28 August 2010

Berusahalah menghampiri "pintu Allah", sempena bulan Mubarak ini>


Assalamualaikum buat semua sahabat dan pengunjung blog ini. Malam tadi ( khamis malam Jumaat) ana bersama rombongan Umrah akhir Ramadhan selama sampai ke Jeddah dengan Penerbangan "MAS". Kumpulan "awal Ramadhan" yang datang melalui Pondok An-Nuur Travel telah pun selamat kembali ketanahair 24 Ogos yang lalu. Manakala 44 orang yang menyertai pakej Full Ramadhan masih giat beribadah di Makkah.

Udara dan iklim Madinah masih panas membahang. Di tanbah pula jumlah pengunjung ke kedua-dua tanah Haram ini melonjak mendadak. Sebahagiannya datang untuk menunggu 27 Ramadhan ( Lailatul Qadar). Perjalanan kami boleh dikatakanlancar sejak berlepas daripada KLIA. Urusan Imigresen juga berjalan lancar ( tidak seperti biasa yang sering diperlengah-lengahkan oleh pegawai2 Arab ini),mungkin berkat Puasa kami semua yang hampir mencecah sehari setengah ( bersahur jam 5 pagi di Malaysia dan berbuka jam 6.45 ptg waktu Saudi yang brsamaan jam 11.30 mlm waktu Malaysia). Walaupun rata-rata kami keletihan namun oleh kerana perjalanan dan urusan berjalan lancar, maka wajah ceria tetetap terukir.

Dalam Flight selama 8 jam, saya habiskan masa dengan tidur dan membaca. Bahan bacaan yang saya sengaja bawa untuk menemani perjalanan kali ini ialah "Hikam Ibnu Abi Madyan". Bab yang sempat saya telaah ialah mengenai betapa keadaan "hamba" di hadapan pintu rahmat Allah. Ibnu Abi Madyn berkata;

"Ada di kalangan hamba-hamba Allah itu yang datang bergayut di Pintu Allah. Mereka merintih, merayu dan meratap kepada Allah. Sehingga ada antara mereka dihalau oleh Allah dengan dilemparkan kepada mereka "dunia". Lalu mereka pun pergi meninggalkan pintu Allah dengan sukacitanya. Kerana Allah tahu apa yang dikehendaki mereka sebenarnya. Manakala ada pula di kalangan mereka yang Allah campakkan kepada mereka dunia, namun mereka tidak merenggangkan diri mereka dari pintu Allah.Maka mereka dirahmati Allah. Ada pula antara mereka yang Allah tidak berikan mereka apa-apa daripada duniaNya, kerana Allah sememangnya mahu mereka sentiasa bersama Allah. Mereka itulah orang yang Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah".

Tulisan dan peringatan Imam Ibnu Abi Madyan itu mengingatkan saya kepada sebuah peringatan daripada Imam Al-Ghazali yang berkata;


"Bila Allah mahu menghalau seorang itu dari "PintuNya" maka Allah menjadikan mereka sentiasa;

1. Berhalangan menghadiri Majlis Ilmu dan zikir.
2. Berhalangan daripada solah berjamaah di Masjid-masjid.
3. Berhalangan daripada menunaikan infaq.

4. Berhalangn daripada menghubungkan silatur Rahiim dan
5. Berhalangan daripada mengingati mati ( dengan disibukkan mereka dengan urusan dunia yang melalikan mereka).

Sahabat dan teman-teman..marilah sempena Ramadhan yang Mubarak ini kita bermuhasabah..dimanakah kita...


- Salam dari Bumi Rasulullah saw_

No comments: