Semalam ( 16 June)..Sebahagian besar penumpang Saudia Airline dari Kuala Lumpur -Jeddah dibuai mimpi. Yang tidak tidur melayan kenangan masing-masing. Saya menoleh ke deretan kerusi sebelah kiri saya, Ustaz Shukri sedang lenyap bersama mimpinya, berselimutkan gebar biru milik Saudi Air. Sebentar tadi kami berbual rancak, menyentuh berbagai topik. Di antara topik yang kami bualkan ialah mengenai Pas dan para pimpinannya.
Dalam suasana kabin yang sepi itu saya capai buku nota yang sengaja saya selitkan disisi bag sandang, untuk mudah saya coretkan apa-apa nota apabila saya memerlukannya. Asalnya saya cuba melayan mata, kerana sudah seminggu, sejak bermulanya muktamar 9 June lepas, saya tidak cukup tidur. Namun bila mengingatkan saya belum menulis apa-apa mengenai "pemergian Allahyarham Ustaz Hassan", maka segera keinginan untuk melelapkan mata terpadam begitu sahaja. Biarlah orang dan blogger lain telah menulis mengenainya, namun saya ada cerita tersendiri untuk diabadikan bersama tokoh pas yang setia itu. Sekurang-kurang ada sedikit kesah dalam lipatan dairi hidup saya yang punya kaitan dengan bekas pimpinan Pas yang istiqamah itu.

10 june lepas saya terserempak dengan Allahyarham dan Tuan Haji Subku Latif yang ditemani oleh Abang Man Gombak selaku pemandu mreka. Kami sempat bertanya khabar secara ringkas. Saya juga sempat menanyakan keadaan kesihatan beliau..."Alhamdulillah..sihat..,sihat orang Tua" gurau beliau sambil disambut gelakn kecil Tn Hj Subki. Dari Abang Man saya dimaklumkan bahawa mereka menginap di Markaz Pas Kg Delima. Markaz tersebut berdepan dengan tanah perkuburan Kg Delima. Kebetulannya di Tanah Perkuburan itulah bersemadinya Aruah Ayah saya, Datuk, Nenek dan moyang-moyang saya. Lalu saya bercadang akan berbual panjang dengan mereka sambil menziarahi pusara ayah saya keesokkannya. Namun keesokkannya ketika saya bawa anak-anak menziarahi pusara ayah, saya lihat pintu markaz tersebut tertutup rapat dan selipar serta kasut masih tersusun rapi dipintu. Rasa bersalah pula jika saya ganggu istirehat mereka waktu itu, lagi pun hari masih terlalu pagi dan masih belum waktu bersarapan. Lalu saya tangguhkan hasrat untuk menziarahi mereka dimarkaz itu.
April lepas secara kebetulan saya dan Allahyarham terserempak di dalam majlis Dhuha di Makkah, anjuran Usrah Makkah. Hari tersebut sepatutnya kuliah di sampaikan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kami hadir untuk sama-sama meraikan Tuan Guru. Namun atas sebab-sebab kesihatan TG tidak dapat hadir kemajlis tersebut. Pihak majlis telah meminta saya dan Ustaz Hassan meneruskan Majlis itu. Itulah perjumpaan kami yang pertama setelah beberapa tahun tidak bersua dalam satu Majlis. Alhamdulillah banyak perkara yang sempat kami bualkan selepas program tersebut termasuk mengenai penambahan perlembagaan Pas untuk memberi ruang terbentuknya Dewan Himpunan Penyokong Pas ( DHPP).
Dalam pesawat sepi Saudia yang sedang terapung di udara itu dan sesekali bergegar apabila bertembung dengan angin laut teluk Parsi, ingatan saya kembali terkenangkan pertemuan pertama antara saya dan ustaz Hassan pada tahun 1987. Ketika itu beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung Pas ( kalau tidak silap saya) dan saya masih belajar di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Hari itu program "Tamrin Pas Negeri Pahang". Program bulanan Pas Negeri yang di adakan di Balai Islam Sungai Gau Temerloh. Melalui program itu lah pimpinan Pas menyalurkan tarbiyyah dan ilmu kepada ahli-ahli Pas Negeri Pahang.
Dalam program tersebut pada waktu paginya saya diminta berceramah bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( Ketika itu menyandang jawatan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat). Kemudian pada malamnya ( acara kemuncak) saya diminta pula berceramah bergandingan dengan Ustaz Hassan Shukri dan Tuan Guru Yusuf Ar-Rawi YDP Pas Pusat ( sekarang Presiden). Ketika maka bersama selepas program tersebut, Tuan Guru Yusuf Ar-Rawi dan Ustaz Hassan tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepad saya untuk terus istiqamah dengan perjuangan. Orang muda harus berani dan tabah, kata mereka berdua. Pesanan itu terpahat kukuh dalam hati saya sehingga sekarang.
ketika-ketika tertentu saat kami bertamrin di Taman Malewar, Ustaz Hassan akan turun ke Surau disebelah dewan. Jika ada antara kami yang belum tidur, Ustaz Hassan akan duduk bersama kami. Dengan berkain pelikat dan baju putih Pagoda, beliau akan bercerita tentang sejarah perjuangan Pas, sejarah 13 mei dan sejarah bangunnya Markaz Taman Malewar itu. Bila sudah agak larut malam beliau akan bangun pergi dan meninggalkan kami yang segar dengan suntikan semangat yang beliau tinggalkan.

Kini tokoh itu telah pergi meninggalkan kita, untuk menyambung sisa-sisa perjuagan yang pastinya semakin mencabar. Sanggupkah kita?...
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda Pas Pusat yang sempat menganugerahkan "tokoh pemuda" kepada Allahyarham disaat-saat akhir pemergian beliau. Sesungguh pun anugerah itu masih terlalu kecil berbanding jasa yang telah ditinggalkan oleh beliau namun penganugerahan itu sangat kena pada masanya dan pribadi yang menerimanya.
Marilah kita ucapkan Alfatihah kepada tokoh pejuang yang sentiasa bersama Pas, walau di mana posisi beliau diletakkan. Beliau tidak pernah berkecilhati dan sumbangannya tetap segar dan hidup dalam perjuangan yang suci ini.

Pengumuman dari ketua Pramugari yang memaklumkan kami akan mendarat sebetar lagi di Airport Malik Abdul Aziz Jeddah menghentikan coretan saya bersama setitis airmata mengalir lesu mengenangkan perjalanan hidup dan perjuangan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri..
AL-FATIHAH
________________
Keteranga Gambar:
1. Kanan atas: Ustaz Hassan dalam Muktamar
2. Kiri: Saya dan Ustz Hasan di Makkah.

1 comment:
Post a Comment