25 October 2010

Dari lensa Tengku Azmil..Majlis Walimah anak saya. (1)

Ustaz Rahimi..pemilik Rangkaian perniagaan Al-Madani
datang dari Kelantan.

Tuan Guru Hj Mohd Baqi antara tetamu yang hadir
lewat petang.

Sdr Isa. Orang kuat Dato' Mohd Said Menteri Besar Trengganu.


Tuan Hj Hashyim dari Balok. Pegawai perhubungan Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus. Penceramah yang menyempurnakan agenda
penutup Majlis Walimah anak kami.



Tuan Haji Karim..Bussinessman yang gigih. Di belakang Sdr
Mohd Noor..orang kuat Masjid Balok.


Dari kiri: Sdr Helmi (KL), Sdr Subki (Kedah), Sdr Sahak (Klang), Sdr Zabery (Seremban),
Sdr Jalil (KL),Sdr Basri (Kuantan), Saya dan Sdr Ramdi (trengganu).
Bekas Mangsa akta zalim Isa
2000-2003.


Ustaz Wan Mohd Zukir..Mudir Madrasah Darus Salam
Sri Damai.


Sebahagian ahli keluarga Lambury yang datang dengan Rombongan Bas
yg di taja oleh YB Wakaf Bharu yg juga exco Pertanian
Kerajaan Kelantan.


Kak La ( Rosala) kakak dua pupu. Keluarga Labury.

Ustaz Suhaimi, Ustaz Zaini, Ustaz Shairozo dan Ustaz Zamri
rombongan lembaga tadbir Pondok Pasir Tumboh Kelantan.

Ustaz Shairozi..cucuanda Tuan Guru Haji Abdul Aziz
pengasas Pondok Pasir Tumboh. Abang beliau ialah
YB Ustaz Baihaqi Atiqullah.

Ketibaan Tuan Guru Haji Mohd Illias, Mudir Pondok An-Najjah
Bukit Keledang Temerloh.

Bersama sepupu saya..Ustaz Abdul Rahman, Imam Muda Masjid Tal
Tujuh Pasir Mas Kelantan.

Ketibaan Abang Hamdan. Bussinessman dari Gombak.
Pengasas perniagaan An-Nahli.

Ustaz Fadli ( anak saudara saya,yg juga Mudir An-Nuur) bersama
Tuan Hj Yaakob bekas YDP Pas Balik Pulau, Pulau Pinang
.

Mengiringi Tuan Guru Hj Hussain. Mudir Madrasah Darul Ikhwan
Wakaf Tapai Trengganu.

Bersama Abang Aziz, bekas Pegawai MINDEF dari KL.

Ustaz Zuridan. Pensyarah Universiti Malaysia Pahang.

Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan. Pakar Motivasi yang
terkenal di Pahang. Sahabat lama dalam DPP Phg

Menemani Ustaz Razak, Bilal Masjid Lapangan Terbang Subang.
Teman ke Kemboja, Surabaya dan Makkah.

Bersama Abang Akmal. Bekas penguatkuasa Majlis Perbandaran Temerloh.
Teman lama dari Kerdau. Beliau baru sahaja mendirikan
rumahtangga kali kedua (selepas kematian isteri tercinta).

Saudara Furqan ( berbaju belang), En Lokman ( berjadapan) dan
Abang Soh ( sebelah furqan) imam Masjid Tanah Putih Kuantan
antara tetamu terawal yang hadir.
______________________________________

Sebahagian rakaman Majlis Walimah anak sulong saya Muslimatul Husna.
Kepada sahabat2 yang gambarnya tidak dimuatkan disini,
ana mohon maaf atas ruang yang terhad ini.
_________________________________________________

19 October 2010

Indahnya hidup Bersahabat & Bersaudara


9.Oct.2010 telah pun berlalu. Tarikh walimah anak sulong kami, yang menyebabkan sebelum itu kami sekeluarga sangat sibuk membuat persiapan. Syukur..kepada Allah Yang Maha Penyayang..Majlis tersebut berjalan dengan sebaiknya. Ketika mesyuarat bersama tenaga kerja dari kalangan orang-orang kampung dan sahabat2, saya gambarkan kepada mereka Majlis Walimah yang saya kehendaki. Pertama saya katakan, saya mahu sebuah majlis yang tiada maksiat di dalamnya, tiada kemegahan dengan hidangannya dan tiada kesombongan dengan bentuk persiapannya. Yang penting Majlis diberkati. Biarpun menu tidak berbagai yang penting hidangan itu cukup untuk dirasai oleh ramai tetamu. Kerana setiap tetamu yang hadir adalah limpahan rahmat dari Allah. Akhirnya Alhamdulillah..terhasillah sebuah Majlis Walimah yang dimulai dengan solah Hajat, Khutbah Nikah dan Akad Nikah. Majlis yang tiada "persandingan", tiada "makan berhadap", tiada iringan muzik ( hanya bacaan Al-Quraan),tiada percampuran lelaki dan perempuan, tiada penyambut tetamu yang berlawanan jantina. majlis di akhiri dengan program "kuliah perdana" yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada Allah, kerana 8 ekor lembu yang disediakan betul-betul cukup dengan kehadiran tetamu sekitar 7000 orang. Kira2 95 peratus dari jemputan dapat menghadirkan diri. Seronok dan syukur kepada Allah yang menggerakkan hati saudara mara dan sahabat2 serta teman-teman untuk meraikan majlis kami. Sedangkan tanpa "gerak" dari Allah itu..saiapalah kami untuk diraikan. Awal-awal dinihari saudara mara dari kelantan sampai dengan sebuah Bas yang disewa khas oleh YB Che Lah Mat Nawi, exco Kerajaan Kelantan. Anak dan cucu Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh juga hadir dengan kenderaan berasingan. Ustaz Rahimi pemilik rangkaian Pendidikan Al-Madani dari kelantan juga hadir bersama keluarga. Saudara Subki dari kedah bersama keluarga. Tuan Haji Yaakob, bekas YDP Pas Balik Pulau datang dengan Bas Ekspress. Sahabat dari Trengganu, Subang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor serta Perak sampai kira2 antara jam 12 th hingga 3 ptg. Manakala sahabat2 dari seluruh Negeri Pahang sampai silih berganti antara jam 11 pagi hingga 6 ptg. Yang paling akhir sampai ialah Tuan Guru Hj Mohd Baqi Othman bekas PJ Pas Pahang yang langsung dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat parti.

Terima kasih saya ucapkan khususnya kepada pimpinan Pas Pahang, antaranya TG Hj Mohd Baqi ( Bekas Pesuruhjaya), Ustaz Yusuf Embong ( Tim Pj ), Sdr Musonnif ( Bendahari perhubungan),Ustaz Abu Qassim Manaf ( Ketua Dewan Ulama Pas Pahang), Ust Rosli Jabbar ( YDP Kawasan Kuantan), Sdr Nasrun ( YDP Indramahkota), Ajk Pas Kawasan2, Pemuda dan Muslimat. Juga ucapan penghargaan kepada Tuan Guru Hj Mohd Illias ( Mudir Madrasah An-Najjah Bukit Keledang), Ustaz Hussain ( Mudir Madrasah Darul Ikhwan Wakaf Tapai Trengganu), Ustaz Wan Zukir ( Mudir Madrasah Darul Salam Kuantan), Ustaz Zaini Musthafa ( Mudir Sek Rendah Islam Pintar Pasir Hor Kelantan), Ustaz Shairozzi Atiqullah ( Tenaga pentadbir Pondok Pasir Tumboh), Ustaz Suhaimi ( tenaga pentadbir Taman Islam Kemaman) dan lain-lain.

Kepada sahabat2 yang berhalangan untuk hadir juga kami ucapkan Jazakallah kerana mendoakan keselamatan dan kesejahteraan majlis tersebut. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada 100 orang petugas bahagian masakan ( penduduk penor dan sekitar) serta 200 orang petugas bahagian hidangan yang terdiri dari kalangan guru dan pelajar An-Nuur. Mudahan2 Allah memberkati kita semua keberkatan dan
inayahNya.

Majlis meraikan petugas telah pun dilangsungkan pada malam Sabtu lepas ( 22.Oct). Walaupun pun begitu jasa dan sumbangan mereka masih tidak terbayar. Bagaimana mungkin membayar harga sebuah persaudaraan dan persahabatan?.

Kota Bharu ( 24.Oct.2010)