TANGISAN DAN JERITAN MEREKA BUKAN BERMAKNA MEREKA SERIK...AWASLAH AHLI PAS.
Baru-baru ini riuh rendah disegenap penjuru dunia dengan kekalutan Iblis dan anak-anak buah syaitannya. Tenaga-tenaga syaitan yang difikirkan perlu dikerah sekeras-kerasnya untuk menjayakan agenda mereka memecahbelahkan PAS. Tajuk operasinya ialah "Cerai beraikan PAS dengan Ops UG". Taklimat demi taklimat diberikan oleh jenderal Syaitan. Stratigi disusun serapi mungkin untuk operasi ini. Syaitan yang pakar-pakar dikumpul dalam satu team untuk tujuan ini. "Inilah peluang kita" kata jeneral dengan penuh bersemangat. Jika kamu semua berjaya pecahkan pas sehingga terbentuknya "team tok guru Nik Aziz" disatu pihak dan team "Tok Guru Haji Hadi" disatu pihak yang lain, maka kamu semua akan dianugerahkan penganugerahan yang besar beserta bonus gaji 10 tahun. Jika kamu berjaya pula mengheret group yang berkecuali keluar Pas kerana frust dengan kedua-dua team tersebut maka kamu akan diberikan sanjungan besar beserta 1000 ekar ladang Babi yang belum selsema. Maka bertempik dan bersoraklah petugas-petugas syaitan yang berselerakan diseluruh pelusuk dunia menyambut janji-janji jeneral mereka, walaupun mereka sendiri tahu jeneral-jeneral mereka memang pendusta kelas 1 termasuk mereka sendiri.
Maka bertungkus lumuslah para syaitan dengan kepakaran masing-masing. Yang pakar tentang IT dan mahir pula dengan dunia blog, akan mempengaruhi blogers-blogers yang cenderung kepada TGNA agar mencemuh dan memaki TGHH. Manakala sekelompok syaitan yang lain akan mendatangi blogers yang cenderung kepada TGHH agar mencela TGNA. Syaitan yang jadi khadam peringkat bawahan pula membisikkan kepada peminat blog-blog agar jangan lupa membuka blog-blog tersebut, dan jangan lupa agar memburuk-burukan kedua-dua tokoh tersebut bila bersembang dikedai kopi.
Syaitan-syaitan betina yang dah putus haid pula dikehendaki mendatangi ahli-ahli Pas yang berkecuali agar jadi serabut dengan keadaan itu. Kepada mereka dibisikkan rasa serabut, bosan dan menyampah dengan situasi tersebut, sehingga bertekad keluar daripada Pas.
Syaitan yang pakar dengan dunia penyiaran dan kewartawanan diminta mendampingi para-para wartawan. Kepada mereka dibisikkan agar menulis sesuatu yang menyebabkan kedua pihak semakin berantakan, ahli semakin goyah, kelab penyokong Pas mula lari dari Pas dan rakyat umum terlupa kepada kenazakkan UMNO.Harapan Iblis, Syaitan, musuh-musuh Islam dan Para Munanfik ialah ingin melihat Pas hancur berkecai sebelum sampai kepelabuhan.
Alhamdulillah... akhirnya satu perjumpaan diadakan. Semua pimpinan sebulat kata dan sehati melontar hasutan syaitan sejauh-jauhnya dari saf Pas. Semua ahli Pas kembali tenang dibelakang Imam mereka dengan lafaz "Amiin" yang serentak dan senada. Tatakala semua mereka sujud kepada Allah Yang Satu, maka meraunglah Iblis diiringi jeritan keras para syaitan-syaitan dengan penuh kehampaan. Namun mesyuarat Post Mortem segera diadakan dan satu perancangan baru sedang dirangka. Jeritan dan tangisan mereka bukan bermakna mereka jemu dan serik. Justeru itu awaslah wahai ahli Pas.....
4 comments:
a kum. ana cukup tertarik dgn ulasan ust. mmg benar apa yg us sebut. dlm sejarah syaitan2 dari kalangan manusia (munafiq) telah berjaya dlm byk siri melagakan pmpinan Islam. Syaitan (munafiq) pernah berada brsama Saiyyidina Ali utk mengapikan perbalahan dgn Muawiyah..begitu juga sebaliknya...itu satu contoh saja yg ana sebut. Hanya kpd Allah kita berharap supaya menjaga Jamaah kita dari Syaitan2 yg berusaha merosakkan jamaah dari dalam dan luar. pasti satu ketika nanti golongan ini akan dibongkar oleh Allah jika mereka x bertaubat. Ingatlah kejahatan Abdullah bin Ubai tidak diketahui oleh sebahagian besar sahabat nabi di peringkat awal tetapi akhirnya semua mengenalinya, kejahatan Atartuk juga sama.
yaa.. betul...
perancangan terbaru ialah menggunakan "wacana ilmiah"
mereka menyusup dengan lick mempengaruhi Ketua Pemuda yang naive itu untuk prgi berjumpa Naib Ketua Pemuda Umno. Naib je dia bagi..
haru... haru... tak cerdik langsung
bagus abah... ulasannya mmang kene la
assalamualaikum
seya tetap bersana TGNA yang tegas dan rational serta sabar dengan ujian berbentuk kuasa, kedudukan, sentimen dan sebagainya.
Beliau tidak goyah dengan tribulasi tribulasi dan tetap berpegang dengan pendirian yang beliau isytiharkan. Sememangnya kita tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan prinsip dan inilah yang membuat saya menganggap beliu sebagai seorang mujahid yang perlu saya teladani.
Post a Comment