17 November 2010

Perjalanan ke Kemboja 2010 ( siri 1)

MUDAH-MUDAHAN KERJA YANG TIDAK
MUDAH INI "DIPERMUDAHKAN"
OLEH ALLAH SWT.


Kali pertama saya mengunjungi Kemboja lima tahun yang lalu. Ketika itu saya menumpang rombongan "Yayasan Amal, cawangan Pahang", yang diketuai oleh Sdr Hj Nasrun ( YDP Pas Indramahkota sekarang). Malam pertama kami bermalam di Sihanouk Ville. Malam Aidil Adha pula kami bermalam di Kampung Phenom Peroh. Esoknya saya di minta menyampaikan Khutbah di surau tersebut dan kemudian kami menunaikan ibadah korban. Ustaz Fadhil Noor yang menjadi juru sembelih rombongan kami. Pada hari pertama sahaja kami korbankan 8 ekor lembu dan di agih-agihkan kepada Masyarakat setempat. Lapan buah kampung kami lawati dan disambut oleh masyarakat Islam tempatan dengan penuh mesra dan ramah. Wajah persaudaraan berseri terpancar dari muka mereka walaupaun segumpal kenangan kekejaman silam terpahat kukuh dalam lipatan hati mereka semua.

Pulang dari program tersebut, fikiran saya sentiasa mengenangkan nasib yang telah mereka lalui. Maklumat kekejaman regim Pol Pot saya perolehi secara lebih jelas melalui berbelas buku yang saya beli di Airport Phenom Penh. Buku yang bertajuk "Oukoubah" ( justice for the Cham Muslims under the Democratic Kampuchea Regime) yang ditulis oleh Ysa Osman, yang menceritakan secara terperinci nasib yang dihadapi oleh Ummat Islam Kemboja di Zaman pol Pot sangat menyentuh hati saya. Kelaparan dan kemiskinan yang melanda mereka selepas perang menjadikan kehidupan mereka terkebalakang dalam segala-galanya. Suasana kampung Phenom Proh sama dengan suasana kampung saya di kelantan dalam tahun 60an. Mulai saat itu saya terfikir, alangkah baiknya jika kita yang "sedikit berkelapangan" ini dapat membantu mereka dalam lapangan pendidikan. Kerana manusia bukan hanya perlu kepada "makan" tetapi secara ruhnya manusia memerlukan ilmu dan pengetahuan.

Sebagai langkah permulaan dibawah program kebajikan pendidikan, saya tawarkan 2 orang pelajar mengikuti pengajian di An-Nuur. Semua perbelanjaan ditanggung oleh "Tabungan Amal" dan "An-Nuur Tijaary Enterprise". Pengambilan berikutnya di buat. Sehingga kini seramai Tujuh orang pelajar yang didatangkan langsung dari Kemboja sedang mengikuti pengajian di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur.

beberapa tahun akan datang pelajar tersebut akan ditempatkan secara berpusat dan kemudian akan keluar ke Masjid2 dan Surau di perkampungan Islam Kemboja bagi meneruskan misi dakwah agama yang mulia ini. Kini pelajar pertama tersebut telah pun belajar di An-Nuur masuk tahun ke 4. Sampai sudah masanya sebuah pusat pendidikan mula di asaskan di sana. Dengan harapan 6 tahun dari sekarang mereka akan kembali dan berperanan sebagai guru2 agama di sana. Untuk itu An-Nuur mula merancang membangunkan "cawangan" di Kemboja. Meliputi pembangunan infrstruktur, Pembangunan ekonomi,pembentunkan badan Kebajikan dan Pengumpulan tenaga2 pengajar yang sedia ada.

Langkah awal mula dibentuk dalam kunjungan An-Nuur baru-baru ini. Pembentukan Jawatankuasa bertindak telah dibentuk, Tapak telah dikenal pasti, projek ekonomi dalam bentuk (Jangka pendek) mula dirangcang, persatuan pondok2 kemboja mula dibincangkan dan langkah-langkah resmi menurut perundangan telah diatur dengan penyertaan beberapa orang tokoh penting masyarakat Islam Kemboja. Mudah-mudahan kerja dan usaha yang tidak mudah ini dipermudahkan oleh Allah swt.
______________________________________________
Keterangan Gambar:
1. Atas: Rombongan berjalan kaki ke Pedalaman Kompot ( Kg Kepop) jam 3.00 pagi.
2. Menyubang sebuah Generator kepada Surau Kg Kepop yang tiada bekalan eletrik.
3. Tanah yg diwakaf kepada "Pondok An-Nuur di Kg Saum.
4. Saya dan Rombongan sedang meninjau tanah yang diwakafkan seluas 4 hektar, berhampiran jalan ke Pusat Peranginan dan percutian Kg Saum.
5. Perbincangan bersama Khem Bunneang, Menteri yg jadi penasihat kpd Kerajaan Kemboja dan Pok Manny,Under Secreatry of State, serta Ustaz Tahir dan Ust Nasir ( Pegawai pejabat Menteri Agama Kemboja).

No comments: