Beberapa hari berada dalam kawasan pilihanraya N41 Manek Urai dapat saya saksikan Umno datang tanpa senjata yang ampuh untuk menghadapi Pas. Tidak ada banner besar Umno yang terpangpang dengan kata-kata gah, sepertimana dalam pilihanraya sebelum ini. Kalau pun ada hanyalah beberapa kerat ucapan Shahrizat Jalil, dan beberapa orang pemimpin yang ketandusan idea yang melontarkan kata-kata yang sedikit menyerang Pas. Namun saya yakin serangan itu tidak memudharatkan perjalanan jentera Pas.
Kata-kata seperti "Manek Urai akan dijadikan anak emas Kerajaan BN jika BN menang", sebenarnya akan lebih meloyakan lagi tekak pengundi Manek Urai. Lebih daripada meloya jika Bugger dicicah budu. Orang Manek Urai adalah orang Kelantan, dan orang Kelantan terkenal dengan sifat mereka yang gemarkan majlis-majlis ilmu sejak dahulu. Mereka lebih terdedah dengan ilmu Politik yang disampaikan oleh tok-tok guru mereka menerusi kitab berbanding dengan perbincangan ilmiah Politik menerusi TV yang dipengerusikan oleh Johan Jaafar. Mereka tentunya masih ingat dengan Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebelum PRU 12 yang lalu. Masa itu Pengkalan Pasir diwar-warkan sebagai anak emas kepada kerajaan Pusat jika BN menang. Ternyata BN menang..tapi apa jadi kepada pengkalan pasir selepas itu?. Kali ini pengundi dapat dengar lagi CD yang sama di putarkan, cumanya melalui sound box yang berlainan. Lalu sudah tentu pengundi Manek Urai akan termuntah mendengar janji-janji sebegitu lagi.
Isu kedua yang sedikit mengigit Pas ialah Isu kemiskinan dan keterbelakangan penduduk Manek Urai dari arus pembangunan. Isu ini pun UMNO tak berapa berani nak ketengahkan apabila menyedari negeri yang berada di bawah BN pun masih ramai yang berada dibawah kadar kemiskinan. Bila Umno salahkan Pas kerana kemiskinan penduduk Manek Urai, kerana kononnya Manek Urai berada dalam Parlimen Kuala Krai, Parlimen yang dikuasai Pas. Maka penduduk Manek Urai akan menjengguk ke kampung sebelah mereka yang berada dalam Parlimen Gua Musang. Parlimen yang dikuasai BN ( Tengku Ghazali ). Tak banyak pun perbezaan antara mereka.
Isu ketiga ialah isu Calon Pas ( Abe Uji) yang kononnya tak setanding dengan calon BN, yang berpendidikan tinggi dan masih muda. Isu ini hanya disebut-sebut oleh UMNO di peringkat KL sahaja. Mereka tak berani untuk sebut acap kali di Manek Urai, kerana penduduk Manek Urai jauh lebih mengenali siapa "peraih ikan" yang diperlekehkan oleh Umno itu. Tak kena gaya ada yang akan disumbat mulut dengan ikan selar kuning kalau ada yang cuba memperlekehkan Abe Uji ataupun dibaling dengan kulit durian.
Umno kelihatannya agak lemas di Manek Urai, tambahan pula keadaan Manek Urai yang agak ke pendalaman dan sering pula hujan pada waktu petang dan malam, menjadikan jalanraya yang sempit semakin becak dan licin. Keadaan ini tidak serasi dengan pemimpin UMNO. Manek Urai bukan "habitat" mereka. Pak Menteri nak masuk kampung untuk bantu orang kampung menoreh getah tak boleh, sebab penduduk kampung Manek Urai tak turun menoreh kerana musim hujan. Apa yang saya lihat di Manek Urai, anggota polis lebih ramai daripada petugas-petugas Umno.
No comments:
Post a Comment