Malam ini ( jumaat malam sabtu) saya sempat merebut sedikit peluang di CC airport Karachi untuk melepaskan rindu kepada dunia blog. Flight kami akan berlepas jam 3.40 pagi waktu pakistan. Sebentar tadi kami meninggalkan Hotel Airport untuk meneruskan perjalanan pulang ketanah air. Semua kelihatan kepenatan dan keletihan..maklumlah seharian kami dibawa melawat bandar karachi. Banyak cerita baru yang saya perolehi dibumi pakistan ini selepas meninggalkannya pada tahun 1988 dahulu. Namun susasana Pakistan masih sama. Jika mahu menaiki bas mini kita terpaksa lompat dan jika mahu turun kita terpaksa terjun. Ketika saya menetap dibumi ini dahulu tukaran wang RM 1 bersamaan 6 Rupee, tapi kini RM 1 berbanding 20 rupee..dengan itu ketika sampai ke Karachi semalam kira-kiranya banyak ribu juga lah duit saya. Sedikit ole-ole untuk anak-anak dapat disempurnakan.
Insyallah sekembali nanti saya akan menulis tentang perjumpaan dengan persatuan pelajar Malaysia Ajyad Makkah dan cerita lanjut tentang Pakistan... Syukria..
No comments:
Post a Comment