tentu nama Umno sudah tiada tempat dihati rakyat. Kalau rakyat jepun yang satu ketika dulu bengis dan ganas boleh benci kepada parti yang jahat masakan rakyat malaysia yang terkenal dengan lemah lembut ini boleh menerima kejahatan Umno selamanya.

Ambillah peluang dipenghujung Ramadhan ini untuk melakukan amal yang paling bermakna kepada kamu, iaitu menasihati umno sungguh-sungguh. Kalau gagal menasihati mereka, maka kamu tiada pilihan kecuali beramai-ramai mengistiharkan diri keluar daripada Umno. Kemudian jelaskan kepada rakyat bahawa kamu telah bertaubat atas dosa-dosa menyokong Umno selama ini. Seterusnya tunjukkan mereka jalan yang sebenar.

1 comment:

School Of Tots said...

Muhasabah diri. Kita tak nampak rambut kita sebab dudok atas kepala kita. Tapi orang yg memandang rasakan rambut yg kusut itu perlukan haircut atau ubah fesyen.