Al-Hamdulillah..esok muktamar Dewan Ulama,Pemuda dan Muslimat berlangsung serentak. Manakala Muktamar penuh pada pagi Jummat akan bermula dengan Ucapan Dasar Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Sebahagian besar Pemerhati dan Perwakilan membuat andaian Muktamar kali ini agak panas walaupun tiada pemilhihan pimpinan. Ini adalah keerana beberapa bulan sebelum Muktamar Pas dihangatkan dengan issu Muzakarah dan Muqabalah.
Perwakilan dijangka akan memberikan tumpuan ucapan masing-masing kepada issu tersebut disamping issu "Protes" yang dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli. Selain itu ucapan perwakilan dijangka akan menyentuh mengenai cadangan keeahlian bersekutu bukan Islam serta perkara-perkara yang berkaitan pentadbiran negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas,PKR dan DAP. Walau apa pun, Muktamar kali ini diramalkan agak luar biasa berbanding muktamar sebelumnya, kerana banyak issu yang mahu diperkatakan oleh perwakilan yang membawa hasrat ahli bawahan.
"Penilaian semula" kepimpinan dan peranan Ulama dalam Pas yang disuarakan oleh Ketua Pemuda YB Sdr Salahuddin Ayyub yang tercatat di dalam buku ucapan dasarnya, tidak kurang akan menarik perhatian perwakilan. Pas yang telah bermuktamar sebanyak 54 kali dijangka sekali lagi berjaya menghidangkan suasana bermuktamar yang matang, bertenaga dan berwibawa serta penuh bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment