06 July 2009

Belajarlah dari buku Politik kalaupun bukan dari Kitab.


Petang tadi saya sempat menonton berita petang saluran dua. Sekilas berita memaparkan perarakan penamaan calon kedua-dua belah pihak di Manek Urai. Ramai sahabat-sahabat yang telah berlepas ke Manek Urai untuk memberikan sokongan kepada Pas dan calonnya Abe Uji. Saya masih dok berkira-kira untuk turun pada 8 Julai sehingga hari memngundi. Bukan sengaja nak lewat-lewat tapi disebabkan Pondok saya baru saja selesai mengadakan Ihtifal pada sabtu lepas, maka sudah tentu banyak perkara yang saya perlu selesaikan sebelum berlepas ke Manek Urai dengan hati yang lega.Dalam sekilas lens kamera menyapa wajah Abe Uji, segera saya teringat keceluparan pemimpin Umno yang kononya cuba merendah-rendahkan abe Uji dengan kata-kata “ peraih ikan calon Pas di Manek Urai".

Melihat kepada kenyataan pemimpin Umno sejak dulu hingga sekarang, saya kira tidak banyak fikrah yang berubah dalam tempurung kepala mereka. Samaada mereka tidak cuba belajar memahami sesuatu atau sememangnya fikrah kejahiliyyahan itu sememangnya diwarisi Umno melalui ganetik. Nampaknya darah kejahiliyahan itu mengalir terus kepada setiap generasi yang bermazhab Umno.

Dulu semasa Pas mula-mula merampas Kelantan daripada Umno, dan Tok Guru dilantik sebagai ketua Kerajaan Negeri. Riuh rendah pemimpin Umno disetiap ceruk rantau, bermula daripada pejabat Umno di PWTC hinggalah JKK Umno Ulu Tembeling dan Gua Musang memperlekehkan penampilan Tok Guru dengan serban dan kain pelikatnya. Kononnya bagaimana Tok Guru yang serebeh dengan kain serban boleh menerajui dan mengemudi kerajaan negeri.

Selepas hampir dua puluh tahun Tok Guru mempamirkan gaya kepimpinan yang cemerlang dan disegani, serta Berjaya pula melaksanakan dasar-dasar Islam dan pentadbiran yang bersih, tiba-tiba muncul lagi suara-suara pemimpin Umno yang memperlekehkan calon Pas Manek Urai. Sekurang-kurangnya mereka belajar daripada apa yang mereka saksikan kalaupun tidak belajar dari kitab.

Buku Politik Malaysia telah sarat dengan berbagai fakta dan sejarah yang direkodkan, bagaimana pemimpin Umno yang bergaya dengan Nick-tie dan coat terpaksa ditendang keluar dari UMNO kerana terlibat dengan politik wang. Bekas ketua menteri Melaka yang segak dan bergaya ala Shah Rukh Khan itu akhirnya kecundang dengan derama yang mengaibkan. Bagaimana bekas Menteri yang berpakaian smart boleh raba punggung perempuan. Bekas menteri besar Selangor yang berketerampilan ala Ahli tinju boleh terlibat dengan adegan membawa lari anak dara orang. Itu belum disenaraikan kegiatan anak-anak pemimpin Umno yang smat-smat dan bergaya itu. Selama Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dengan serbannya itu berapa kali Punggung anak dara orang diraba?, sebanyak mana duit kerajaan Negeri disonglapnya? Pernahkah sidang Dewan Negeri gagal bermesyuarat kerana kelemahan Tok Guru yang berserban itu ?. Sebanyak mana wang PPRT digelapkan oleh Tok Guru?Tak kan buku “Politik Nyata” itu gagal dibaca oleh Umno? Tak “sebenak” itu Umno sehingga terpaksa mengulangi kembali ucapan jahil mereka terhadap Abe Uji.

Betul Abang Uji peraih Ikan (dulunya), betul abang Uji bukan lulusan Ir atau PhD. Tapi penduduk Manek Urai bukan mahukan sebuah bas dua tingkat yang mewah, driver yang berpakaian kemas tetapi kaki botol. Mereka tahu mereka tidak akan selamat jika menumpang bas seperti itu. Biarlah Bas yang sederhana, drivernya berpakaian sederhana tetapi dapat memandu dengan selamat. Sampai waktu solah penumpang diajaknya solah dan memohon keselamatan dunia dan akhirat.

Sudah lah Umno dengan fikrah berkarat itu. Kembali lah kepada reality kehidupan Muslim yang sebenar. Syabas pengundi Manek Urai khususnya pengundi Laklok, Kampung kecil yang dulunya ( 1985 ) saya kunjungi pasar minggunya saban minggu kerana membawa jualan pakaian Bundle. Insyallah beberapa hari nanti kita akan bertemu…

3 comments:

School Of Tots said...

Sehari dua ni heboh pulak cerita ex-MB Umno yg punyai banglo 24 juta, maka tak akan habis lah cerita pemimpin2 bermazhab Umno ni. Jadi Manik Urai berilah mesej jelas bahawa Umno perlu dikuburkan jua.

al-mankaraqi said...

Assalamu'alaikum,

Ziarah untuk berkenalan,

Sila ke blog saya di almankaraqi.blogspot.com

Ikelah said...

kepimpinan najib tidak akan jauh bedanya dari mahadir dari segi fikrah. peringkat sekarang cuma memujuk, menipu, berlakun sebelum mencengkam dan mengongkong.

bayangkanlah baru 100 hari jadi PM dah jadi bapa kecemerlangan kalau tak silap,lepas ni bapa 1 malaysia lepas ni bapa .....