29 June 2009

Jemputan ke Ihtifal An-Nuur kali ke 13



An-Nuur akan berihtifal kali yang ke 13 pada 11.Rejab.1430 bersamaan 4.July.2009 nanti. Program akan diresmikan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabbar YDP Pas Kawasan Kuantan merangkap Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri.

Agenda program seperti berikut;

9.30 pagi : Perhimpunan Ibu/Bapa
Bacaan Al-Quraan oleh pelajar Akademi Tahfiz An-Nuur
Persembahan Nasyid oleh kumpulan Soutul Nuur.
Perasmian
Penyampaian Hadiah dan Penghargaan.
11.00 Pagi: Jamuan
Pamiran An-Nuur & Aktiviti Ekonomi An-Nuur.
Rawatan Islam oleh persatuan Perubatan Darul Salam Gombak

9.30 Malam:Persembahan Nashyid oleh Pelajar An-Nuur
Ceramah Umum oleh;
1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( Naib Presiden Pas)
2. YB Sdr Che Abdullah Mat Nawi ( Exco Kerajaan Kelantan
)

Menurut pengarah sambutan ,Ustaz Fadli Ibrahim, program kali ini diadakan selain daripada sebagai acara tahunan taqwim An-Nuur ia juga bertujuan mengumpul dana pembangunan Asrama Pelajar dan Bangunan pentadbiran dan kelas ANIS ( An-Nuur Islamic PreSchool). Sahabat-sahabat, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis ini. Mudah-mudahan segala sumbangan dan sokongan Tuan/Puan dimakbulkan oleh Allah.

Pengerusi Pentadbiran

27 June 2009

PAS mesti dapat mengawal secara terus menerus 4 gelanggang yang dikuasainya.


2. Ruhani.

Perkara kedua yang dimiliki Pas dan tidak dimiliki oleh Umno ialah Ruuh perjuangan. Oleh kerana perjuangan Umno tidak bertunjangkan hujjah dan dalil maka tidak ada suatu yang boleh dihayati secara "Rohani". Berbeza dengan Pas. Disebabkan asas dan dasar perjuangannya bersumberkan tuntutan yang terdapat di dalam Al-Quraan dan As-Sunnah, maka ianya dapat dihayati secara ruuh. Justeru itu ahli-ahli Pas sejak dahulu menyakini apa sahaja kerja dan aktiviti politiknya adalah jihad dan pengorbanan untuk agama Allah. Mereka sejak dahulu diasuh kerja tanpa upah. Bahkan setiap kali Pas memerlukan dana, mereka berlumba-lumba menghulurkan sumbangan sekadar yang ada. Acap kali juga Umno menyindir Pas sebagai parti "pengemis" kerana menadah kopiah setiap kali ceramah di adakan.


Dengan jiwa rohani ini lah Pas terus berkembang. Dengan menadah kopiah Pas dapat membangunkan markas demi markaz, pusat-pusat pendidikan pas, samaada Pasti, sekolah rendah atau pondok-pondok. Diwaktu itu belum ramai ahli-ahli koprat yang menyertai Pas, namun Pas terus melangkah dengan jiwa pengorbanan yang penuh yakin akan balasan dan ganjaran Allah swt.


Menjelang Pilihanraya pemuda-pemuda dan petugas-petugas Pas sanggup bersekang mata demi mempastikan kerja-kerja jihad pilihanraya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penampal poster sanggup panjat pokok kelapa hatta pokok Tualang tanpa sebarang upah. Jiwa mereka puas dapat menyumbang tenaga untuk agama Allah. Penceramah Pas sanggup berceramah dua tiga kali semalaman tanpa bertanya duit saguhati mereka. Dalam hidup mereka tiada istilah alaun perjalanan atau kerja lebih masa. Dalam gelanggang ini Umno tidak mampu menyaingi Pas. Bagi petugas Umno segala-galanya "upah". Menampal poster mesti upah dan menanggalkan kembali poster selepas pilihanraya juga upah. Budaya "Upah" yang diamalkan Umno sejak merdeka telah membunuh jiwa rohani ahli-ahli mereka. Kerana itu mana-mana bahagian atau cawangan umno yang kekuraangan wang, jentera pilihanrayanya akan lumpuh bahkan sebagai tanda protes mereka berpaling kearah Pas atau mana-mana parti lawan.


Pas mesti meneruskan usaha pentarbiyyahan rohani ini. Semangat jihad perlu terus dikobarkan. Semangat infaq dan derma kilat harus diteruskan walaupun sudah ramai ahli-ahli koprat dalam Pas dan sudah ramai pimpinan Pas menduduki kerusi YB. Jika Pas leka atau terpengaruh dengan mana-mana gerakan sehingga mengabaikan tarbiyyah ruhiyyah ini maka pas terpaksa bertarung dengan Umno dalam gelanggang yang dikuasai Umno.Pastinya Pas akan kalah.


bersambung ke siri 3


17 June 2009

PAS mesti dapat mengawal secara terus menerus 4 gelanggang yang dikuasainya.


Apa pun punca gelora yang melanda rumahtangga Pas, samaada disebabkan mainan akhbar, atau putar belit musuh atau disebab oleh sesetengah pimpinan yang mudah melatah atau apa saja lah. Namun selaku anggota gerakan Islam, ahli-ahli pas perlu berwaspada mengawal gelanggang yang sekian lama dikuasai oleh PAS. Jika gelanggang-gelanggang ini gagal dikuasai PAS maka tiada lagi gelanggang yang selamat untuk pas terus bertahan.

Baru-baru ini, dalam perjumpaan dengan usrah pelajar Ummul Qura di Makkah, untuk sekian kalinya saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat disana akan betapa pentingnya kita terus mempastikan 4 gelanggang dapat dikuasai terus menerus. Kerana keempat-empat gelanggang ini tidak pernah berjaya dikuasai UMNO. Mereka telah cuba berhempas pulas untuk menguasainya namun sejak dahulu,kini dan selama-lamanya mereka gagal. Pas tidak boleh bertarung dengan Umno semata-mata dalam gelanggang wang, Media dan Kuasa. Kerana gelanggang-gelanggang tersebut adalah gelanggang Umno. Pas perlu mengheret Umno bertarung dalam gelanggang Pas, iaitu;

1. Hujjah.
Oleh kerana perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar. Perjuangan yang diasaskan di atas tuntutan Syara' maka sudah barang tentu PAS kaya dengan hujah-hujahnya. Setiap penceramah PAS akan melontarkan idea atau komentar terhadap sesuatu issu berdasarkan "QalaLLah dan QalaRasul". Bila Pas membicarakan dasar perjuangan halatujunya maka Pas akan sertakan dalil dari Quraan dan Hadis. Berbeza dengan UMNO. Tidak ada dalil yang boleh menyokong perjuangan Nasionalisme Umno. Tidak ada Nas yang boleh dijadikan sandaran hujjah fahaman Sakularisme yang mewarnai pemikiran dan agenda Umno. Kerana ketiadaan hujjah itulah menyebabkan Umno kini terkial-kial mencari identiti perjuangannya. Semua orang termasuk kanak-kanak sekolah rendah hinggalah pelajar-pelajar lepasan Universiti hatta sebahagian besar orang bukan Islam sudah tahu akan kebatilan perjuangan Umno. Kerana ketiadaan hujjah jugalah menyebabkan Umno tidak konsisten dengan pegangan dan kepercayaannya. Dulu Umno war-warkan keserata pelusuk tanah air Islam suku politik suku. Kemudian beralih kepada Politik dan Islam itu satu cumanya pelaksanaan Islam sebagai undang-undang negara kurang sesuai dengan masyarakat majmuk. Selepas itu beralih pula kepada kepercayaan Undang-undang Islam itu sesuai dengan masyarakat majmuk, cumanya belum sampai masa.

Siapa pun yang mengikuti perkembangan politik tanahair akan mengakui betapa konsistennya pas dengan dasar dan arah perjuangannya sejak ia ditubuhkan. Pas mengalami peralihan kepimpinan beberapa kali, namun dasar dan seruan Pas tetap sama, iaitu kearah mendaulatkan Islam kearah pembentukan sebuah Negara yang terlaksana di dalamnya undang-undang syariat. Hujjah dan Nas menunjangi perjuangan Pas. Hujjah dan Nas jugalah yang mengikat keeratan ahli-ahli Pas dengan jamaah ini. Ahli Pas istiqomah dengan perjuangan Pas bukan diikat oleh kebendaan atau jawatan. Ahli Pas diikat oleh hukum syara' halal,haram, makruh, sunnat dan harus.
Justeru itu Ahli-ahli pas perlu terus menerus menguasai gelanggang hujjah dan dalil. Jangan leka dengan kerja-kerja dan agenda politik sehingga terlupa untuk belajar, mengaji dan menguasai hujjah. Kepada ummat kita sogokkan ilmu, kefahaman dan hujjah disamping kebajikan kebendaan. Kerana orang yang menerima Pas bertunjangkan ilmu dan hujjah, mereka akan terus bersama Pas sehingga mati.
Bersambung siri 2