Jika anak bulan kelihatan petang ini di mana-mana lokasi yang telah ditetapkan. Maka 1 Ramadhan akan jatuh pada hari esok (isnin) dan jika tidak kelihatan maka 1 Ramadhan akan jatuh pada hari selasa. Alhamdulillah..segala puja dan syukur kepada Allah yang menghadiahkan kepada ummat ini dengan hadiah yang sangat bernilai sebagaimana yang telah dihadiahkan oleh Allah kepada ummat-ummat yang terdahulu.
Ramadhan adalah "hadiah istimewa" dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Dalam hidangan ilahi ini terkandung berbagai-bagai nikmat dan rahmat-Nya. bertuahlah mereka-mereka yang dipanggil oleh Allah menjadi tetamu RamadhanNya dan berjaya pula mencicip berbagai kelazatan yang dihidangkan. Justeru itu malanglah mereka yang diberi peluang melingkungi hidangan Ramadhan tetapi gagal meneguk walau seteguk nikmat yang ada di dalamnya.
Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitabnya Ihya' ulu middin berkaitan kelebihan Puasa. Bahawa orang yang berpuasa itu ada tiga golongan. Yang pertama ialah puasa orang Awwam. Kedua puasa orang Khowwas dan ketiga ialah puasa golongan khowwasul Khowwas. bacalah kitab karangan ulama ulung itu nescaya akan kita ketahui dimana posisi puasa kita sebelum ini. wallahu 'allam.
No comments:
Post a Comment