17 June 2009

PAS mesti dapat mengawal secara terus menerus 4 gelanggang yang dikuasainya.


Apa pun punca gelora yang melanda rumahtangga Pas, samaada disebabkan mainan akhbar, atau putar belit musuh atau disebab oleh sesetengah pimpinan yang mudah melatah atau apa saja lah. Namun selaku anggota gerakan Islam, ahli-ahli pas perlu berwaspada mengawal gelanggang yang sekian lama dikuasai oleh PAS. Jika gelanggang-gelanggang ini gagal dikuasai PAS maka tiada lagi gelanggang yang selamat untuk pas terus bertahan.

Baru-baru ini, dalam perjumpaan dengan usrah pelajar Ummul Qura di Makkah, untuk sekian kalinya saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat disana akan betapa pentingnya kita terus mempastikan 4 gelanggang dapat dikuasai terus menerus. Kerana keempat-empat gelanggang ini tidak pernah berjaya dikuasai UMNO. Mereka telah cuba berhempas pulas untuk menguasainya namun sejak dahulu,kini dan selama-lamanya mereka gagal. Pas tidak boleh bertarung dengan Umno semata-mata dalam gelanggang wang, Media dan Kuasa. Kerana gelanggang-gelanggang tersebut adalah gelanggang Umno. Pas perlu mengheret Umno bertarung dalam gelanggang Pas, iaitu;

1. Hujjah.
Oleh kerana perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar. Perjuangan yang diasaskan di atas tuntutan Syara' maka sudah barang tentu PAS kaya dengan hujah-hujahnya. Setiap penceramah PAS akan melontarkan idea atau komentar terhadap sesuatu issu berdasarkan "QalaLLah dan QalaRasul". Bila Pas membicarakan dasar perjuangan halatujunya maka Pas akan sertakan dalil dari Quraan dan Hadis. Berbeza dengan UMNO. Tidak ada dalil yang boleh menyokong perjuangan Nasionalisme Umno. Tidak ada Nas yang boleh dijadikan sandaran hujjah fahaman Sakularisme yang mewarnai pemikiran dan agenda Umno. Kerana ketiadaan hujjah itulah menyebabkan Umno kini terkial-kial mencari identiti perjuangannya. Semua orang termasuk kanak-kanak sekolah rendah hinggalah pelajar-pelajar lepasan Universiti hatta sebahagian besar orang bukan Islam sudah tahu akan kebatilan perjuangan Umno. Kerana ketiadaan hujjah jugalah menyebabkan Umno tidak konsisten dengan pegangan dan kepercayaannya. Dulu Umno war-warkan keserata pelusuk tanah air Islam suku politik suku. Kemudian beralih kepada Politik dan Islam itu satu cumanya pelaksanaan Islam sebagai undang-undang negara kurang sesuai dengan masyarakat majmuk. Selepas itu beralih pula kepada kepercayaan Undang-undang Islam itu sesuai dengan masyarakat majmuk, cumanya belum sampai masa.

Siapa pun yang mengikuti perkembangan politik tanahair akan mengakui betapa konsistennya pas dengan dasar dan arah perjuangannya sejak ia ditubuhkan. Pas mengalami peralihan kepimpinan beberapa kali, namun dasar dan seruan Pas tetap sama, iaitu kearah mendaulatkan Islam kearah pembentukan sebuah Negara yang terlaksana di dalamnya undang-undang syariat. Hujjah dan Nas menunjangi perjuangan Pas. Hujjah dan Nas jugalah yang mengikat keeratan ahli-ahli Pas dengan jamaah ini. Ahli Pas istiqomah dengan perjuangan Pas bukan diikat oleh kebendaan atau jawatan. Ahli Pas diikat oleh hukum syara' halal,haram, makruh, sunnat dan harus.
Justeru itu Ahli-ahli pas perlu terus menerus menguasai gelanggang hujjah dan dalil. Jangan leka dengan kerja-kerja dan agenda politik sehingga terlupa untuk belajar, mengaji dan menguasai hujjah. Kepada ummat kita sogokkan ilmu, kefahaman dan hujjah disamping kebajikan kebendaan. Kerana orang yang menerima Pas bertunjangkan ilmu dan hujjah, mereka akan terus bersama Pas sehingga mati.
Bersambung siri 2

No comments: